Khamis, 27 Oktober 2011

KepadaMu Kekasih

Salam

Sejenak menghayati lagu ini...sangat syahdu dan menyentuh jiwa...Hayatilah ia...semoga anda mendapat sesuatu darinya....



Kepada Mu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

* Kepada Mu Kekasih aku serahkan jiwa dan raga jua segalanya


Rabu, 19 Oktober 2011

Nilaikanlah Sendiri


Salam

Sedih pun ada bila melihat umat Islam Malaysia ni semakin menampakkan sikap berpuak2 dan mementingkan kuasa. Adakah dengan bersama2 saudara Islam lain dalam satu agenda untuk menunjukkan kesepaduan dalam mempertahankan akidah boleh di tolak dengan alasan yang paling tak boleh diterima oleh akal aku ni.

" Program ini tiada kaitan dengan politik berbentuk terbuka mahupun kepartian. Jadi PAS putuskan tidak akan sertai"...Inilah skrip paling teruk aku pernah dengar dari pemimpin sebuah parti yang menyatakan mereka pejuang agama di bumi Malaysia ini. Apa ke teruk benor...?

Bila seorang kafir yang kononnya memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil mengajak untuk berdemonstrasi secara haram dijalanan...berduyun2 puak2 ni turun walaupun dah sah2 perhimpunan tu haram. Ini bila saudara seagama mengajak berhimpun dalam suasana yang aman dan sah untuk perjuangkan agama sendiri ditolak dengan alasan ngong macam tu...Apa nak jadi?

Nampak sangat kerana kuasa dan undi puak2 ni sanggup untuk membuat ketetapan begitu. Mudah dicucuk hidung, itu yang aku nampak pada puak2 ni. Sudah terang lagi bersuluh ketara sangat agenda dan kepentingan yang mereka inginkan. Yang jadi tandatanya mana misi dan perjuangan yang mereka laung2kan dahulu.?Dulu katakan agama dan politik tidak boleh dipisahklan, haram katanya...sekarang apa dah jadi?


* Bagi sesiapa mempunyai akal yang waras, rasional dan bukan gila serta bukan seorang yang taksub membabi dan membuta dengan mana2 pihak, sama2 fikir2kan dan renung2kan lah..





Selasa, 18 Oktober 2011

Apalah Yang Di Bualkan Baby Ni...



Salam

Teruja sangat aku melihat video ni..Apa la agaknya yang dibualkan baby berdua ni, nampak rancak sangat dan perbualan itu seolah2 mempunyai hubungan dua hala yang menarik.

Seperti juga perbualan itu ada makna dan maksud yang mereka berdua sahaja yang faham..Bersungguh benar baby ni bersembang kan....hahaha

* menarik, tertarik memang daboooommmm.......

Isnin, 17 Oktober 2011

Cara Mudah Jaga Hati Suami...?

Salam

Gambar boleh menceritakan seribu makna.....Renung2kan dan selamat beramal...hehehe





* sayangi, kasihi, jagai dan hormati isteri anda kerana tanpa mereka siapalah anda sebagai suami....

Ahad, 16 Oktober 2011

Sokong HIMPUN

Salam


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Umat Islam di seluruh negara diajak menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini. 

Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad berkata, sehingga kini lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam yang semakin terancam kebelakangan ini.

"Beberapa NGO dari Indonesia dan Brunei juga sudah memberi maklum balas positif untuk menyertai perhimpunan bermula pukul 2 petang itu."Jadi, saya ingin mengajak semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik menyertai perhimpunan ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, individu yang turut menjadi tulang belakang HIMPUN, Datin Seri Fatini Yaacob berkata, perhimpunan itu bertujuan memberikan ingatan supaya umat Islam bersatu mempertahankan akidah."Musuh kita sudah merangka pelbagai agenda tetapi kita sesama Islam masih lagi leka dan berpecah-belah, jadi HIMPUN merupakan peringatan kepada kita tentang sejarah isu-isu murtad yang berlaku di negara ini," katanya.

Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, perhimpunan itu bukan bagi menguatkan sentimen Islamofobia tetapi hanya untuk mengingatkan penganut agama lain supaya menghormati agama Islam.

"Kita meminta penganut agama-agama lain menghormati agama Islam yang sudah termaktub sebagai agama rasmi seperti mana kita menghormati mereka menjalankan ibadat masing-masing," katanya.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menyifatkan perhimpunan itu sebagai medan untuk menegaskan kepada umat Islam betapa pentingnya bersatu mempertahankan akidah.

"Kita juga ingin menyeru semua pihak bersama-sama mempertahankan institusi raja yang menjadi penaung kepada institusi agama di setiap negeri," katanya.

Setiausaha Front Bertindak Anti Murtad (Forkad), Kamaruzaman Mohamad pula berpendapat, perhimpunan yang bakal diadakan itu bukan hanya untuk mempertahankan akidah tetapi semua isu melibatkan agama Islam.

"Umat Islam bukan hanya perlu memelihara akidah daripada terpesong, tetapi apa-apa sahaja isu yang menghina Islam perlu dipandang serius daripada menjadi bahan hinaan pihak-pihak lain," katanya.

* Marilah kita bersama2 tanpa mengira ideologi politik, latar belakang dan fahaman masing2 menunjukkan kita mampu bersatu atas dasar akidah dan kepercayaan kita kepada Allah SWT dan agama suci ini. Bangun dan bersatulah agar musuh2 kita gerun dan takut untuk memijak dan menghina agama kita ini. Inilah masa dan ketika untuk kita menunjukkan yang kita umat satu ummah satu akidah. 

Jumaat, 14 Oktober 2011

Jika Anda Mudah Mengalah...Bagaimana Dengan Si Kecil Ini


Salam

Sebak aku melihat gambar ini....Nyatalah setiap kekurangan itu ada kelebihan yang Allah berikan. Pada kita yang normal ini, bersyukur dan hargai lah setiap apa yang di kurniakan.

Jangan mudah mengeluh, menyalahkan takdir, merungut, menghina dan pelbagai sikap yang tidak sepatutnya. 

Lihatlah dengan kekurangan si kecil ini mampu memberikan senyuman kepada kita walaupun di sudut hati kita sudah pastinya terselit kesedihan.

* Kekurangan bukan satu halangan untuk berjaya

Khamis, 13 Oktober 2011

Gua Tempurung

Salam

Semalam 13 Oktober 2011, setelah sekian lama aku meninggalkan aktiviti luar yang sangat2 aku gemari sewaktu belajar dahulu, akhirnya tarikh tersebut membuatkan aku teruja untuk kembali beriadah seperti mana satu ketika dahulu.
Ye semalam aku telah menjelajah kembali ke Gua Tempurung di Gopeng Perak.

Walaupun aku telah menjelajah gua ini dahulu namun yang membuatkan aku teruja adalah kerana, aku telah lama meninggalkan aktiviti2 seperti ini dan apabila mendapat peluang sebegini, aku gunakan dengan sepenuhnya...memang best bro...hehehe
Penjelajahan semalam memakan masa 3 jam....merangkak, meniarap, tunduk, mengelongsor dan melalui lubang kecil antara corak perjalanan yang terpaksa ditempuh, air agak surut jadi tidak lah begitu sukar seperti mana kedatangan aku dahulu dimana air yang melalui permukaan gua tu dalam dan sukar di redah..

Dan yang membuatkan ia lebih menarik gua ini sudah dibangunkan dengan begitu baik dimana terdapat trek anak tangga yang cantik telah dibina untuk kemudahan pelancong. 

Kalau diberi peluang lagi, aku ingin kembali bersama sahabat2 dahulu untuk melakukan aktiviti seperti ini semula. 

Kenangan di hutan lipur ayer keroh, mendaki gunung angsi di negeri sembilan, mendaki gunung bunga buah di genting highlands, berakit di sungai nenggiri, kelantan, berkayak di sungai terengganu, berakit di sungai perak, berkayak di pulau pangkor, flying fox, repalling, menjelajah pulau2, dan pelbagai aktiviti yang pernah aku lakukan dahulu, ingin aku lakukan kembali.




* Kepada sahabat2 mampukah kita untuk kembali  beraktiviti seperti dahulu?....




Perak VS Selangor..ada peluang ka?

Salam

Malam ni akan diadakan perlawanan kedua suku akhir antara pasukan negeri aku ni...Setelah tewas dengan jaringan 3 - 1 di Shah Alam pada Isnin lepas. Masih adakah peluang untuk perak.

Agak sukar tapi bukan mustahil, yang penting pemain perak perlu gunakan 90 minit tu sepenuhnya untuk membuat tekanan dan serangan kepada pasukan Selangor. 

Cuba dapatkan gol awal dan terus menerus menyerang, selain itu pengurusan perak perlu menggunakan taktikal dan pemain yang betul supaya pasukan selangor dapat ditewaskan.

Apapun semoga berjaya pada pasukan Perak pada malam ni....

* kejor yeop kejor......

Selasa, 11 Oktober 2011

Kenaikan Gaji Tahunan SBPA


Salam

Ini adalah kadar kenaikan gaji tahunan bagi penjawat awam dalam sistem SBPA yang baru diumumkan oleh PM dalam bajet 2012 baru ini.

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang akan melaksanakannya.

* ada member tu, sokong PR memang taksub tak hengat..tapi bab ni dia yang lebih dari orang lain....hahaha...biasala kan....

Khamis, 6 Oktober 2011

Bajet 2012...Harapan Dan Jangkaan


Salam

Esok 7 Oktober 2011 akan dibentangkan oleh PM Bajet 2012 yang dinanti2kan oleh semua rakyat Malaysia khususnya. Tidak terkecuali aku sebagai rakyat marhaen di bumi bertuah ini.

Dan dalam setiap pemikiran rakyat pasti akan bermain segala macam kemungkinan akan pengumuman bajet yang akan dibentangkan di parlimen esok.

Apa harapan rakyat yang dibawah? sudah pasti mereka akan menjangkakan kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Tidak kira dari segi apa sekalipun agar segala permasalahan yang membelenggu ketika ini setidak2nya dapat di kurangkan.

Bagi golongan pertengahan pulak, sudah semestinya mereka menjangkakan kerajaan akan dapat menyediakan sesuatu agar kehidupan selesa yang mereka nikmati ketika ini akan lebih dinikmati pada masa akan datang.

Bagi golongan elit pulak, tidak lain dan tidak bukan sudah pastinya bajet kali ini mereka mahukan kantung mereka dapat dipenuhi lagi untuk menjamin kelangsungan hidup mewah yang dinikmati ketika ini, tidak kira bagaimana cara sekalipun kerajaan ingin laksanakan yang pasti mereka tidak akan mengalami dan merasai masalah yang dihadapi oleh golongan bawahan. Apa yang dihajati pasti akan diperolehi.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sudah kedengaran beberapa jangkaan bajet 2012 kali ini yang antara lain menjangkakan....

Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus ataupun kenaikan gaji diantara 30% - 40%...mudah2an betul la....namun begitu kemungkinan kalau berita ini benar akan ada elaun2 yang akan di hapuskan.....hehe....

Selain itu cukai rokok akan dinaikkan lagi, berapa persen pula kenaikannya tak la dapat diramalkan....teruk la kepada perokok tegar...namun aku faham walau bagaimana naik pun...usaha ke arah penghisapan rokok tetap akan dilaksanakan...hahaha

Aku juga berharap kerajaan dapat menyerap kos kenaikan harga barang pada ketika ini yang kadangkala tidak dapat diterima terutamanya oleh golongan macam aku ni...duit yang dibawa ke pasar kadangkala tidak dipastikan kearah mana perginya...habis dan selesai dengan begitu segera....

Mungkin ada lagi yang berlegar di kepala masing2..namun apa sekalipun kita tunggu sahaja pembentangan pada hari esok..diharap segala spekulasi yang didengari ada juga benarnya...

Yang pasti bile menerima berita gembira bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada yang memberi, andai berita sebaliknya, mungkin kali ini bukan rezeki kita.

Apa yang tetap dan pasti akan berlaku, walau bagaimana sekalipun bunyi pembentangan esok..ada satu puak yang tidak akan boleh menerima dengan lapang dada, kerana bagi mereka segala yang kerajaan akan laksanakan, semuanya tidak betul dan menyusahkan rakyat. 

Sedaya upaya mereka akan segera mengelirukan pemikiran rakyat dengan dakyah dan tohmahan yang mereka rekayasa kan...hanya mereka sahaja yang bijak, betul, pandai, telus, adil dan hebat dalam segala hal...siapa lagi kalu bukan puak2 Pakatan Kalut tu....hehehehe

* Tunggu sahaja esok Jumaat 7 Oktober 2011



Selasa, 4 Oktober 2011

Banyak Duit Deme Yer...Bajet Bayangan Puak PR.....

Salam

Di bawah ini aku paparkan bajet bayangan yang dibentangkan geng PR oleh 'pemimpin anugerah tuhan'...sama2 kita baca dan nilaikan...

1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.



2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.



3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.



4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.



5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.


6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.


7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2


8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)


9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m'ikut tangga gaji.



10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.



11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.


12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan.


* peruntukan RM 220 billion tu..


senyum ajelah....hehe

Hari Jumaat ni kita tunggu pulak bajet yang akan dibentangkan oleh PM. Macamane pulak bentuk dan nilaian nya...

Aku nak komen tentang perkara ni, cuma maaflah aku tidak arif untuk memberikan pandangan dari sudut ekonomi negara secara realiti. 

Sekadar pandangan aku sebagai rakyat biasa.....

Kenapa ia dibentangkan lebih awal dari pihak kerajaan, ini pun kita kena tengok juga sebab, punca dan taktiknyer...

Apa yang boleh aku nyatakan, seolah2 mereka cuba mencuri perhatian rakyat dengan bajet bayangan ini sebelum kerajaan membentangkan bajet mereka pada Jumaat ini.

Dari segi yang lain pula, ini juga menampakkan yang geng2 PR mengharapkan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan setidak2nya sama dan menyamai bajet bayangan mereka ni.

Sekaligus mendapat sasaran dan input untuk digunapakai bagi membuat dakyah dan sentimen kepada rakyat...macam laba politik la....hehehe..politik 'pemimpin anugerah tuhan'...sudah boleh di baca...

* ada mata lihat, ada mulut cakap, ada akal fikir2kan....




Kena Juga Pulangkan Paku...

Salam

Selalu aku terbaca dalam blog2 dan mendengar percakapan puak2 yang berhaluan kiri ni, kalo bab menceritakan buruk dan salah orang sentiasa up to date....dan aku tak juga mengatakan yang blog2 dan geng2 haluan kanan tidak melakukan perkara yang sama.

Cuma nampak sangat jelas dan ketara dari pandangan aku kalau bab menceritakan buruk orang geng2 yang mengisytiharkan mereka ni pejuang2 Islam dan pejuang2 keadilan ni lah yang selalu terkedepan...

Pantang ada sahaja isu dan gambaran yang mampu mereka rekayasa...akan mereka lakukan sedaya upaya sampai boleh jadi tergolek la....hahaha

Tapi kalau terkena batang idung sendiri segala macam alasan dan teknik2 muslihat digunakan untuk menutup segala kemusibatan yang puak2 mereka buat. Seolah2 mereka ni maksum dan tak berbuat salah langsung...

Salah ke kalau mengaku kesilapan dan cuba perbetulkan segala kesilapan itu, agar nampak tingkah dan perbuatan itu sebagai orang yang berhemah dan mempunyai kredibiliti...

Tapi bagi aku itu perkara mustahil yang mampu mereka lakukan, aku belum nampak lagi setiap keterlanjuran yang mereka buat, mereka akan memohon maaf dengan keikhlasan dan mengakui kesilapan, kalau boleh semuanyer nak di salahkan kepada pihak lain...

* cube nengok gambar ni dan apa yang boleh kome katakan....cube kalo apa yang iklan/promosi ni nyatakan, diadakan dikawasan geng2 dacing...almaklumlah segala macam kata2 nista di lemparkan....tapi bila kene kat kawasan dibawah geng2 mereka...senyap tak terkata.....hehehe

ni kawasan Parlimen Shah Alam dan DUN Batu 3
sapa punya geng yer.....hehehe


Isnin, 3 Oktober 2011

Tun Mahathir VS Barat


Salam

Manusia ini pernah digelar mahazalim, mahafiraun, mamakkutty dan macam2 lagi gelaran yang maha buruk dari orang2 yang terpengaruh dengan ayat2 manis manusia yang dikatakan paling baik di Malaysia ni.

Sampaikan orang2 yang mengaku mereka lebih Islam dan lebih alim dari orang lain pun dengan sesuka ati dan sesedap mulut membuat pelbagai cerita dan gelaran kepada manusia di atas ini.

Lihat dan dengarlah manusia yang dikatakan mahazalim ni mengangkat dan mempertahankan bangsa dan agamanya di luar negara tanpa gentar dan takut sehingga pengacara itu sendiri terpaksa menukar topik setiap kali soalan2 dan provokasi2 yang dilontarkan dapat dipatahkan dengan begitu mudah oleh TUN DR MAHATHIR..

Agak2 kalau puak2 dan pemimpin2 yang mengaku pejuang Islam dan merasa deme2 ni betul sahaja di Malaysia ini mampu tak berbuat seperti yang Tun lakukan ini?...hehehe...kome sendiri pun tau jawapannyer kan....

Buka mata, pasang telinga dan lapang kan dada untuk melihat dan mendengar setiap butir bicara yang di lontarkan oleh Tun...Moga2 nampak dan tersingkap pengorbanan dan keluhuran pejuang ini....

* terima kasih atas jasamu Tun keatas negara ini......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...