ReviewMe

Isnin, 28 Februari 2011

Layu

Ini adalah puisi dari Malique yang bertajuk layu.Lagu ni dah lama tak salah aku tahun 2008. Aku tabik pada malique yang membuat puisi ini. Puisi ini mempunyai maksud mendalam dan begitu menyayat hati. Sedarlah wahai anak bangsa, dan bangunlah dari lamunan. Janganlah jadi bodoh dan dungu kerana bangsa kita semakin lemah. Benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bangsa kita semakin dipijak dan melayu mudah lupa. Jika kita sayangkan bangsa kita, marilah kita bangun bersama dan bersatu padu agar kehadiran bangsa melayu ini terasa bahangnya di seluruh dunia. Marilah kita menghayati puisi ini dan berjuang menegakkan bangsa dan agama.




Layu
Malique

"Sesungguhnya.. tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati

Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya...Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"

Ahad, 27 Februari 2011

Orang Melayu Suka Berhibur?

Assalamualaikum WBT

Lihat sahaja pada tajuk blog aku pada kali ini pun semua orang dah agak akan isi kandungannya. Macam dah tiada tajuk lain je yang hendak diceritakan. Mungkin ada yang sudah bosan dan mungkin juga mual. Tapi bacalah dahulu, kerana serba sedikit aku ingin berkongsi pandangan aku dan pengalaman aku mengenainya. Pandangan masing2 adalah berbeza dan aku tidak memaksa kawan2 mengia atau menidakkan perkara ini.


Sebenarnya semua orang akui yang manusia memang suka berhibur. Sampai ada para ustaz atau 'pak aji' pun menyokong yang hiburan itu mesti dan kononnya mesti berlandaskan hukum syara'. Perghh....sedap betul penjelasan yang diberikan itu. Cuba berikan apa dia sumber hiburan yang berlandaskan hukum syara' tu pada saya. Kalau hendak di katakan akademi Al-Quran, Imam Muda atau pertandingan nasyid, berapa banyak promosi yang di lakukan untuk menjayakan program ini? Berapa ramai yang hadir dan berapa ramai golongan muda yang meramaikan majlis hiburan tersebut? Sponsor berapa banyak yang diperolehi?semua nyer menjadi satu pertanyaan...kalau AF, Mentor, One In Million...tak payah kita sebut budak sekolah rendah pun tau rancangan apa...yang jadi pelik dan tanda tanya kenapa orang melayu beragama Islam terlalu ramai dan boleh dikatakan memonopoli semua rancangan ini...mana dia bangsa2 lain..tak berminatkah mereka dengan rancangan ni...kalau dilihat pada hadiah..wah memang mewah....kadang pelik juga bilamana ada mak bapa yang sanggup berhabisan untuk semua perkara yang berkaitan hiburan ini...menangis bersungguh2 andai tidak terpilih walhal itu semua hanya hiburan yang bersifat sementara....kalau menangis kerana gagal masuk Akademi Al-Quran, Imam Muda, gagal dalam peperiksaan atau yang sewaktu dengannya boleh juga diterima...ini rancangan hiburan yang begitu di ia2kan...patutkah demikian?Kalau nak difikirkan balik, tengok sahaja bangsa2 lain berlumba2 memajukan diri masing2 dalam pendidikan, ekonomi dan segala macam yang berkaitan..kita ni asyik2 disogokkan dengan hiburan dan yang jadi lagi bagus tu disokong dengan sepenuh hati walau bukan semua....tapi itu realitinya kan.....

Aduh...parah betul.....



Bukannya aku ini 'jumud' atau anti-hiburan atau apa sahaja nama panggilan yang ada untuk orang seperti aku ini. Tapi cubalah fikirkan sejenak, betul atau tidak yang orang melayu ini suka berhibur? Contoh cuba kita lihat bagaimana orang barat ini mempromosikan sukan bola sepak sehinggakan kita sendiri pun sanggup tidak tidur malam (aku pun sama) atau terlalu fanatik sehinggakan membakar harta benda awam hanya kerana pasukan kesayangan mereka kalah? Bagaimana perkara sebegini terjadi? Pernahkah kawan2 semua terfikir yang mungkinkah ini semua adalah satu daripada alat untuk melalaikan orang Islam? Memanipulasikan kesukaan orang melayu dan terus menggunakan kelebihan ini untuk melemahkan kita.

Ada juga diantara mereka yang mengatakan yang mereka rasa lebih tenang apabila berhibur. Segala masalah akan hilang dan tekanan dalam diri akan terlerai apabila berhibur. memang tak salah berhibur tapi jangan lah terlalu sangat sehinggakan ia menjadi satu kemestian,dan diagung2 kan..konon mendapat kepuasan dari hiburan...betulkah demikian...kepuasan yang kita dapat memang terasa nikmat. Tapi untuk sampai bila? Kemudian bila kita merasa tertekan lagi, kita berhibur lagi..Bukankah lebih baik kalau kita bersolat atau membaca Al-Quran atau buku-buku berbentuk motivasi atau bahan bacaan ilmiah yang kesannya adalah Insya'allah untuk selamanya?

Pada masa sekarang ini, tiada apa pun yang kita buat itu adalah betul. Pada mulanya sahaja nampak betul, tetapi apabila difikirkan kembali semuanya pasti ada silap. Silap yang boleh menjahanamkan diri dan masa depan kita. Sebenarnya kita boleh lihat rentetan dari sejarah negara kita sendiri. Bagaimana penjajah masuk ke negara kita dan membawa pembaharuan yang sebenarnya racun bagi kita. Memberikan kemewahan dunia dan kuasa kepada kita sehinggakan kita lupa yang semua itu hanyalah bersifat sementara. Suatu hari nanti apabila tiba masanya, bukan itu yang akan dibawa sebagai penolong kita di dalam kubur nanti. Janganlah kita menjadi angkuh dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bila ada orang menegur, fikirlah dahulu teguran itu dengan tenang. Janganlah membuat kesimpulan yang membuta tuli sebelum berfikir. Kelak yang menyesal nanti adalah diri kita sendiri juga dan bukan orang yang menegur itu. Tak rugi pun kalau kita membuat kebaikkan kepada orang lain dan diri kita. Selalulah kita tegur menegur, sebab ianya adalah salah satu suruhan dari Allah.

Khamis, 24 Februari 2011

Tazkirah Jumaat - Kelebihan Bersedekah

Assalamualaikum WBT

Sudah hampir 8 hari aku tak update blog aku ni....agak sibuk sekarang, banyak kerja yang kena selesaikan. Hari ini ada kelapangan sedikit sebelum pergi masjid menunaikan solat...jadi entry hari ini berkisar mengenai kelbihan bersedekah....almaklumlah kita ni kadang2 agak berkira bila nak bersedekah...tapi kalau bab makan tak pulak kan....

Mari kita sama2 ingat mengingati




“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 ) 

HURAIAN 

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. 

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN 

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK 
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) 

MENOLAK BALA BENCANA 
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) 

SELAGI PELUANG MASIH ADA… 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Khamis, 17 Februari 2011

Khutbah Al-Wida' (Khutbah Terakhir Rasullullah SAW)




KHUTBAH AL-WIDA'

Rasulullah SAW
(9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.


“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Selasa, 15 Februari 2011

Hayatilah Sambutan Maulidur Rasul



Rasanyer masih belum terlewat untuk kita sama2 meraikan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini...Memang acapkali dan setiap tahun sambutan ini diadakan bagi memperingati junjungan besar kita Rasullullah SAW....namun adakah kita mengambil iktibar dari setiap ingatan panduan dan segala yang telah diatur untuk mengingati tarikh yang sepatutnya kita ingati sebagai umat Islam.....

Jika 14hb Februari anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi aku pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW? sendiri fikir dan sendiri lihat....Di sini aku ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H kepada semua umat Islam.

Setiap tahun pelbagai pihak akan mengadakan pelbagai majlis dan sambutan bagi meraikan tarikh tersebut.Sudah pasti kawan2 semua mengetahui pelbagai perkara mengenai Rasullullah SAW dan panduan yang telah disampaikan kepada kita sejak kecil hingga dewasa..Walaubagaimanapun aku masih ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurut Jabir RA, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:

  • Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
  • Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
  • Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
  • Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
  • Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”

Begitulah kelebihan Rasullullah SAW yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan rasul dan nabi sebelum beliau.Sebagai umat baginda sewajarnya kita sama2 bukan sekadar meraikan malah mengingati dan mencontohi perjuangan Rasullullah menegakkan agama suci ini..Ingat lah betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kita semua sehinggakan ke akhir hayat baginda....mulut baginda tetap menyebut 'umatku...umatku...umatku..'


* ambil lah ilmu walau sedikit sebagai panduan untuk kehidupan kita bersama...Wallahualam




Jumaat, 11 Februari 2011

Rahsia Mimpi

Salam kawan

sebelum aku pulang ke kampung petang ni.....aku nak kongsi entry yang bertajuk seperti diatas...hehehe...

ini antara yang aku dapat dari kitab nujum pak belalalang....




Bermimpi langit pecah - alamat negeri akan dirampas orang

Bermimpi berenang di sungai - alamat niatnya tidak akan terkabul
Bermimpi berjalan di sungai - alamat akan bersedih

Bermimpi sedang belayar - akan dalam pkerjaan dan usahanya berjaya
Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini
Bermimpi hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan 

Bermimpi menggosak baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga
Bermimpi membayar zakat - alamat tidak pernah kekurangan wang
Bermimpi menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan

Bermimpi membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda
Bermimpi tentang patung - akan memperolehi kemakmuran
Bermimpi melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan

Bermimpi makan daging gajah - akan dapat rezeki
Bermimpi melihat harimau - kejayaan atas apa yang diusahakan
Bermimpi melihat kerbau - beroleh kebajikan

** Tafsiran semata-mata, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T....budi bicara tuan2 dan puan2 adalah di

Rabu, 9 Februari 2011

Manusia Dahulu...Benarkah seperti yang dinyatakan

Pagi ini sewaktu aku mengemas rak yang ada dibilikku...aku terjumpa sebuah buku yang menceritakan perihal Teori Charles Darwin, seorang ahli pengkaji alam yang terkenal dengan Teori Evolusi nyer.... antara lain dalam teori tersebut menyatakan manusia berasal dari beruk/mawas...benarkah begitu?percayakah anda yang kita ni berasal dari beruk...aku rasa beruk pun malu nak mengaku yang mereka ada kena mengena dengan manusia...Jadi aku pun mencari sumber dan maklumat yang boleh di percayai untuk kita sama2 renungkan.Teruskan bacaan anda.....




Kita semua sedia maklum setelah didedahkan melalui pembelajaran di sekolah bahawa manusia awalnya melalui beberapa zaman. Dibahagikan beberapa fasa seperti zaman batu dan sebagainya. Apa yang barat gambarkan.. manusia ketika itu sangat tidak bertamadun, bercawat, memburu serta memakan daging mentah. Ilustrasi di atas adalah sesuatu yang biasa dan melekat kemas di dalam otak pemikiran kita. Tapi benarkah begitu keadaannya sejak nabi Adam dahulu?



Terlebih dahulu mari kita lihat kandungan Al Quran. Antara yang terkandung di dalamnya adalah kisah-kisah para nabi termasuklah nabi Adam semenjak diturunkan dari syurga hinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Tidak ada pun menceritakan perihal manusia di zaman batu atau sebagainya. Yang ada antaranya adalah kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman, Firaun, Namrud dan kesemua kisah tersebut terbukti dengan peninggalan kesan-kesan sejarah mereka yang mengagungkan.Begitu bukan?


Setiap zaman mempunyai teknologi mereka sendiri. Zaman firaun misalnya..kalau tidak masakan mereka mampu membina piramid yang begitu hebat. Maknanya ketika itu sudah wujud teknologi yang menjadi misteri sehingga kini. Bagaimana mereka boleh menguasai teknologi tersebut. Sekarang mari kita berbalik kepada nabi Adam...


Nabi Adam sebelum diturunkan ke bumi tinggal di dalam 'syurga'. Syurga adalah satu tempat yang tiada tandingannya baik dari segi apapun di dunia ini. Yalah ia adalah sesuatu yang 'tidak pernah terlintas oleh hati, dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga'. Kalau kita berhujah secara bodoh sudah tentulah teknologinya 'terlalu hebat dan tidak terjangkau dek akal'. Jadi Nabi Adam telah melihat semua ini dan melaluinya.


Bila Nabi Adam berada di dunia adakah beliau lupa terus teknologi-teknologi ini tanpa menyebarkan kepada keturunannya?. Sebab usia beliau sangat lama bukan seperti sekarang. Adakah baginda bercawat? tak mungkin... jadi nampaknya sudah lama kita semua di tipu oleh barat selama ini.



Timbul satu persoalan? Bagaimana pula yang ada di papua New Guinea, Amazon, Burma, Filipina, Irian Jaya dan sebagainya.. tidakkah ia menggambarkan teori barat itu betul? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah.. apakah tidak mungkin dalam arus yang moden, ada yang lari darinya dan inginkan kehidupan yang tersendiri di dalam hutan dan seterusnya beranak pinak di sana. Bruno Manser adalah contoh terbaik, orang barat dari negara maju yang menjalani kehidupan bersama suku kaum penan di Sarawak. Semua itu tidak mustahil berlaku.


Sekarang mana yang anda lebih percaya.. Al-Quran atau Orang Barat?


Valentine Day

Perayaan yang ditunggu oleh pasangan kekasih ini akan disambut pada 14 Februari setiap tahun...kenapa dan mengapa perayaan dari budaya barat ini semakin di ikuti oleh pasangan yang bercinta dikalangan orang melayu yang beragama Islam...apa signifikan dan keistimewaan perayaan ini...adakah semasa tanggal 14 februari ini sahaja yang perlu ditunjukkan perasaan kasih sayang cinta yang terlalu mendalam terhadap sang kekasih.....tiada hari atau bulan lain kah segala luahan perasaan dalam kalbu yang mampu dilontarkan....hingga perlu ditunggu tarikh keramat tersebut...jadi kawan2 mari kita soroti dan kita ketahui kenapa dan mengapa masyarakat barat yang beragama kristian begitu beria2 menyambut tarikh tersebut...



Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih.

Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa berbanding hari2 kebesaran Islam yang lain. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati seseorang yang dikasihi atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari sahaja, malahan tiap-tiap hari dalam setahun.

Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya dan akan memberikan kepada kita semua 'Syafaat' di hari kemudian.

Selasa, 8 Februari 2011

Trivia Pengetahuan Am

Salam kawan2...

Hari ini entry aku berkisar kepada perkongsian ilmu pengetahuan am yang kadangkala kita sendiri pun tak tau dan tak mau ambil tau....oleh itu apa yang aku tau dan ambil tau ni akan aku kongsikan untuk kawan2 yang mau tau dan suka ambil tau...hehe

INFO

  • Semut mengeliat setiap kali bangun  daripada tidur.(camane dia tidur...Wallhualam)



  • Satu perempat dari tulang tubuh manusia terdapat pada kaki, manakala kaki melakukan perjalanan secara purata sebanyak 115 000 km sepanjang hidup
  • Ketika berdiri tegak, 50% dari berat badan berada pada tumit, 25% pada tapak kaki dan 25% menyebar sekitar kaki anda

  • Rekod paling lama tidak tidur dalam Guinness world record dipegang oleh Randy Gardner dari AS ketika berusia 17 tahun pada tahun 1964.dia tidak tidur selama 264 jam ataupun 11 hari

  • Dianggarkan terdapat berbillion basikal diseluruh dunia iaitu 2 kali ganda jumlah kereta diatas muka bumi ini.

  • Ikan emas adalah satu satunya haiwan yang mampu melihat cahaya inframerah dan ultraungu


  • Gajah memerlukan 250kg sayuran dan 200 liter air sehari. belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu satu masa


  • Ikan terkecil didunia adalah ikan trimattum nanus yang terdapat di Kepulauan Chagos (kome cari dalam peta yer). ukurannya 0.0075mm panjang


  • Purata setiap manusia meludah sebanyak 25000 kali sepanjang hidupnya...boleh memenuhi 2  buah kolam renang (standard olimpik)


Isnin, 7 Februari 2011

Sungai Tercantik Di Dunia


Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.

Fakta ringkas: 
  • Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela. (ala, korang mst penah tgok cite yo soy betty la fia kan? hehe..)
  • Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna. 
  • Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
  • Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ. 

Lagi gambar-gambar menarik :




































Sabtu, 5 Februari 2011

Percutian Pangkor







Cuti tahun Baru Cina 2011....maka bermula la satu lagi misi iaitu Pangkor Trip bersama keluarga aku dan keluarga kakak ipar aku.Perancangan yang secara tidak dirancang ini dibuat tidak sampai sebulan walaupun misi tersebut sudah ada dalam kepala aku dari tahun lepas lagi....Janji memang sudah berjanji tapi nak melaksanakan itu adalah satu masalah yang amat2 susah untuk diaplikasikan...ewahhh.....walaupun aku sendiri sudah hampir 10 kali ke pulau tersebut namun dek kerana ingin memenuhi hasrat orang aku gagahkan jua berusaha untuk merealisasikan misi tersebut...akhirnya tanggal 3 hingga 5 februari baru ini kami semua seramai 9 delegasi berada di pangkor atau lebih tepatnya di Teluk Nipah....

Urusan tempahan Chalet sudah aku selesaikan kira 3 minggu sebelum ke pangkor. Alhamdulillah hajat aku untuk mendapat chalet yang berhampiran dengan laut dan tempat makan tercapai juga.Walaupun berkali2 aku menelefon chalet2 yang lain...semuanyer penuh di 'book' oleh pelancong2 yang ingin ke pulau tersebut pada waktu cuti raya cina...akhirnye aku dapat juga menginap di Horizon Inn teluk Nipah...dan bilik yang aku ambil betul2 mengadap ke pantai teluk tersebut....namun demikian bilik yang mengadap ke pantai itu telah aku 'adiahkan' kepada keluarga kak ipar ku kerana hajat mereka nak melihat keindahan pantai....lagipun aku sudah banyak kali kesana...jadi bagilah peluang pada mereka pulak....(ayat sedapkan ati).....hehehe

Waktu cuti raya cina ni memang ramai betul pelancong yang pergi ke pulau tersebut...feri yang aku naiki (aku sampai jam 9 pagi) dan feri2 yang sebelumnyer penuh dinaiki oleh orang ramai yang ingin melancong ke pulau tersebut...sampai saja ke pulau...maka berebut2 la orang nak mengambil teksi awal supaya tidak kelam kabut...aku yang sudah beberapa kali ke pulau tersebut awal2 lagi sudah menghubungi seorang pakcik yang bawa teksi warna pink tu...hehehe...aku kenal pakcik ni waktu pergi ke sana lama dahulu...Alhamdulillah pakcik ni masih mengingati aku..walaupun sudah beberapa tahun aku tak kesana....perjalanan dari jeti pangkor ke teluk nipah mengambil jarak sejauh lebih kurang 6 km sahaja dan masa yang diambil adalah sekitar 10 ke 15 minit...bayaran yang dikenakan pula adalah RM 20 satu van....kadar waktu cuti kot....




Sampai sahaja ke teluk nipah sudah ramai pelancong yang mandi manda di pantai dan ada juga yang mundar mandir mencari penginapan...ni mungkin kes yang datang bertawakal aje lah tu untuk mencari chalet/bilik...untung sabut timbul untung batu tenggelam,......dan aku pasti akan ada yang terpaksa pulang ke lumut kerana chalet2 sekitar teluk nipah sudah abes di booking orang ramai...syukur aku sudah uruskan awal2...selamat....aku dan keluarga kak ipar aku menginap disini....



Tu bilik kak ipar aku...aku nyer bilik belakang

chalet ni bagi aku okla..kemudahan semua cukup..dan yang pasti chalet ni betul2 mengadap ke pantai....Hari pertama berada di pulau ni aktiviti yang dijalankan adalah mandi manda tak hengat punyer...hehehe..aku rasa kulit aku pun dah bertukar menjadi 'terlalu kurang cerah'....toner kulit sudah bertukar....hahaha....apa tidaknya mandi sepanjang petang sampai abis kulit2 kecut dan kering dek penangan air masin....sudah la waktu ni matahari memancar dengan teriknya...anak aku dan anak2 kak ipar aku pula berguling2 dengan pasir sampai pasir pun penuh atas kepala..susah mau di hilangkan......

teluk nipah diwaktu pagi


bermain pasir

Hari kedua di pulau pangkor aktiviti yang dijalankan pada sebelah pagi adalah pusing pulau....aku menyewa teksi pink@ikon pulau pangkor tu dan kami dibawa pusing2 sekitar pulau, antara tempat yang dilawati adalah kilang memproses dan menjual hasil laut...beli juga la barang2 tu dalam 2 ke 3 peket....aku sebenarnya tak berapa makan makanan ni...tapi demi untuk dibuat ole2 beli la juga....selepas melawat kilang tu kami dibawa pula ke tokong fo ling kong..melawat kesini antara aktiviti yang perlu untuk pelacong2 yang datang...istimewanya adalah dekorasi dan seni taman nyer yang agak unik...disini ada kolam ikan yang menempatkan ikan arapaima gigas (spesis ikan air tawar terbesar didunia)...ada kolam kura2 dan yang uniknyer ada mini/model tembok besar china yang dibina tak salah aku pada tahun 1987.so bergambar sakan la disini....

tokong fo ling kuan


sama seperti diatas

Selepas tu kami dibawa pula ke tempat bersejarah iaitu runtuhan kota belanda...tempat penjajah belanda menyimpan bijih timah yang dilombong sekitar perak pada sekitar kurun 1700 sehingga 1800an dan kota ini dimusnahkan sebelum kerajaan perak membaiki nyer semula dan dijadikan kawasan pelancongan untuk pelancong2..sekurang2 pada yang tidak suka subjek sejarah masa sekolah menengah boleh la menjengah dan mengetahui tentang sejarah negeri perak ni...pangkor juge terkenal dengan perjanjian pangkor pada tahun 1874 antara kerajaan perak dan inggeris...(semak semula bukun teks sejarah)..habis pusing pulau kami pun pulang ke chalet untuk berehat dan seterusnye melakukan aktiviti.....

Kota belanda

Waktu petang pula kami berkayak...main jet ski....menaiki banana boat....dan akhirnya kami semua menaiki bot pusing pulau..pemandu bot yang kami sewa tu pada pandangan aku masih muda lagi mungkin umur sekitar 17 ke 20 tahun saja....ramah dan suke bercerita dan yang paling best dia speedkan bot tu pada kelajuan yang maha mengecut dan menakutkan anak aku..aku ulang anak aku yer..bukan bapa nyer...hahaha....sampai menangis nak balik rumah....terpaksa la aku memujuk nyer....mujur ok....antara pulau yang di lihati dan di pusingi adalah pulau mentangor (ye kot), monkey bay, teluk ketapang dan coral island@pulau giam....


snokelling




Lepas pusing pulau kami snokelling kat coral island tu...aku snokelling gak la...ikan dan batu karang tu memang ada tapi tak sebanyak dan secantik masa pertama kali aku datang beberapa tahun dulu..dah terlalu banyak pencemaran yang terjadi...karang2 dah rosak dan ikan pun dah tak banyak lagi...aku khuatir suatu hari nanti orang akan snokelling semata2 nak tengok pasir dalam laut saje la agaknyer...sampah sarap semakin banyak...pelancong pulak tak reti2 nak menjaga khazanah yang kita ada tu....mentaliti tu kadang2 memang susah nak diubahkan (camana nak buat?)....ok la berbalik pada cite snokelling tu...apa yang dapat aku lihat masa snokelling tu adalah gamat..ha memang banyak, besar2 pulak tu...hehe..

kami berada dan ber'snokelling' kat pulau tu sampai lewat petang...balik ke  chalet dan selepas makan malam apa lagi...masa untuk beradu..penat memang tak hengat.....zzzzzzzzzzzzzzzzzz

senja di teluk nipah

senja di teluk nipah


Sabtu pagi.......'Selamat Tinggal Pangkor".......aku akan datang lagi.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...