ReviewMe

Khamis, 26 Mei 2011

Contohilah Mereka Walaupun Ketika Musibah..

Assalamualaikum

Disiplin perkatan dan ucapan yang sering disebut oleh kebanyakan orang..namun taukah kita apa yang dikatakan disiplin tu.....corak hidup dan peraturan yang diamalkan oleh kita sehari2, adakah kita berdisiplin?...

Aku betul2 kagum bile melihat gambar yang tertera dibawah ini. Tu lah ekspresi pertama aku.  Walaupun masyarakat jepun ni teruk dilanda bencana gempa bumi dan tsunami yg menyebabkan bekalan makanan dan minuman adalah terhad, tapi mereka masih tetap beratur mengikut giliran utk mengambil keperluan asas.


Tiada kejadian berebut makanan, tiada tolak menolak, tiada pergaduhan sesama diorang.. Mesti kawan2 pernah tengok kan kat tempat lain bila bencana berlaku, dan kadang2 yang menyedihkan bile melihat perkara serupa terjadi kepada umat Islam bagaimanakah keadaannyer?...malu bile melihat bangsa dan masyarakat yang bukan beragama Islam mengamalkan disiplin dan budaya Islam...kita bagaimana?



perkara ini sepatutnya didik dari rumah lagi....itu pandangan aku


* hanya kita yang mampu mengubahnyer

Selasa, 24 Mei 2011

Al Fatihah Untuk Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Madrasah Al Taqwa Hulu Langat

Assalamualaikum WBT

Sebelum tu marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang maut dalam kejadian tersebut. Dalam kejadian tersebut, seramai 16 orang maut dan 9 cedera..tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan samada harta benda dan pangkat, tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah kita sudah bersedia?

Senarai nama mangsa adalah seperti di bawah:



16 yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8 ) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8 ) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Gambar Anak-anak Yatim yang terlibat sebelum kejadian


* semoga roh mereka ditempatkan di kalangan roh para syuhada

Selasa, 17 Mei 2011

Nak Berdebat?


Aku tidak mahu bedebat…seboleh2nyer...


Itulah jawapan yang selalu aku bagi bila aku di argue dan disagree… 


Sebab… aku menulis or bercakap bukan nak bagi korang setuju dengan aku sepenuhnyer..., ‘setuju’ tu kerja Allah, aku menulis apa yang aku paham.., jika 50% orang dah paham apa yang aku tulis or aku cakapkan, (1% pun takpe sebenarnya) maka, apa gunanya aku berdebat dengan 50 % lagi orang yang tak paham tapi sibuk nak bagi pendapat, nak kutuk, argue, caci, maki yang akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri mereka sendiri..


Maka tak salah aku tak layan orang yang perasan bagus, iaitu orang yang tak paham apa yang aku cakap tapi sibuk nak kutuk atau bagi cadangan.. huh!, malahan ada yang tak faham dengan apa yang aku cakap dan tulis pun tapi sibuk nak bagi pendapat, apa kes?


Dan inilah yang banyak berlaku dalam umat Islam dewasa ini bila berdebat isu isu berkenaan agama, masalah politik, masalah negara, masalah sosial dan macam2 masalah lain lah dan masalah akan timbul bila golongan yang tak paham apa yang satu pihak terangkan tapi sibuk nak bagi pendapat atau nak teruskan perdebatan,..nak tegakkan benda yang sudah tertegak...hehehe


Moralnya di sini adalah: tak salah bila korang cuba nak fahamkan satu golongan mengenai kefahaman korang atau korang nak argue satu-satu isu, tapi jika mereka masih tak faham apa yang korang arguekan lalu terus mengutuk dan mencaci, tak payahlah korang layan dengan orang yang jahil perasan bijak yang nak argue tapi tak paham 100% apa yang korang cakap kerana tak semestinya dalam setiap perdebatan, orang kena percaya apa hujah korang, yang penting mereka kena FAHAM apa yang korang cakap, mengerti?


Sebab tu aku maaaalaaaas nak berdebat..


Kenapa?:


Antara alasan yang aku suka bagi: “setiap orang ada pendapat dan pandangan masing2..tak semestinyer kita perlu bersetuju dengan apa yang orang cakap dengan apa yang kita rasakan..dan aku juga bagitau....setiap orang tu memang pandai untuk bercakap dan kadang2 terlebih pandai dari orang lain sebab orang hanya nampak kesalahan orang lain lebih dari kesalahan yang ada dalam diri.....”


Bukankah agama ada berpesan, janganlah berdebat dengan orang yang bodoh!!


Bukankah berdebat itu menggelapkan hati?

Lalu aku di tuduh pengecut kerana takut nak berdebat, he he he.., lantak korang ler…, aku boleh berdebat ‘sangat’ sebenarnya, no problem kata orang putih....nak berdebat boleh tapi ada syarat, kalau nak berdebat jangan rasakan diri dan geng2 tu betul aje..dan setiap perkara yang tak betul mengaku lah benda tu tak betul..ini apa yang aku selalu lalui...bila bagi pandangan yang tak sealiran dengan diorang semuanyer salah...walaupun benda tu betul....(mungkin sebab dah terpengaruh dengan ulama dan pemimpin maksum dorang kot...heheheh) 


Pendek cerita, Pernah ada sorang mamat (member semasa sekolah aku) yang tak puas hati dengan aku dan ajak aku berdebat, aku kata set! aku setuju tuan, Tapi lebih baik kita bermuzakarah, dan sebelum kita berdebat a.k.a bermuzakah ini, bukankah dalam islam setiap amal ada adab-adab dia, nak makan ada adab, nak tidur ada adab, nak bersenggama ada adab, dan adab di sini adalah sunnah Nabi SAW, maka sebelum kita berdebat, boleh tak? tuan cerita sikit adab berdebat cara Nabi SAW..(aku dapatkan dari sebuah buku)


ADAB BERDEBAT..


Pada permulaan dakwah nabi, orang kafir telah menghantar Walid bin Mughirah selaku orang yang paling fasih berbahasa di kalangan arab dan tempat rujuk para penyair arab untuk berdebat dengan Nabi SAW.., pendek cerita ,si Walid ini bertemu Nabi SAW seorang diri di tepi kaabah, maka diapun berhujah, dan apa Nabi SAW buat? Baginda diam tak menyampuk ketika si walid ini bercakap, bila walid selesai berhujah, Nabi SAW bertanya dengan lemah lembut..

“Apakah engkau sudah selesai wahai Walid?”


“Benar” kata Walid.


Maka berkata Nabi SAW lebih kurang maksud: “ Kalau begitu izinkan aku bercakap pula, aku mendengar apa yang kamu sampaikan dan sekarang kamu pula dengar daripada aku”


Kemudian apabila Walib bersetuju, lalu Nabi Muhammad SAW terus membaca Al-quran surah Al-Fussilat. Ayat 1 hingga 13. kemudian baginda bersabda:


“inilah jawapan dari aku”


Maka Walid bin Mughirah terus blah dan insaf kerana tak de hujah lagi yang boleh diguna pakai untuk berdebat..cerita itu panjang lagi, boleh rujuk kitab, apa yang nak aku bagitahu adalah cara nabi SAW berdebat, relaks dan mudah, korang yang tak puas hati bercakap dulu, nanti bila dah habis, aku tanya: dah abes ke? Lepas tu aku pulak cakap dan jangan menyampuk!! .., penting!! Jangan menyampuk dan kalaulah nak menyampuk juga mintak izin!!!, , itupun kalau aku bagi izin, Kalau aku tak bagi, senyap dan dengor aje la.


Lalu member aku tu mulai berhujah, Negara islam bla bla bla, tuhan mencarut, bla bla bla tuhan samseng bla bla bla, kepimpinan melalui ulamak bla bla bla…,pemimpin sekarang ramai tak Islam, kami aje yang Islam...bla bla bla....,orang lain salah, kami aje yang betul bla bla bla...,negara ini tak islam......negeri kami aje amalkan Islam bla bla bla...., golongan ni takde ulamak bla bla bla, golongan sana tiada ulamak, bla bla bla, apa itu ulamak muktabar, bla bla bla.., golongan aku sahaja ada ulamak bla bla bla....,sehinggalah dia penat bercakap, akupun dengan sopan santun bertanya..

“Dah habis ke tuan?”


Dah..


“Izinkan aku bercakap pulak ye tuan, ehem, ehem.., dengar ye..”


(sambung jap lagi....aku ada koje...hehehe...kasi suspen sikit)


aku pun bertanya la apa yang dia faham tentang realiti semasa?apa yang dia faham tentang undang2 dan perlembagaan negara yang dah termaktub dan aku juga bertanya realiti negara kita ini dari sudut pandang sebagai seorang rakyat yang tinggal di sini.....tanpa pergi melihat negara lain dan zaman2 lain.....


terkulat2 juga nak jawab


dan soalan aku yang terakhir cukup mudah...jangan ditanya apa yang orang lain or kerajaan ni  bagi pada kita, tapi kita bertanya apa yang kita bagi pada orang lain atau negara ini yang memberi manfaat?


diam dan kemudian membantah dengan ulasan dan fakta yang takde kene mengena...


bila dah jadi macamni aku pun malas lagi nak berhujah aku pun berkata...ikut tuan dan pandangan tuan la...mana yang dirasakan betul....hehehe ( tutup cerita )


baiklah kita pergi pada tertib kedua bila nak berdebat  Iaitu jangan MENYAMPUK ketika orang sedang bercakap, Hantu jembalang saja yang suka menyampuk manusia, oleh sebab korang adalah manusia, maka ikutlah etika seorang manusia iaitu jangan sesekali menyampuk.. 

Sebab tu aku lebih suka tulis blog.., aku bebas karang karangan 360 patah perkataan tanpa ada orang yang ‘dapat’ menyampuk dan bersorak, lepas tu bila korang dah habis baca, kalau sudi bagi le komen, kalau tak mau sudi2 kan lah baca, itu sudah memadai bagi aku...., tegurlah aku jika salah, dan kutuklah aku jika rasa nak mengutuk...hehehe

KORANG KENA PAHAM APA YANG KORANG NAK ARGUE KAN…

Kepada yang berhujah, kalau apa yang korang hujahkan itu, 100% takde orang yang paham, maka korang tak payahlah nak berdebat, buat orang pening kepala sajer. 

Dalam dunia ini ramai manusia yang dia sangka dia paham dan bijak dalam macam2 perkara (perasan pandai), lalu nak bagitahu sesuatu untuk menyangkal pendapat korang tentang macam2 hal sedangkan dia tak paham pun apa yang dia hujahkan (sekadar dengar orang ceramah ) pastu ulang balik apa yang di dengar..hmmm...pastu sangka dialah yang terer macam2 tapi hakikatnya apa pun tak tau…

Maka:.. kepada mereka yang sangka dia paham segala hal, lalu nak bagitahu sesuatu untuk menyangkal pendapat korang tentang macam2 hal sedangkan dia tak paham pun...Tak payahlah korang pedulikan pendapat dia, ...gasak la diorang nak kutuk ke, nak bagi pendapat ke, nak argue ke, nak disagree ke... PEDULIKAN! sebab diorang tak paham 100% apa yang korang cakap dan apa yang dia cakap pun, maka PENDAPAT DIORANG ADALAH MASUK TELINGA KANAN KELUAR IKUT LUBANG IDUNG....

Maka di sinilah bermulanya segala KESILAPAN dalam berdebat...

Kebanyakkan korang, bila bagi pendapat kemudian ada orang balas, korang terus balas balik tanpa menilai bahAwa orang yang balas tu paham ke tak apa yang korang cakap... dan bila korang balas jugak maka apa yang jadi ialah perdebatan atau korang punya discourse nanti akan menjadi sia sia dan tak bermakna,...

Akhirnya permasalahan korang tentang apa perkara pun tak selesai, takde solution, kerana kebanyakan ahli debat ini adalah excited dan fanatic, bombastic dan splastic …, maka dah takde sapa lagi nak berfikiran rational sebab nanti nampak macam weak, lalu korangpun akan balas la semua pendapat dan komen serta respon orang yang ludah korang, tak kisah la apa dia cakap tu make sense ke tak ... masa tu setan bisik supaya fikir nak menang saje, biarpun tak betul... dalam hati pulak berkobar kobar dan berharap agar seboleh-bolehnya mahu orang lain tu kena kalah dan di malukan (walaupun dia anggap dia menang) last-last tak jadi apa-apa... dan orang pun malas nak back off sebab nanti takut orang kata korang kalah dan bila korang cakap “aku dah malas la nak discuss dengan kau sebab kau tak paham isu ni” tapi sebenarnya korang beriya-iya dalam hati nak sambung sebab korang nak menang dan nak lawan korang kalah dan di malukan, masa tu setan cucuk jarum gembira tengok manusia caci mencaci, dan Allah amat benci kepada golongan yang caci mencaci....

Pada ketika itu discussion tu dah jadi merepek, lepas tu melalut dan semua akan sorak syok sendiri dan debat tu akhirnya jadi pertandingan : lawan siapa lebih pandai bercakap / siapa lagi kuat bersorak / siapa lagi pandai buat lawak atas kelemahan musuh, siapa lagi pandai rhetoric...last-last isu asal terus hilang... kalau korang perhatikan: semua level of political discourse ada silap ni... tak kira ler korang umno ke pas ke, , apa kejadah ke debat sekali pun... sedang asyik berdebat, tiba-tiba masuk isu yang tak relevan, tak logic, kemudian jadi bodoh dan bangang bila berhujah guna personal attack dan sebagainya, last-last, ambik dua keping kertas, lepas tu remukkan dan taruk kat depan stage dan bagitahu, ini kepala bapak engkau, dan ini kepala bapak aku bla bla bla ..

Zaman Nabi dulu satu Mekah orang yang tak paham cakap Nabi tapi nak argue dengan menuduh Nabi gila dan ahli sihir.. Nabi kool sajer..takdelah nak buat demo “aku bukan ahli sihir bla bla bla” tak perlu…Tak perlu tunjuk perasan korang kat orang.. 

* ADA AKAL FIKIR DAN JANGAN TAKSUB MEMBABI BUTA'.....





Isnin, 16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu...


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979

Ahad, 15 Mei 2011

Hari Nakbah..Satu Perjuangan Suci


Semenjak dua hari lepas laman blog menghadapi masalah dan segala entry yang aku uploadkan hilang entah ke mana...untuk aku menaipkan kembali entry yang lepas agak keberatan rasanye..idea waktu tu dah ilang di bawa pergi..apa masalah dengan web blog pun aku tak pasti..hari ini baru ok, jadi mood menaip tu datang kembali.


Hari ini 15 Mei 2011, mungkin bagi kita sebagai umat Islam generasi baru tidak ramai yang mengetahui dan menyedari hari ini adalah hari dimana HARI NAKBAH atau hari HARI KECELAKAAN yang disambut oleh saudara seagama kita di bumi Palestin. hari ini dimana pada taun 1948 tentera dan militia/pengganas israel dibantu oleh barat telah menceroboh dan memusnahkan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin yang telah menyebabkan lebih 700 000 rakyat Palestin menjadi pelarian. hari dimana masyarakat palestin diusir malahan dibunuh demi kerakusan bangsa yang kejam dan zalim ini yang ingin menubuhkan negara haram yahudi dibumi itu dengan bantuan sekutu rapatnya britain.

Peristiwa ini akhirnya berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.


Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 700 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri dari ditembak.

Masyarakat dunia sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.


Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Kini 62 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:

1. Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 peratus dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian kiblat pertama umat Islam dalam rangka mereka mengyahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al-Aqsa dan mendirikan kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak Palestin dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah hanya peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 kilometer di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.


Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malah mereka terpaksa membuat pelbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin.

Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangani permasalahan yang terus berpanjangan. PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka.

Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah. Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj, Tanah Suci umat Islam yang ketiga yang juga merupakan bumi para Nabi.


Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang Palestin atau orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

Negara-negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Islam Malaysia. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesengsaraan yang mereka alami selama ini? Masyarakat muda mudi Islam kita semakin hari di lalaikan dengan hiburan dan hiburan hingga sanggup menangis dan kecewa apabila tidak dipilih menjadi artis atau bakal artis. kita tidak melihat dan menangisi nasib serta kesengsaraan saudara kita yang saban hari ditindas dan terus ditindas....berubahlah sebelum nasib kita menjadi seperti mereka....

Rabu, 11 Mei 2011

Mat saleh cakap Melayu


video ini di lakonkan oleh sekumpulan mat saleh yang menamakan diri mereka sebagai belacan dan paku..video ini ditribute kan untuk seniman agong P Ramlee..orang putih pun suka cakap Melayu...kita ni?tak salah untuk belajar dan bercakap dalam bahasa Inggeris tapi bukan sebagai pemuja tegar bahasa itu...dan menganggap Bahasa Melayu tiada standard...

siapa belacan dan paku?

Mereka berdua ni berasal dari Amerika Syarikat atau nama omputihnya … USA … United States Of America…uiks! Belacan ni dari Utah dan si Paku plak berasal dari Arizona. Umur dorang setakat ni 22 tahun. Belacan dan Paku memulakan latihan dorang di USA tu pada Ogos 2007 dan ke Malaysia pada September 2007. Paku memulakan tugas selaku sukarelawan di Bintulu terlebih dahulu, kemudian disusuli oleh Belacan yang datang kemudian setelah ditempatkan sementara di Singapura.

untuk semua..layan juga video ni..syok tengok diorang berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Melayu
layannnnnn!!!..........

Dimanakah Kekuatan Harimau..

Koleksi Foto Harimau
Ada orang kata kekuatan harimau terletak pada kukunya sebab sekali libas sahaja, mangsanya boleh mati. ada pula yang kata kekuatan harimau terletak pada taringnya, sebab sekali gigit terus putus. tapi dicelah2 perdebatan ini tidak kurang juga yang memberi pandangan bahawa kekuatan harimau terletak pada suaranya bukan pada kuku dan taringnya. benarkah?

Ada kebenaran disebaliknya, ialah ini kerana sesiapa pun kalau terdengar ngauman sang belang mesti cabut lari, walaupun belum sempat nampak bayang tubuh harimau tu..kekuatan larian seseorang pada ketika ini mampu mengalahkan kelajuan seekor cheetah ataupun Usain Bolt pelari pecut 100 meter terpantas didunia ketika ini.

Sebenarnya suara gema raja rimba ini mampu didengari sejauh 10 kilometer. ini memang menggerunkan apabila suara itu bergema dihutan belantara. gema ini telah membuktikan haiwan lain akan gerun dan menggigil bila mendengar sahaja gema suara sang belang didalam hutan walaupun sang belang itu berada 10km jauhnya.


Kelebihan memiliki suara yang garau dan tubuh yang gagah membolehkan harimau menumbangkan musuhnya yang mempunyai tubuh badan yang lebih besar melalui psikologi gema suaranya. bayangkan seekor harimau boleh menumbangkan seekor seladang yang lebih besar dan kuat darinya.

Selain dari mempunyai suara yang kuat, harimau juga memiliki penglihatan yang tajam dan pendengaran yang jelas, dua kelebihan deria ini membolehkan harimau membantu dirinya mengatur langkah didalam hutan walaupun diwaktu malam hari. ini kerana matanya dibantu oleh 'tapetum lucidum' iaitu sejenis struktur pembiasan cahaya yang membiaskan cahaya matahari yang terkumpul diwaktu malam. selain mempunyai penglihatan yang tajam harimau juga mempunyai sentuhan kaki yang peka terhadap struktur permukaan bumi. ini membantu harimau melangkah didalam gelap, mengesan bahaya dan menjejak mangsa. ini adalah antara sifat harimau yang ditiru oleh penjejak (trooper) dalam pasukan komando.

Telinga harimau juga amat peka dimana ia mampu mendengar bunyi yang dihasilkan oleh mangsanya dari jarak 5 km walaupun dihalang oleh pokok-pokok besar dan batu-batu besar. namun begitu harimau juga mempunyai kelemahanya iaitu deria baunya yang tidak dapat membezakan antara bau darah dan bau haiwan buruannya. tidak cukup dengan itu harimau juga akan hilang arah apabila bersin. asap adalah antara bahan yang mampu membuatkan harimau bersin. sebab itulah harimau akan lari dari api bukan kerana ia takut tapi alerginya terhadap asap yang dihasilkan dari pembakaran itu.

Anak harimau yang dilahirkan juga dalam keadaan buta dan ia mudah diserang bahaya pada ketika ini. jadi walaupun harimau sejenis binatang yang ganas dan liar ia mampu dijinakkan sekiranya kita mampu menghilangkan sifat2 asalnya sebagai pemburu yang hebat. namun demikian buat masa ini belum lagi ada manusia yang mampu menjinakkan harimau dan membelanya dirumah seperti kucing. ini kerana sifat ganas haiwan ini tetap wujud dan ia boleh menyerang apabila terkejut.

Setahu aku hanya 'harimau malaya' aje yang mampu bermain bolasepak didunia ini....hehehe

Isnin, 9 Mei 2011

Panas..panas


Sejak dua menjak ni cuaca dan suhu panas dari biasa...kulit terasa membahang dan perit dek panahan cahaya matahari, untuk berada di bawah langit terbuka tanpa pelindung memang menyeksakan..namun bersyukur kah kita dengan keadaan dan situasi yang Allah berikan in?..selalu kedengaran dari mulut manusia adalah mengeluh dan mengeluh...bila hujan memanjang pun mengeluh, bila panas pun mengeluh..(aku pun kadang sama je) bayangkan bagaimana dahsyatnyer keadaan kita nanti di padang mahsyar...Subhanallah

malam tadi aku memang tak bisa nak melelapkan mata kerana bahang suhu yang membara dalam rumah..maklumlah rumah batu dan tak de aircond..suhu memang membahang...aku mandi sekitar jam 1.30 pagi pun masih tak mampu nak menyejukkan badan..alih2 tidur juga lah dalam keadaan badan berpeluh..

kita sebagai manusia sepatutnyer memuhasabahkan diri dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan..

apa yang aku tau keadaan cuaca panas ketika ini tidak akan kekal lama, menurut laporan jabatan meteorologi keadaan ini akan berakhir dalam tempoh seminggu 

keadaan panas sehingga mencecah suhu 36.2 darjah celcius adalah disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering.

Wallahualam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...