Jumaat, 22 April 2011

Rancangan Dajjal (Bohemian Club)

Assalamualaikum WBT

Selepas bersolat Jumaat tadi aku pun mengadap ke peti televisyen..seperti biasa antara channel kegemaran aku adalah Histroy Channel (555) astro..agak tertarik dengan dokumentari yang diceritakan...setau aku antara agenda yahudi dan kristian untuk menguasai dunia adalah dengan menubuhkan 'kelab freemason atau iluminati' saja..rupanya ada satu lagi persatuan rahsia dan gelap yang sudah lama wujud di dunia ni yang berpusat di Amerika syarikat yang dinamakan dengan 'BOHEMIAN GROVE'...dalam rancangan itu penerbit dan 3 orang penyiasat mencuba untuk membongkarkan kerahsiaan kelab ini...namun tidak banyak yang dapat didedahkan kepada umum...seolah2 ia memang disengajakan untuk tidak didedahkan...kemungkinan seperti juga freemason, kewujudan kelab ini adalah antara agenda yang digunakan untuk menguasai dunia dan menjadi pelaksana rancangan dajjal dimukabumi ini....

aku pun mencari maklumat berhubungkait dengan kelab ini dan hasilnya aku titipkan dalam blog aku sebagai ingatan dan pengetahuan kita sebagai umat Islam....selama ini aku sendiri pun tidak mengetahui kewujudan sebuah lagi kelab yang berorientasikan kesyaitanan ni...


Apakah dia Bohemian Grove?
Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Tetapi ini cuma ‘cover-up’ sahaja.
Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.
Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!
Iblis sememangnya mahukan manusia menjalankan kembali penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan ‘magick’.Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya.Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!
Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan ‘Sweets and Trick or Treat’ untuk dewa-dewi Druid,Witch’s Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!
Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:
-Ronald Reagan
-Richard Nixon
-George H. W. Bush
-George W. Bush
-Alan Greenspan
-Dwight D. Eisenhower
-Robert Novak
-Arnold Schwarzenegger
-Dick Cheney
Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir.Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang sembahan para Bohemian ini,kita perlu mengkaji asal-usul perkataan Bohemian Grove dahulu.
Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi ‘Bohemian lifestyle’ yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan ‘moderate’.Warisan kepada ‘Bohemian lifestyle’ ini adalah para hippies dan penghisap candu.
Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap;ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.
Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud ‘tempat tinggal orang-orang Boii’.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.
Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para ‘survivor’ yang terselamat dari program ‘mindcontrol’ CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.
Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:
“Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu…”
Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan ‘Care’ dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.
Catatan seorang ‘survivor’ CIA,Kathy O’Brien:
“Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya”
Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.

Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.
Semoga kita semua sebagai umat Islam berhati2 dan mengelakkan diri dari agenda dajjal dan manusia2 yang menjadi pengikutnya.dunia sudah akhir zaman berhati2 lah
Wallahualam

Rabu, 20 April 2011

Alien Mati Terhempas?




Ini cerita dan maklumat yang aku dapat cari tentang cerita ini...konon ada masuk dalam akhbar KOSMO tapi aku tak pasti keluaran hari apa....Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat …

Benarkah semua ini? Soalan ini dah lama.. Ia tak ada sudahnya..jawapan dan kajian sudah banyak dilakukan...cuma jawapan dan bukti yang konkrit masih belum di temui...Ini kerana banyak momokan dan banyak tipu dari benarnya akan kisah sebegini...banyak pandangan yang skeptik dari pandangan yang bersifat ilmiah..Tambahan lagi sekarang ini dunia teknologi semakin canggih. Susah nak percaya akan sahihnya walaupun ada bukti bergambar dan ada video bergerak ..

Tapi bila tengok video ini .. rasa cam nak percayapun ada ..   tapi rasa tak percaya lagi banyak dari nak percaya ..  cume terpulang pada persepsi dan pandangan masing2...

Wallahualam



Ahad, 17 April 2011

Kome tengoklah...alangkah bagusnyer kalau berterusan macamni

Dialog Kebenaran


Assalamualaikum WBT

teman copy pastekan artikel yg YB Zulkifli Nordin tuliskan ini....bagi teman ada perkara2 yang boleh kita fikir dan renungkan di sini....

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Isnin, 11 April 2011

Rasuah: Pembangkang pura-pura


Assalamualaikum WBT


Satu artikel yang menarik. Jadi aku poskan ke blog aku ni sebagai bahan bacaan untuk difikirkan bersama dan direnungi, bukan aku bermaksud untuk menyebelah mana-mana pihak, bagi aku perkara yang baik, betul dan aku rasakan benar perlu di fikirkan bersama.

ISU memerangi rasuah ialah senjata utama yang digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008. Ini jelas dilihat pada dokumen-dokumen manifesto, termasuk manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dinamakan Harapan Baru Untuk Malaysia.

Dokumen berkenaan dengan berkobar-kobar mengisytiharkan bahawa 'Dengan semangat membara KeADILan untuk memerangi rasuah, pembaziran dan salah tadbir, kadar pertumbuhan sebanyak lapan peratus adalah sangat realistik untuk kita capai.'

Seharusnya sebelum mahu berbicara mengenai 'memerangi rasuah', PKR patut sedar terlebih dahulu bahawa perang itu bukanlah suatu perkara yang indah dan enak. Operasi 3B yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini ialah salah satu contoh perang sebenar terhadap rasuah, bukan perang air liur dan main-main ala pembangkang.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya telah menjadi saksi kepada operasi memerangi rasuah yang paling besar dalam sejarah negara, membabitkan anggota SPRM dengan bantuan Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara. Beberapa kontena borang kastam K1 telah disita, bukti telah dikumpul mengenai transaksi, pemilikan harta dan butir-butir akaun yang mencurigakan.

Kemudiannya serbuan-serbuan dilakukan dalam tempoh 48 jam dan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan untuk siasatan lanjut. Namun seperti yang dijangka, media-media pembangkang seolah-olah membisu tanpa laporan usaha bersejarah SPRM ini.

Rakyat sebenarnya cuma ingin tahu bagaimana JKDM, yang mengurus beribu-ribu transaksi kemasukan barangan import di pintu-pintu masuk negara, boleh 'ditingkatkan' kembali menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara seperti LHDN.

Rakyat juga cuma menagih rahsia bagaimana seorang pegawai JKDM berpangkat rendah boleh memiliki ratusan ribu ringgit dalam akaun-akaun amanah saham dan membeli rumah serta kereta mewah secara tunai. Ini sama sekali bukanlah pendedahan yang indah-indah dan enak-enak. Namun inilah hakikat 'peperangan'.

Bagaimanapun, sejurus insiden kematian seorang pegawai JKDM di bangunan SPRM, media-media alternatif dan pembangkang tampak sama sekali berubah arah. Malaysiakini yang dahulu lantang mengaitkan kakitangan awam dan rasuah dengan tajuk rencana seperti Kabel dengan kaki tangan awam yang rasuah, tiba-tiba berubah nada simpati apabila menggunakan tajuk KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan.

The Malaysian Insider yang dahulu giat 'menelanjangkan' JKDM dengan penggunaan tajuk Tangkapan rasuah Kastam cuma sebahagian kecil dari sebenar, kata SPRM (Customs graft bust just tip of iceberg, says MACC) kini adalah jaguh pembela JKDM dengan tajuk Mustahil Sarbani membunuh diri, kata rakan (Impossible for Sarbani to commit suicide, says friends) sambil menunjukkan gambar rakan dan keluarga si mati yang sedang bersedih.

Tidak ketinggalan lidah PAS, Harakah. Dahulu ia giat menghentam jabatan kerajaan dengan penggunaan tajuk berita seperti Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera. Kini ia pandai pula menjadi sahabat akrab kepada kakitangan awam dengan menggesa Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil.

Dalam suasana keruh ini, PAS muncul juara penghentam SPRM dengan membawa beritaTakziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM. Walhal di dalam manifesto PRU ke-12nya, PAS lantang berikrar akan 'Memperkukuh agensi-agensi'Pemantau' (Watchdog) seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR)'. Gelagat ini sama sekali tidak konsisten dan menyerupai sifat kemunafikan.

Apa yang lebih mengecewakan ialah tingkah laku DAP dalam 'memerangi rasuah', sejurus selepas penghakiman kes Tan Boon Wah v. Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Ors pada November tahun lepas, yang mengehadkan soal siasat SPRM kepada hanya sehingga pukul 5.30 petang.

Pengerusi DAP yang juga peguam yang mewakili plaintif, Karpal Singh telah menyatakan di luar mahkamah bahawa "para saksi untuk tiga tahun sebelum ini, yang telah ditahan secara salah dan soal siasat mereka dijalankan selepas waktu pejabat boleh menuntut ganti rugi."

Bukankah menggalakkan pesalah-pesalah rasuah menyaman SPRM ialah keburukan (mischief) yang besar? Apa jenis faedah yang Karpal Singh harapkan apabila bersusah-payah untuk menghasilkan kekalahan moral bagi SPRM dan kemenangan moral kepada perasuah


ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum WBT


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, kafir mengkafir, tuduh menuduh, yang lebih bagus ada pihak yang menyatakan mereka lebih Islam dari kumpulan lain sampaikan apa sahaja yang dibuat oleh orang yang seagama dan sebangsa dengan nya semua dianggap salah dan tidak Islam...taksub pada pemimpin seolah-olah pemimpin itu maksum,...lebih rela bekerjasama dengan orang kafir dari orang yang seagama dan sebangsa dengan mereka...dan macam2 lagi perihal orang Islam sekarang ini...macam dah tak ada akal untuk berfikir....orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?apakah ini yang dikatakan contoh umat terbaik?...tepuk dada tanya iman...

Wallahualam 

Khamis, 7 April 2011

Mat Rempit Menjadi Imam


Arakian dikisahkan, ada seorang mat rempit yang turun awal dari rumah di waktu maghrib ingin pergi merempit dengan kawan-kawannya.Dengan motor Yamaha LC 135 ekzos modifiednya dan rambut mayang mengurai serta jaket kulit ala-ala Slash kumpulan Gun &Roses dan jeans bertampal-tampal, bergeraklah beliau daripada rumah (ini pak bilal tak cakap, gambaran yang aku bagilah berdasarkan budaya dan penampilan sesetengah mat rempit).Diringkaskan cerita,di dalam perjalanan, terdengar laungan azan Maghrib.Singgahlah mat rempit itu di surau berdekatan ingin menunaikan kewajipan, walaupun di dalam hatinya timbul kerisauan bimbang terlewat sampai ke tempat perlumbaan dan akan ditinggalkan kawan-kawan serempitan beliau.

Di surau itu kedapatan seorang imam tua.Semakinlah risau akan mat rempit itu akan kehabisan masa beliau melihatkan pak imam tua yang bertongkat dan terketar-ketar.”Tentulah lambat habis solat maghrib kalau macam ni gayanya kalau aku bermakmumkan pak imam tua ni’”.Lalu disuarakanlah kerisauannya kepada pak imam tua tersebut.”Pak Imam tua, lu semayang cepat sikit boleh tak,gua nak pergi merempit pulak ni”.

Walaupun sedikit terkejut mendengar kata-kata mat rempit yang agak ‘sopan’ itu, di offerlah pak imam tua tersebut kepada mat rempit,”Orang muda, kau sajalah jadi imam”.

Bersetujulah mat rempit tersebut.”Betul jugak,baik gua je jadi imam.Boleh gua cepatkan sikit solat maghrib ni.Tak derlah gua terlepas nak pergi merempit nanti”,

Diringkaskan cerita, menjadi imamlah mat rempit tersebut akan solat maghrib tersebut.Dimakmumkan oleh pak imam tua dan beberapa orang lagi makmum.Terpegun atau dalam bahasa yang dahsyat sikit, terkesima dan terpana lah akan pak imam tua itu mendengar bacaan mat rempit tersebut.Dengung dan tarannumnya ala-ala imam Mesir lagaknya.Sungguh merdu dan gemersik.Kata orang zaman sekarang,”Boleh Lawan la”.

Sesudah memberi salam, berkatalah pak imam tua tersebut,”sedap sungguh bacaanmu wahai orang muda ..lain kali bolehlah jadi imam jemputan surau kami”. Jawab mat rempit tu dengan hidung yang kembang kempis dan dalam nada berbisik kepada pak imam tua.”terimakasih pak imam tua atas pujian lu tu.Itu gua solat tak ambik air sembahyang tu, kalau gua solat ambik air sembahyang..fuhh..bacaan gua lagi power pak imam!”.

Arakian terloponglah mulut pak imam tua adanya..

Aku pun terlopong jugak masa mula-mula mendengar kisah ini.Tapi cepat-cepat aku cuba cari moral disebalik cerita ini.Rasa akulah, pengajaran nyata di sebalik kisah ini ialah, ramai di antara kita sekarang terlebih semangat dibandingkan dengan ilmu.Maksud aku, ilmu tak ada atau tak seberapa, tapi semangat dan amalan pulak yang terlebih-lebih bukan pada tempatnya..Inilah yang dikata orang, amal tanpa ilmu ni bodoh namanya, begitulah juga perbandingan kalau ilmu tanpa amal.

Semogalah kisah di atas memberi sedikit iktibar kepada aku terutamanya dan kawan2 sekalian...apa yang boleh kita kongsikan untuk kebaikan bersama kita kongsikan...dan adalah lebih baik dari kita duk bercerita yang kita dan kumpulan kita lebih dari orang lain sedangkan apa yang kita cakap tidak seperti apa yang kita buat.

Wallahualam

Rabu, 6 April 2011

Layan betul pak polisi ni.....



petang2 yang dingin....layan gelak ngulen2 jap la....hahaha...
kome layan la video pak polisi ni yer....

adios....
hahahaha.....

Kebenaran- Benar dan Betul .....


Assalamualaikum WBT

Benar dan Betul
“sesuatu yang subjektif dan bukan mutlak”

Banyak orang yang sampai sekarang mencari apakah erti kebenaran dan mencari apakah kebenaran itu. Sampai saat ini sebagian orang yang merasa sudah menemukan erti kebenaran. Tetapi sebenarnya kebenaran yang mereka temukan belum tentu sama dengan kebenaran yang dianut atau dipercayai oleh orang lain.

Pada dasarnya kebenaran tidak pernah hanya pada satu atau mutlak kerana kebenaran bagi setiap orang akan berbeza-beza. Jika bagi sebahagian orang sesuatu hal adalah benar, pasti ada sebagian orang yang mengatakan bahawa itu tidak benar dan salah sama sekali.

Misalkan saja bagi sebahagian orang percaya bahawa si polan telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang berat dan besar, dan wajar dikenakan hukuman setelah terbukti dan ternyata ia melakukan kesalahan tersebut namun ada juga dikalangan orang lain yang bermati-matian tidak mempercayai bahawa si polan melakukan perkara tersebut atas dasar mereka sendiri yang mengetahuinya mengikut budi bicara dan pemikiran masing-masing dan ada juga yang bersungguh-sungguh mempertahankan si polan walaupun kita ketahui bahawa manusia sekarang ini tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan...salahkah mengaku dan mengiakan?atau salahkah di sebaliknya si polan memberikan bukti dan keterangan bahawa si polan tidak bersalah tanpa menuding jari pada orang lain...salahkah?


Kebenaran yang bersifat subjektif dan tidak tunggal ini sering kali menciptakan sebuah perselisihan kerana setiap orang melindungi apa yang mereka yakini benar. Tetapi kebenaran juga memiliki sisi positif kerana dengan kebenaran yang diyakini, setiap orang tidak akan kehilangan tujuan dan pandangan hidup mengenai segala sesuatunya.

Tetapi sayangnya masih ada orang yang belum dapat menemukan erti kebenaran bagi dirinya sendiri. Sehingga mereka tidak memiliki tujuan hidup dan pandangan hidup. Mereka yang tidak mengetahui apa itu kebenaran hanya berada ditengah2 antara kata benar dan betul yang difikirkan orang lain. Mereka tidak terikat dan tidak memihak kepada sesiapa pun dan apapun kerana bagi mereka hanya sebuah golongan yang selalu berfikir terlebih dahulu jika ditanyakan sesuatu.

Jadi sebenarnya: 
“Apakah kebenaran itu? Apakah yang kau lakukan selama ini sudah benar? Apakah yang kau yakini itu benar? Semuanya hanya berupa jalan yang bercabang dua. Yang harus dipilih adalah jalan yang kiri atau yang kanan. Kerana dikiri adalah jalan yang benar dan yang kanan adalah jalan yang betul. Semuanya terserah pada kata hati mu karena kata hatimu adalah jawapan yang terbaik.”

Jumaat, 1 April 2011

Maharaja Lawak..Lawak Ke?hehehe


Assalamualaikum WBT

Walau hati dalam kesedihan aku gagahkan jua la menonton minggu pertama program Maharaja Lawak malam ni....mudah2an dapat mengketawakan aku dan hatiku ini...ewah (dalam hati ada taman)....tengok pada promosi dan peserta dalam rancangan itu...kita mesti meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat lahirnya maharaja dikalangan raja2 yang sudah ada....

1 April merupakan minggu pertama peserta2 melaksanakan dan mempamerkan aksi dan idea lawak mereka dan dari pandangan aku malam ni semua peserta sudah melakukan....mungkin belum yang terbaik dan aku dapat rasakan pada minggu2 akan datang akan lahir idea yang membolehkan mengguleng-gulengkan aku ni tertawa....

malam ni peserta yang mempamerkan lawak yang baik bagi aku adalah R2, jozan, sepah, nabil, balas....ketawa la juga aku tadi...minggu depan aku harapkan lebih terbaik lagi....amir, jihan, alex n kumpulan Y..korang buat la yang terbaik minggu depan yer.....pemilihan juri pun ok dan memang layak bagi mereka....ahmad idham tu aku agak konpius gak la...mungkin atas tiket pengarah kot....


malam yang tiada penyingkiran dan aku nak mohon pihak astro tayangkan ajelah Maharaja Lawak ni di saluran sedia ada tu...jgnla pulak ditukarkan ke astro warna...aku tak melanggan la...aduyai....

buat masa ni aku masih tak boleh nak menjangka dan memilih peserta pilihan...so kita tunggu minggu depan dan minggu seterusnya....

adios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...