ReviewMe

Isnin, 31 Januari 2011

Ujian Psikologi Mengenal Sahabat/Kawan....

Salam kawan2 semua.....

waktu2 cuti terluang ni ....teman sekali lagi nak berkongsi ilmu ngan kawan2 sume...kawan2 jawab la ngan jujur yer apa yang dipersoalkan dibawah ni.....sebarang keputusan fikirkan ngan rasional dan positif yer...anda semua cukup bijak dan matang untuk menilai dengan penilaian yang sepatutnyer....hehehehe




Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....

soalannya mudah:



Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai 
2- halaman rumah 
3-tepi/tengah padang 
4-belakang rumah/tepi dapur 

Jawap dengan jujur ya kawan2....hehehe









dah pilih????




ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu



1- tepi sungai 
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah 
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang 
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

Ahad, 30 Januari 2011

Lepek Keras

Baru sampai dari kampung....Hujan yang turun bagaikan mutiara. Begitu antara bait lagu Allahyarham Dato Sudirman. Harini sepanjang hari hujan turun membasahi bumi Allah dan menjadikan suasana suram aje....Cuaca macam ni memang menjadikan mata mengantuk sahaja. Tambahan pula hujan turun. Perut pun apa lagi asyik berdendang minta diisikan sesuatu.

Aku teringat semasa kecil dahulu pada waktu musim hujan emak aku selalu membuat lepek keras...selalunyer awal pagi ataupun waktu petang...Kome tau ke macam mane rupanyer kuih lepek ni?kalau anak jati perak ni mungkin deme2 tau rupenyer macamane...Bentuknya macam capati tetapi agak sedikit keras. Cara buatnya pun macam capati. Tepung gandum dibancuh dengan air garam.


lebih kurang gini le rupenyer lepek keras tu


Setelah itu diuli dan di lenyeknya dengan meggunakan botol kaca takpun kayu pengelek....kadang botol kicap pun boleh....maka adunan tadi tu pun dilenyek sehingga nipis. Kemudian diletakkan di atas kuali sehingga masak. lagi garing lagi sedap....cuma jangan sampai hangus udah...len pulak rasanyer...hehe...Kemudian diangkat dan di makan panas-panas...

Ia perlu di makan-makan panas-panas. Kalau dah sejuk agak kurang "kick". Kemudian di makan dengan sambal tumis, perghhhh memang sedap. Selalunya sambil emak aku masak, aku ngan adik beradik lain akan makan lepek keras yang sudah di masak sebelum itu. Kadang-kadang belum sempat masak lepek keras yang seterusnya, lepek keras yang sudah dimasak sebelum itu sudah licin di makan.

Namun makanan seperti ini hanya sedap di makan dalam suasana sejuk. Tak sedar kadang-kadang sampai 2-3 keping boleh dimakan sorang. Bestnya lepek keras ni. Ayah aku lagi best kadang-kadang makan dengan sambal tumis petai atau kadang-kadang makan dengan petai mentah dan ikan masin.along aku pun sama...kadang2 dengan sambal tempoyak pun dia bedal....lagi sodap katanyer....heheheh

Lama dah tak rasa lepek keras...alih2 balik kampung semalam mak buatkan....sedapnyer...tima kasih mak!!!!....Rindu pada masakan tu ilang bile mak hidangkan awal pagi tadi....dan malam ni pada ketika tangan aku menaip bait2 pada blog aku ni....teringin lagi kat lepek keras tu.....maklumlah musim-musim cuaca sejuk dan hujan ni. Memang rindu serindu-rindunya.

Jumaat, 28 Januari 2011

Perbezaan Otak Lelaki dan Otak Perempuan

Salam kawan2..

Entry kali ini aku nak berkongsi tentang bagaimana mengetahui perbezaan antara otak lelaki dan otak perempuan..(hehehe...sekali macam ahlil nujum negara da...ok kita teruskan....) Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. jadi kawan2 boleh la mencuba ujian ringkas ini....dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan lakukan dengan jujur untuk mendapat keputusan yang positif....(kalo korang tipu pun teman mana tau...ikut suke kome la yer...hehehe).....





Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk menguji setakat mana kebenaran perkara ini..


sekiranyer ujian yang korang jalankan ni mendapat keputusan yang sebaliknyer...ini bermakna otak kawan2 sume adalah otak yang tidak dapat dikenalpasti jantina nyer.....

(hahaha...jangan marah ek......)

* penerangan mengenai ujian diatas akan diberikan sekiranyer ada pertanyaan...hehehe


sekian harap maklum

Selasa, 25 Januari 2011

PERSONALITI DIRI ANDA

Hari ni entry aku kat blog adalah untuk berkongsi sama2 ilmu yang pernah aku buat dahulu...kadang2 kita sendiri masih tidak mengenali diri kita sepenuhnyer..sikap, perangai, tingkahlaku, personaliti...setiap orang adalah berbeza...kadang2 ada sikap dan perangai kita yang tersembunyi..yang kita sendiri tidak sedari....dalam ilmu psikologi hubungkait antara diri dan tingkahlaku kita berkait juga dengan situasi yang kita alami......

di bawah ni ada beberapa soalan yang boleh kawan2 jawab secara jujur dan boleh nilaikan sendiri jawapannya berdasarkan apa yang telah di nyatakan oleh pakar psikologi...jadi apa tunggu lagi...cuba lah menjawabnya...mana lah tau ada kene mengena dengan personaliti masing2...hehehe....samada nak percaya atau tidak..itu hak masing2 ok....



UJIAN PERSONALITI


ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..

(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? 
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. 
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada? 
(cupboard/ kertas / kayu / logam) 

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan) 

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam) 

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) 

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran: 

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda. 

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik 

(5) rumah 
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu! 

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ... 

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...      


Ahad, 23 Januari 2011

Main Getah, Tagan dan Gundu...

Ahad.....sedang aku menonton perlawanan badminton terbuka malaysia ni...tiba2 aje ingatan aku kembali ke masa aku kanak2 dulu...entah mengapa ingatan aku tiba2 aje teringat memori silam waktu bermain gelang getah/getah bulat yang berwarna warni tu...bukan getah belacan yang orang buat ikatan pada barang2 runcit tu...hehehe...aku pun terus buka blog n menulis dan mencari nukilan2 yang ada kaitan dengan memori aku ni....

 getah bulat

Rasenye mereka yang masa keciknya same waktu dengan aku pasti mengetahui permainan getah bulat atau bahasa mudahnya main getah. Permainan ini antara game yang sangat top satu ketika dulu. Apabila tiba musimnya game ni akan menduduki carta nombor satu dalam banyak-banyak game zaman itu...memang best...kemana aje pegi dalam pelusuk kampung tu mesti kelihatan budak2 main game ni....tak kira pagi ke petang ke janji ada geng....

Penjual getah rasmi dan swasta pun muncul macam cendawan tumbuh. Kalau tak silap ingatan aku sekupang pun dah dapat...tapi adale dalam 20 getah bulat...lagi banyak duit lagi banyak le getah ni boleh dibeli...tapi waktu tu sekupang pun dah dikira banyak dah bagi budak2 kampung...aku ingat lagi kedai Pak Tam Ja'e la port utama nak beli getah ni di kampung aku...(kedai ni dah tak de dah....) ok la cara mainnya macam ini. 



Dua tiang kayu akan dicacakkan di kiri dan kanan di kawasan yang lapang. Setelah pailing tiangnya agak kukuh maka satu atau dua getah bulat akan direngangkan diantara dua tiang. Sesiapa yang hendak main mesti membuat pertaruhan berdasarkan jumlah bilangan getah yang dipersetujui. Kadang-kadang 5,10,15 atau 20 (Jumlahnya bergantung kepada persetujuan. Setelah itu jumlah getah bulat yang telah dipersetujui akan diletakkan di atas getah yang diregang diantara dua batang kayu tadi.


Warna getah bulat ada bermacam-macam warna merah, kuning, biru, hijau dan ada juga yang berwarna antara campuran warna-warna yang aku sebutkan tadi. Jumlah pemain yang menyertai permainan ini tidak terhad. Lagi ramai lagi bagus. Setelah getah-getah bulat diletakkan di atas getah yang diregang antara dua palang maka tibalah pula masa mengundi giliran untuk menentukan siapa yang akan memulakan permaianan dan giliran bagi pemain yang seterusnya.

Matlamatnya ialah untuk menjatuhkan seberapa banyak getah ke atas tanah daripada getah yang telah diletakkan di atas getah yang diregangkan di antara dua kayu. Jarak antara tempat menaget getah ke palang ialah kira-kira 5 ke sepuluh langkah. Getah yang digunakan untuk menaget getah sasaran dinamakan tagan. Ada tagan jenis biasa dan ada jenis tagan gundu.

Untuk membuat tagan gundu memerlukan sedikit kemahiran memintal getah. Tapi tagan ni memang powerfull. Tagan gundu boleh dilepaskan dari jarak yang jauh berbanding tagan biasa. Ibarat senapang dengan pistol. Kadang-kadang sekali taget semua getah sasaran dah jatuh semuanya ke tanah. Kepada pemenang akan tersenyum riang akan mendapat getah yang banyak. Kepada yang kalah pulang dengan perasaan hampa dan terpaksalah beli getah lagi..kadang tu ada yang menangis sebab getah nyer dah habis...kalah la tu....report kat mak..pastu mak nyer datang n minta balik getah anaknyer...hahaha...kenangan2 yg memang nostalgia la...


Inilah permainan aku saban petang sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang memang. He he apa apa pun main getah ni memang best...

Aku rasa aku nak kembali ke zaman budak2 dulu.....huhuhu

Jumaat, 21 Januari 2011

Taiping Bandar Warisan



kedudukan Taiping dalam Negeri Perak


Kali ini aku nak ceritakan tempat tinggal dan daerah aku bekerja...walaupun baru 2 tahun lebih aku duk disini..tetapi kedamaian dan ketenangan nyer membuatkan aku jatuh cinta pada Taiping ni....aku mengharapkan aku akan duk dan kekal lama juga la disini.....k la korang baca maklumat dan info yang aku perolehi mengenai Taiping ni...

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin.Nama ni tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut. 

LOKASI DAN MUKA BUMI

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.


FAKTA SEJARAH DI TAIPING

1.
1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

2.
1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

3.
1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

4.
1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


BERAKHIR TAIPING SEBUAH IBU NEGERI

Walaupun lapangan terbang yang pertama di Perak diadakan di Taiping, pada waktu itu telah dibuat rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Ipoh yang jauh lebih maju dari segi perkembangan ekonomi. Perpindahan itu mula-mula dicadangkan oleh Pesuruhjaya Tinggi (Hugh Clifford) sendiri di Majlis Persekutuan pada tahun 1927 tetapi tiada tindakan diambil sehingga tahun 1937. Rancangannya ialah untuk melakukan perpindahan itu dengan beransur-ansur dalam jangka masa tujuh tahun.

Apabila kedengaran berita tentang cadangan perpindahan itu satu golongan penduduk Taiping - mereka yang berpelajaran Inggeris telah menyuarakan bantahannya. Untuk menjadikan suara mereka lebih lantang mereka telah menerbitkan sebuah akhbar Taiping Weekly Record. Penduduk Ipoh yang mendesak supaya perpindahan itu dilakukan sebenarnya mempunyai akhbar juga untuk menyuarakan pendapat mereka; akhbar itu ialah Times of Malaya. Yang memainkan peranan utama dalam penerbitan akhbar Taiping itu ialah Yeoh Teng Khoo, seorang guru, juga ahli sukan yang terkenal.

Penduduk Taiping berpendapat bahawa di Taipinglah mula-mula diletakkan asas pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai kaum. Justeru itu Taiping adalah bandar yang terkanan; memang sesuailah ia dijadikan ibu kota negeri Perak. Taiping, bahkan dianggap sebagai suatu carta melambangkan kedamaian yang menjadi punca kemakmuran dan kemakmuran adalah alasan yang ditonjolkan oleh penduduk lpoh yang mendesak supaya pusat pentadbiran dipindah ke situ. Ipoh, menurut penduduk Taiping, walaupun besar dan penting, tiada hak dari segi perlembagaan, sejarah atau ekonomi untuk menjadi bandaraya pertama di Perak. Kekayaan Ipoh adalah terbatas kerana lambat laun pengeluaran bijih timah akan merosot.

Selain daripada akhbar Taiping Weekly Record, ahli-ahli Majlis Negeri yang berasal dari Taiping seperti Toh Eng Hoe dan Dr. Saw Ah Choy juga berkali-kali terlibat di dalam perbahasan mengenai isu itu. Tetapi kesemua bantahan itu tidak berhasil. Perang Dunia II tidak juga melambatkan perpindahan yang telah bermula pada 1937. Bila tamat sahaja zaman Pendudukan Jepun, iaitu lapan tahun sejak tahun 1937, pusat pentadbiran tetap dipindah ke Ipoh. Taiping menjadi bandar yang kedua pentingnya di Perak sehingga hari ini. Peninggalan-peninggalan daripada zaman Taiping menjadi ibu kota masih ada. Yang sudah lapuk kerana telah lama tidak digunakan lagi ialah jalan keretapi Taiping - Port Weld. Taiping kini menjadi tempat persinggahan penting keretapi Kuala Lumpur - Butterworth tetapi stesen keretapi di Port Weld sama sekali tidak dijaga dan ada dalam keadaan kopak-kapek. Peninggalan yang masih berfungsi ialah penjara yang pernah menjadi penjara utama di Tanah Melayu. Pada suatu ketika dahulu penjenayah yang menjalani hukuman lebih daripada satu tahun dikurungkan di penjara Taiping. Bangunan-­bangunan lain yang sehingga akhir-akhir ini masih ada dan melambangkan kedudukan luhur Taiping dahulu termasuklah Residensi dan pejabat-pejabat Kerajaan.
Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak terdapat di bandar-bandar lain di Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam berenang serta tempat-tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell dan tasik. Mungkin yang paling penting Taiping mempunyai sejarah yang menarik yang sepatutnya ditonjolkan kerana Taiping pada suatu waktu dahulu adalah bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu.

KENAPA IA DIBERI NAMA BANDAR WARISAN DAN APA YANG MENARIK?

di bawah ni aku senaraikan tempat/bangunan/infrastruktur yang kebanyakannya adalah yang pertama di Tanah Melayu (pada ketika itu)...antaranya adalah:

Taman Tasik Taiping



Landasan Keretapi pertama di Tanah Melayu (Taiping-Port Weld)
Stesen Keretapi Pertama

Resort Tanah Tinggi pertama (Bukit Larut)

Pelabuhan Pertama - Kuala Sepetang

Hospital Pertama

Muzium Pertama

Bangunan Pasar Pertama - Pasar Taiping

Zoo Pertama - Zoo Taiping

Penjara Pertama - Penjara Taiping

Menara Jam Pertama

Lapangan Terbang Pertama

dan banyak lagi yang pertama...tak dapat aku nak nyatakan...kome kalo datang sini..rajin2 la selidik apa lagi yer...hehehe







Rabu, 19 Januari 2011

Sungkai, asal usulnyer....

Bagaimana Sungkai mendapat nama?

Mungkin sebahagian dari anak jati sungkai sendiri tidak mengetahui asal usul nama Sungkai...jadi disini aku berkongsi apa yang aku dapat n aku pernah bertanya pada orang2 tua dahulu...(masa ting 3 kan ada kerje kursus sejarah)...ok korang cube baca n korang nilaikan sendiri....Sungkai seharusnya sinonim dengan pokok Sesungkai tumbuhan yang melata di sepanjang Sungai Sungkai dan sekitarnya. Secara fizikalnya teras batangnya lembut seperti pokok ubi dan daunnya seperti daun pokok mengkudu tapi bercabang dan batangnya boleh membesar seperti pokok mangga. Ironiknya orang di pedalaman Pahang (Sungai Pahang) memanggilnya pokok Sungkai dan mereka mengamalkan dalam perubatan tradisional dimana air rebusan daunnya diminum untuk menghilangkan demam panas. Orang Sungkai suka menggunakan pokok tersebut untuk dibuat tiang jambo (pondok menjaga buah durian gugur)kerana tiang tersebut akan hidup dan tahan lama (seperti yang kita menanam pokok ubi). SMK Sungkai ada menanam pokok ini sebagai salah satu proses pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.


Panglima Hitam dan kawasannya.

Panglima Hitam adalah penjaga kawasan mukim Sungkai dan sekitar Pahang, mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan penjaga dan kenapa hanya mukim Sungkai dan sekitar Pahang? Setiap kawasan ada penjaganya yang akan mengawal segala hal-hal ghaib yang berlaku di kawasan itu, di Sungkai dan Pahang nama penjaga tersebut adalah Panglima Hitam. Jika hal-hal ghaib berlaku di Taiping, bomoh di kawasan Sungkai dan Pahang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan merujuk kepada bomoh di kawasan Taiping kerana ada penjaganya yang tersendiri di situ, samalah jika sebaliknya berlaku.

Persoalan yang kedua kenapa Sungkai dan Pahang sahaja, alasannya Panglima Hitam hanya mengawal hal-hal ghaib di kawasan adanya pokok Sesungkai. Pada mulanya aku tidak percaya bahawa pokok Sesungkai cuma boleh didapati di Sungai Sungkai dan Sungai Pahang sahaja. Namun setelah menjarah hampir kebanyakan kawasan pedalaman di Semenanjung waktu belajar dulu, pernah melakukan Trans Titiwangsa aku yakin bahawa perkara itu benar.

Puteri Buih

Sungkai mengikut ilmu asal-usul ada kaitan dengan salasilah keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut di Sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Kecantikan Puteri Buih amatlah masyhur hingga menarik perhatian Sultan Perak lalu ia meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih kononnya datang dari keluarga bunian.

Setelah perbincangan diadakan antara pihak Sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka dua (2) syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. Dua (2) syarat tersebut ialah keturunan Sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning. Jika perkara ini dilanggar malapetaka akan berlaku terhadap Sultan. Pernah satu ketika Permaisuri Sultan Perak datang ke SMA Abbasyiah lebih kurang 15 tahun yang lepas pulang terus kerana tiba-tiba sahaja ribut petir sabung menyabung. Alasan yang diberikan oleh penduduk kampung ialah kerana ia memijak tanah tanpa menggunakan alas kain kuning.

Mengenai ada laut air tawar di Tiang Bertarah telah diperbesar-besarkan, aku percaya apa yang dimaksudkan laut itu cumalah sungai yang besar (macam laut kata orang tua). Mengambil analogi bagaimana Kg Pekan Lama (Sungkai) itu mendapat lama, ia sebenarnya sebuah pekan yang sangat maju dimana air adalah pengangkutan utama.

Dasar sungai yang dalam dan lebar membolehkan tongkang bergerak dari Sungkai ke Teluk Intan, untuk memberikan jawapan yang lebih realistik sila lihatyoutube : Kisah Tongkang Sungai Baleh, dimana terdapat tongkang yang sangkut kerana sungainya tidak cukup dalam. Namun ia tidak bermakna sungai yang tidak cukup dalam ini tidak cukup untuk melemaskan gajah!. Lagipun jika Tiang Bertarah sudah menjadi laut semua penduduk Sungkai mungkin terpaksa berpindah ke kawasan Banjaran Titiwangsa untuk hidup.!

Aku percaya Puteri Buih ini dijumpai terapung di kawasan Tiang Bertarah walaupun saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu semasa belajar ilmu asal-usul. Ini kerana Tiang Bertarah adalah penempatan awal di Sungkai dan kebanyakan sejarah bermula di situ termasuklah jumpaan istana bunian oleh orang tua yang boleh dipercayai cakapnya semasa sedang berburu.


*aku tidak mencari persoalan benar atau salah penggunaan jampi serapah, bagi aku sesiapa yang mensyirikkan Allah berada di pihak yang tidak benar. penilaian sendiri oleh pembaca adalah diperlukan..terpulang pada masing2...

Sungkai tanah kelahiran ku....

 deretan kedai yang ada di pekan sungkai        

  stesen bas dulu kini dan selamanyer...hehehe
                                    
bank RHB di pekan sungkai

Kalau dulu-dulu apabila di sebut Sungkai ramai orang yang tak tau. Soalan yang selalu ditanya Sungkai tu kat mana?. Aku memang biasa kena tanya soalan macam tu. Ibarat macam Malaysia lah satu ketika dulu. Orang lebih kenal Singapura daripada Malaysia.

Dengan adanya exit Sungkai di lebuhraya PLUS ditambah dengan kewujudan Hot Spring nama sungkai makin mekar dan dikenali umum. Aku dilahirkan di sebuah kampung dalam mukim sungkai...kampung aku tu kalo kome nak tau masuk dari simpang yang ada shell tu lah...kalau terus aje masuk ke dalam ke penghujung jalan akan ada mergastua (org dulu2 panggil)...lebih dikenali sebagai PERHILITAN (rusa n burung kuang aje yg byk kat sini....abah aku adalah bekas pekerja di sini...dulu2 rajin le ngikut pegi koje..semenjak abah dah pencen ni dah bertahun aku tak masuk kesana...

Celik-celik mata je di dunia ni Sungkai lah yang mula aku kenal. Masa kecik-kecik dulu dalam pemikiran aku Sungkai lah bandar yang hebat dan segala yang diperlukan ada di situ. Aku mula pandai naik bas juga di Sungkai. Hari yang ditunggu-tunggu ialah hari jumaat sebab ada pekan minggu (Sekarang hari Ahad). Macam-macam jenis barang ada dijual dan pengunjungnya pun ramai. Memang Happening. Kadang-kadang pening pun ada...kalo budak2 muda dulu waktu ni le dapat nak mengorat awek2 yang keluar dari segenap pelusuk sungkai..sebut aje awek felda sume boleh kenal dari mana...hehe

Kalau nak ke Bidor atau ke Tapah, Sungkai lah tempat permulaannya. Basnya Bas Hup Yik.Bas Hup Yik seolah-olah sinonim dengan Sungkai. Manakala kalo nak ke Slim River dan Tanjung Malim bas Mogah (sekang dah jadi bas Megah) la yang akan dikenali...kalo nak ke felda2 yang ada di Sungkai ni (felda sungai klah...felda Trolak...dan felda Besout) bas mogah ni la yang akan dinaiki...kalo dulu bas yang nak ke felda ni dah macam nak runtuh aje gayaenyer....Kedai Cina Kepala Besar belakang stesen bas pun amat sinonim dengan stesen bas mengundur. Malangnya telaga belakang stesen bas dah tak de lagi. Yang ada hanya semak dan samun.

Deretan kedai berhampiran stesen Bas mengundur Sungkai pun dah hangus dijilat api. Tinggallah kedai Nasi Lemak  De Jamil yang masih gah berdiri di situ. Apa pun aku harap wakil rakyat tempat aku cari lah idea membangunkan Sungkai kerana Sungkai mempunyai banyak potensi terutamanya dari sudut agro tourisme dan sungainyer...Apapun Sungkai tetap dihatiku...disini lah segalanyer bermula bagi aku...aku dilahirkan..aku dibesarkan...aku bersekolah..dan aku mengenal segalanyer bermula disini...di tempat yang bernama SUNGKAI.

Salam perkenalan

Assalamualaikum...

buat pertama kali nyer setelah lama duk membaca dan memberi komen pada blog orang lain...nah pada hari ini aku mengambil langkah drastik untuk wujudkan sendiri blog aku...mungkin pada permulaan banyak benda yang perlu aku pelajari...tapi biasa lah setiap ilmu takkan datang tanpa di dicari...setiap orang atau blogger mempunyai sebab sendiri mengapa diwujudkan blog masing2...bagi aku blog yang aku wujudkan ini hanyalah sebagai wadah untuk aku menzahirkan apa sahaja yang aku rasa aku nak luahkan...

selain itu aku rasa dengan ber 'blog' ni aku dapat mengikuti perkembangan kemajuan dalam zaman IT ni..hehe...ok la kan...ada juga perkara berfaedah yang aku boleh lakukan...sekurang2nyer dapat juge memantapkan ilmu penulisan yang dah lama terkubur ni...

mudah2an ada ilmu yang aku perolehi dan mungkin ada ilmu yang boleh aku berkongsi dengan semua orang...harapan agar kita dapat berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan di bumi Allah ini...salah dan silap harap dimaafkan dan berilah tunjuk ajar pada orang yang ingin belajar ini...

salam perkenalan dari anak sungkai
terima kasih...thank you....syukran....nandre...shei shei...arigato hait...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...