ReviewMe

Rabu, 30 Mac 2011

Lahirnya Bintang Malaysia?



Nama budak yang terdapat dalam video diatas adalah Wan Kuzain Wan Kamal. Ayahnya berasal dari Malaysia manakala ibunya berasal dari Amerika, dan sekarang keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998.

Baru berumur 12 tahun, tapi skil yang ditunjukkan olehnya memang hebat. Langsung tak dapat ditandingi oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Video ni diupload oleh abangnya yang bernama Wan Kuzack. Sebenarnya adalah terlalu awal untuk mengatakan Wan Kuzain bakal menjadi pemain bola sepak yang berjaya, namun usaha perlu dimulakan dari sekarang. Ada pihak yang berkata sudah ada usaha dari pihak FAM untuk menawarkan sponsorship kepada Wan Kuzain supaya memasuki akademi bola sepak di Eropah. 

Aku harapnya mereka berjaya. Dah lama Malaysia takde pemain berbakat besar macamni, FAM kena usahakan supaya bakat yang ada pada budak ni dapat digilap dan mampu melahirkan pemain hebat seperti messi, ronaldo dan legenda yang lain,.Gah juga nama Malaysia..benda ni tidak mustahil sekiranya usaha yang dilakukan bersungguh2...jangan pula jadi seperti Titus James Palani..entah apa jadi pun tak tau..

so usahakan yang terbaik yer...

Sabtu, 26 Mac 2011

Perlembagaan - Melayu


Assalamualaikum WBT

Semenjak dua menjak yang sibuk ni, masa yang aku ada agak terhad untuk menaip nukilan  dalam blog aku ni, namun ku gagahkan jua menaip sesuatu isu berdasarkan apa yang aku nampak dan aku hayati. Sewaktu aku membelek2 buku2 lama masa aku belajar dulu..aku terpandang artikel mengenai  perlembagaan negara dan orang Melayu.Aku terkesima pada suatu pernyataan tentang undang2 dan juga tentang perlembagaan Malaysia yang memang tidak terdapat perkataan cina dan India disebut di dalamnya. Aku pun terfikir, pelik dan merasa tertanya -tanya mengapa sebahagian orang India dan Cina begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh menuntut hak persamaan yang sama rata atau sekurang2nya sama rasa dengan orang melayu. Laungan dan luahan kononnya di anaktirikan dan ditindas kedengaran di bibir2 dan dimulut2 sebahagian pemimpin2 yang kononnya memperjuangkan keadilan dan semangat bangsa Malaysia...kononnya


Mengapa mereka begitu mempertikai hak keistimewaan orang Melayu dewasa ini.Mengapa begitu mudah mereka mengusik dan mencuit suatu benda yang memang sudah termaktub dalam perlembagaan yang sudah pun terpateri kukuh apatah lagi memang sukar dan susah untuk diubah mahupun digubah..Walaubagaimanapun yang lebih malang dan lebih walang ada dikalangan orang Melayu pulak menyokong hak itu dipersoalkan dan menyokong tuntutan2 yang  hebat itu..kerana apa?

Kemudian persoalan itu bagi aku terjawab apabila aku ada membaca ulasan dan kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang menjelaskan secara panjang lebar didalam artikelnya. Katanya merujuk sejarah lalu empayar Melayu seperti Srivijaya mempunyai kawasan yang amat luas sehingga merangkumi Indonesia, Tanah Melayu, Filipina dan Brunei.


Sudah pastilah rakyat dalam sesuatu empayar itu bebas bergerak dan bebas untuk menetap di mana-mana jajahan empayar dan masih dianggap sebagai warganegara dan peribumi sekiranya tidak keluar dan menetap diluar lingkungan jajahannya.

Kita bukannya pendatang kerana kita masih berada dalam lingkungan empayar jajahan Melayu. Tanggapan mengatakan orang Melayu juga seperti pendatang dari negara China dan India adalah salah sama sekali. Cuma penjajah barat yang telah memecahbelahkan empayar Melayu yang begitu besar. Umpamanya perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang telah memisahkan secara rasmi Indonesia dan Malaysia. Indonesia di bawah Belanda dan Malaysia di bawah Inggeris.

Menurut perlembagaan Malaysia bangsa dalam negara Malaysia terbahagi kepada lima. Orang asli, Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain. Nah jelas bahawa prioriti lebih kepada empat golongan berbanding kaum India dan Cina yang hanya terkandung dalam istilah kaum-kaum lain.


Kalaulah orang asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mengutarakan konsep persamaan hak itu kita sepatutnya menerima kerana sudah termaktub. Namun kaum lain yang jelas kedudukannya dalam perlembagaan pula yang terlebih sudu dari kuah.

Negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai Malaysia. Malaysia asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu pula mengikut Perlembagaan Tanah Melayu adalah persekutuan Tanah Melayu.

Inilah kesilapan terbesar dalam buku sejarah di sekolah apabila mengatakan bangsa teras di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sedangkan Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak di kesampingkan dan di ketepikan seolah-olah menjadi sub bangsa Malaysia. Yang sepatutnya menjadi Sub bangsa pula yang diiktiraf menjadi bangsa utama.

Sebenarnya Inggeris telah lama mengiktiraf orang Melayu sebagai pemilik utama tanah pertiwi ini. Ini dapat dilihat dalam kontrak sosial (bukan istilah undang-undang) .Ia satu perjanjian antara kaum di negara ini apabila orang Melayu secara bermurah hati telah memberi hak kerakyatan 800,000 kepada orang cina dan india apabila kita menuntut kemerdekaan dahulu.

Asalnya mereka ini bukan warganegara sedangkan orang Melayu adalah warganegara yang sah mengikut undang-undang. Sebagai balasan orang Melayu mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini.

Antara 3 keistimewaan yang diberi ialah pentadbiran negara diberi kepada orang Melayu, pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit serta perniagaan diberikan kepada orang Melayu.

Mujurlah Raja-raja dahulu mempunyai pandangan yang jauh dengan menubuhkan Askar Melayu Diraja (benteng akhir menjaga hak Melayu) dan undang-undang tanah rezab Melayu sebagai langkah berwaspada sekiranya apa-apa terjadi kepada bangsa Melayu.

Seterusnya dalam menjelaskan warisan bagi orang Melayu ialah Raja berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi bagi orang Melayu ialah beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan adat melayu yang mewakili raja-raja Melayu.


Sementara pusaka orang Melayu yang mesti terus dipertahankan ialah Askar Melayu, Tanah Rezab Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sejarah telah membuktikan keagungan, kehebatan dan kehancuran sesuatu bangsa itu bukanlah disebabkan anasir luar tetapi disebabkan oleh orang kita sendiri yang membuka ruang dan peluang kepada anasir luar untuk menyerang kita dari dalam dan dari luar.


Terjawab juga kemusykilan yang bersarang di kepala sekian lama...kepada kawan2 seboleh2nya berfikir dari kontek kita sebagai bangsa Melayu yang Allah kurniakan bumi Malaysia ini sebagai Tanah Tumpah Darah kita...andai kata negara ini haru biru, kacau bilau, porak peranda dan segala yang tidak seronok untuk difikir dan diucapkan...manakah lagi kita mahu tuju?



* aku sayang negara ku ini..disini TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
* gambar sekadar hiasan

Ahad, 20 Mac 2011

Bangkitlah Semangat Umar Mukhtar

“Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”
- Umar Mukhtar -


Sebelum ini ramai yang memuji kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya, kononnya rakyat lebih berkuasa dalam menentukan kepimpinan negara. Memang benar. Rakyat itu berkuasa, tapi bukan di jalanan atau melalui demonstrasi dan rusuhan. Walaupun kadangkala perkara seperti itu memang dibolehkan tapi bergantunglah pada situasi dan keadaan. Bagi aku setiap apa yang terjadi di negara arab kebelakangan ini adalah kerana ada agenda2 asing yang bersembunyi disebalik segala kemelut itu...


Paling lucu, ada rakyat di negara ini yang turut masuk campur hal 'rumah tangga' negara arab seperti Mesir dan Libya. Turut sama berdemo di hadapan kedutaan memohon pemimpin negara berkenaan turun dari takhta bagi menghormati kuasa rakyat dan yang palinng bagus ada juga di kalangan manusia2 yang gila kuasa mengajak rakyat negara ini mencontohi rakyat negara terbabit kononnya pemimpin negara ini zalim...aduh lawak betul rasanyer....situasi berbeza la bro...fikirlah


Kini, tangan-tangan ghaib sudah menampakkan wajahnya. Merekalah SYAITAN yang menghuru-harakan negara Arab. Rakyat hanya jadi alat pemusnah. Rakyat hanya jadi lesen kepada musuh untuk menghala peluru berpandu Tomahawk ke negara tanah tumpah mereka sendiri. Akan adakah lagi ' LION OF THE DESERT' atau UMAR MUKHTAR di bumi Libya sekali lagi..?



* aku sayang negara ku ini disinilah TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....Moga Allah tidak menurunkan bala bencana dan musibah kepada negara ini

Rabu, 16 Mac 2011

Melangkah ke Stadium


Pasukan Perak 2011 
(gambar ehsan hesome orang kampung aku)

Assalamualaikum WBT

Kali ini aku nak bercerita tentang bolasepak pulak...ramai dikalangan kawan2 yang berminat bola sepak kan, sampaikan ada istilah yang menyatakan Makan Bola, Tidur Bola, Minum Bola dan segalanyer pasal bola. Aku juga antara peminat sukan nombor satu ini, sejak dari mengenal menyepak bola hehehe.....Untuk kesekian kalinyer setelah hampir 2 tahun aku tak menjejakkan kaki ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak..malam tadi ( 15 Mac 2011) aku entah kenapa tiba2 sahaja berhajat dan beria2 benar nak pegi ke stadium ipoh untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan aku..negeri tanah tumpah lahir..Pasukan Perak..perlawanan itu pulak adalah perlawanan peringkat suku akhir pertama antara Perak dan Terengganu...walhal sebelum ini tak pulak perasaan membuak2 aku tu ada, walaupun Perak adalah satu2 pasukan dalam liga super 2011 yang belum tewas lagi...jadi bila dah hajat dihati tu menggunung tinggi. aku pun dengan perasaan teruja pergilah menyaksikan perlawanan tersebut dengan menaiki kereta dari rumah aku di kamunting ke ipoh...perjalanan tidak la begitu jauh...aku bergerak dari rumah pun sekitar pukul 7 dan sampai di ipoh dalam pukul 8..selesai solat maghrib aku bergerak ke stadium yang dah lama aku tinggalkan...malam sejarah bagi aku setelah hampir 2 tahun....dalam hati berdoa semoga Perak menang...

penyokong Perak
(gambar tak jelas.hp murah aje)

scoreboard sudah berwajah baru

Perak meraikan gol pertama, jaringan yang cantik

Tahun lepas aku memang tawar hati dengan pasukan Perak...bukan kerana aku ni penyokong bermusim..bila pasukan hebat baru sokong bila pasukan rebah tidak ambil tahu...bukan begitu..aku cuma rasa terkilan dengan apa yang telah terjadi pada pasukan Perak tahun lepas...bagi aku, pandangan aku, kelemahan pasukan Perak pada tahun lepas adalah disebabkan oleh pengurusan dan pentadbiran pasukan yang tidak bersungguh-sungguh sehinggakan pasukan perak yang dahulunya antara pasukan elit jatuh merudum pencapaiannya..selain itu antara sebab lain yang aku rasa punca2 kemerosotan pasukan perak tahun lepas mungkin campur tangan politik tu terlalu ketara (sebelum ni pun memang politik kuat dalam bolasepak ni)..Salah pilih jurulatih pun boleh dikatakan antara faktor penyumbang kemerosotan pasukan juga..yelah jurulatih tu pun bekas pemain yang Perak..namun kurang menonjol sewaktu menyertai pasukan suatu ketika dahulu..Disiplin dikalangan pemain yang agak haru biru....mungkin sebab tak dapat gaji kot...hm banyak lagi sebab musabab lain tapi takpela malas aku nak cerita or komen berlebihan..


pandangan dari tempat duduk aku

Apa yang aku nak ceritakan dalam entry kali ini adalah perihal aku menyaksikan perlawanan  semalam yang merupakan faktor kejutan bagi diri ak....yelah boleh lak aku g sorang2 menyaksikan perlawanan tu...kan ke pelik...layan diri beb....hehehe

suasana sewaktu perlawanan

Apa yang aku lihat pasukan Perak sudah banyak melakukan perubahan..bagi aku perlawanan semalam memang menarik bagi kedua2 pasukan..Pasukan Perak selepas dilatih oleh cikgu Jan ni banyak sudah perubahan yang berlaku cume mungkin cikgu Jan ada formula atau inisiatif tertentu untuk perbaiki bahagian tengah Perak yang aku rasa tidak mempunyai key player yang boleh menjadi penentu atau perancang utama pasukan Perak seperti zaman kegemilangan  Azizul Abu Haniffa ataupun Ahmad Shahrul Azhar dulu...kalau bahagian ini dapat di pertingkatkan aku yakin Perak kembali gah..


kedudukan semasa 2 - 1

gol ketiga pasukan Perak

Kalau aku nak ulas mengenai perlawanan semalam pun rasanyer tak perlu sebab kawan2 semua pun ada membaca suratkhabar dan melihat preview perlawanan tu...jadi boleh la tgk gambar2 yang aku snap dengan kamera hp aku ni...(lupa bawa kamera sebab excited sangat, haha)...apapun keputusan tu mungkin sudah ramai yang tahu pasukan Perak menang dengan jaringan 3 berbalas 2....aku harap pasukan perak akan all out masa di Kuala Terengganu pada perlawanan timbal balik nanti..aku berharap tahun ni pasukan Perak akan ke final piala FA buat kesekian kalinyer...


deme nak bergaduh agaknyer


keputusan 3 - 1



"KEJOR YEOP KEJOR....."

"SKOR YEOP SKOR....."




Ahad, 13 Mac 2011

Tsunami

Assalamualaikum WBT

pusaran tsunami di perairan jepun

Apa kabo kawan2? sudah hampir seminggu selepas percutian ke kurau stone tu..baru hari ini aku berkesempatan nak meng'update'kan blog aku ni....bukan takde masa cume aku gembira bile ramai juge pengunjung blog aku yang sudi membaca kisah percutian aku di kurau stone pada minggu lepas....mungkin dek kerana promosi dari rancangan Jalan2 Cari Makan TV3 tu dan kebetulan entry aku pada hari berkenaan serentak dengan rancangan tersebut..syukur Alhamdulillah dan terima kasih pada kawan2 yang sudi mengunjungi blog aku yang tidak sepertinya ini....

cerita pada hari ini bukan berkaitan dengan percutian aku...cume aku ingin berkongsi maklumat mengenai bencana alam yang melanda jepun pada 11 Mac 2011 iaitu pada hari jumaat yang lepas...Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu perkara itu...memang dahsyat kejadian tersebut dan mengikut apa yang di beritahu gempa itu berukuran 9.0 skala richter..ia merupakan antara kekuatan gempa bumi yang terkuat melanda sebuah negara di dunia ini...walaupun manusia mampu merancang tapi ketentuan Qada' dan Qadar Allah menentukan segalanya...

kemusnahan akibat tsunami di jepun

Mungkin sebahagian dari kita tidak mengetahui punca utama kejadian tsunami tersebut jadi aku ingin berkongi maklumat dengan kawan2 semua apa yang dikatakan dengan TSUNAMI tersebut... Tsunami dalam bahasa jepun bermaksud ombak besar di pelabuhan dan sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), ia merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi yang berlaku di dalam laut). tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan. 

jepun dilanda tsunami

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

tsunami bergerak melalui kawasan petempatan

Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.

tsunami meranapkan lapangan terbang

jadi apabila gempa bumi yang berkekuatan 9.0 skala richter yang melanda jepun baru2 ini...cuba bayangkan betapa kuat nyer tenaga yang dapat menghasilkan tsunami yang melanda negara itu...Subhanallah..mudah2an Allah memelihara bumi Malaysia ini dari kejadian yang begitu dahsyat...Marilah kita bersyukur kerana dilahir, dibesar dan dapat hidup di bumi bertuah ini yang setakat ini masih dipelihara oleh Allah dari kejadian bencana alam yang dahsyat..

Ahad, 6 Mac 2011

Percutian Ke Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay

Pada Sabtu dan Ahad baru ni, aku bersama keluarga ku pergi bercuti dan bersantai di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay. Kira aku ni nak menolong mempromosikan tempat ni la...apa salahnyer kan tempat kepunyaan orang Melayu, jadi sapa lagi yang nak membantu kalau bukan kita juga. kebetulan pulak aku pun duduk di Kamunting sahaja, jadi Batu Kurau tu taklah jauh sangat..sekitar 15 minit sudah sampai.. 

Papan Iklan Kurau Stone

 Pemandangan di waktu malam

Pemandangan kolam dari chalet

 Kolam dua

 Gazebo tempat makan

 Kolam satu

Pemandangan restoran dari chalet 

Sudah lama juga aku merancang nak bawa mak dan abah aku berehat dan bercuti disini. Aku dan abah pernah sampai tahun lepas itupun sebab bawa abah memancing di kolam yang ada disitu...waktu aku pergi dengan abah...chalet dan restoran belum ada lagi...Untuk kali ini sambil menemani abah yang merupakan otai memancing ni, aku bawa mak dan adik2ku ikut sekali...buat Along abangku dan adikku yang di Johor nanti datang kita pergi sini ok...hehehe...

Pentas di restoran

Dari belakang pentas

Plak Jalan Jalan Cari Makan

Kalau bukan alasan nak memancing takkan lamanyer abah nak ke rumah aku...jadi alasan yang aku gunakan nak bawa abah pergi memancing sambil bersantai ditempat ini memang berjaya....abah setuju asalkan dapat memancing di kolam yang ada disitu...Sebenarnya tempat ni agak baru. Kolam ikan je yang agak dah lama sikit, 2 tahun lebih. Resort (chalets dan restoran) dia plak baru 3-4 bulan beroperasi. Tapi sambutan sangat menggalakkan, Alhamdulillah...hari ini pun dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan,...siarannya dah keudara..ini bermakna tempat ni dah di promosikan....jadi kalau ada yang berhajat nak pergi tu dialu-alukan..dan setau aku rancangan Jom Jalan TV3 pun dah sampai ke sini cume bila disiarkan tu aku tak pasti. Tarikan di sini, of course la fishing activity. 

Abah punya hasil tangkapan

Abah sedang 'baca-baca' kot

Itulah menu untuk ikan dalam kolam

Abah aku ni memang minat memancing..jadi kedatangan kami sekeluarga ke situ boleh dikatakan untuk bersantai sambil berehat.. Sebagai makluman, abah aku berjaya mendaratkan 3 ekor ikan iaitu ikan patin (10.2kg) dan 2 ekor ikan keli (5.4 kg dan 4.3 kg) pada malam pertama disitu..cuma terkilan gambar tak sempat aku nak ambil...yang ada cuma gambar nama abah dan berat ikan yang diperolehi...hahaha...dan lebih membanggakan rekod untuk malam tu adalah ikan pati seberat 10.2 kg yang abah berjaya daratkan.....seronok sangat abah malam tu....

Menu istimewa

Sedap, enak dan lazat berkrim

Apapun tempat ini bagi aku best, pemandangan menarik la! Relax dan santai je suasana die. Tenang dan mendamaikan...Ada jugak ATV  selain fishing activity kat situ. Makanan yang ada direstoran yang berkonsepkan gazebo ini memang menarik....kalau bawa keluarga ke sini memang berbaloi...makanan nyer pulak pelbagai dan ada menu istimewa...harga makanan yang berpatutan berbanding tempat2 yang pernah aku pergi..berbaloi lah orang kata...hehe

ATV yang boleh disewa

Oh ya, chalet kat sini ada 10 buah -bakal bertambah, Insya'Allah - Salah satu chalet dia dimiliki oleh Shamsul Ghau Ghau. Dia beli 1 jadi homestay untuk family dia bila ke sana. Bila die tak datang, disewakan macam biasa la. Aku sewa dua buah chalet satu untuk aku sekeluarga juga mak abah dan satu lagi untuk keluarga adik ku...chalet nyer pun murah (bawah RM 100 ) dan kemudahan dalam bilik setaraf dengan hotel yang ada bintang...selesa dan puas juga la bergolek atas katilnyer,.. hehehe...
 
 chalet tempat aku menginap

Suasana dalam bilik

Kemudahan yang ada

Chalet dengan hiasan kayu yang menarik

Pemandangan dari chalet adikku menginap

Pemandangan Chalet dari kolam 1

Kadang2 bercerita sahaja tidak menggambarkan situasi yang dilalui...oleh itu aku sertakan gambar dan kawan2 boleh nilaikan sendiri...Apa yang boleh aku nyatakan memang berbaloi aku ke sini bersama mak dan abah...tergambar kegembiraan pada wajah mereka...bagi aku sebagai seorang anak itu sudah cukup memberikan aku kepuasan....duit boleh dicari tapi nilai kasih sayang dan pengorbanan itu lebih dari segalanya..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...