ReviewMe

Rabu, 24 Ogos 2011

Kempen Kibar Jalur Gemilang Di Kenderaan....Berjaya?

Salam

Kerajaan telah melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang pada kenderaan sebulan yang lepas. Namun apa yang aku perhatikan kempen ini kurang berjaya. Apa sebabnya?

Pada tahun2 yang lepas, pihak kerajaan telah mengedarkan Jalur Gemilang secara percuma kepada rakyat. Namun tahun ini tidak dilaksanakan mungkin untuk mengurangkan kos kewangan dan aku bersetuju dengan tindakan ini. Namun adakah itu faktor utama yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya? Adakah rakyat Malaysia hanya mengharapkan subsidi yang diberikan kerajaan? Tanpa ada inisiatif sendiri untuk melaksanakannya?

Hari ini 25 Ogos dan tidak berapa hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Adakah kesibukan dan tumpuan ini juga menjadi punca kurang berjaya kempen ini?

Ramai yang memberi pandangan dan pendapat sebab tidak mahu memasang Jalur Gemilang pada kenderaan. Antaranya :

  1. Tidak memasang bendera kerana tidak mendapat bekalan atau pemberian percuma.
  2. Tidak memasang kerana tak suka berbuat demikian. Ini kerana gam atau pelekat tidak kuat dan sedih melihat bendera bertaburan diatas jalan dan digelek, dilenyek oleh kenderaan lain. 
  3. Ini semua kempen kerajaan BN. ( tak habis2 kaitkan politik )
  4. Buat apa pasang bendera, kenderaan milik kerajaan pun tak pasang. cuba lihat kereta polis, kereta ambulan dan lihat kenderaan jabatan-jabatan lain, ada pasang?
  5. Tak suka pasang diluar kenderaan takut jatuh , lebih suka pasang di dalam atas dashboard.
Pendapat ini memang betul, dari pemerhatian memang susah dan sukar nak nampak kenderaan milik jabatan-jabatan kerajaan yang mengibarkan jalur gemilang. Bagaimanapun aku tertarik dengan kenyataan nombor 4. Iaitu kenderaan milik kerajaan pun tak pasang bendera.


Cuba kita lihat pula kenderaan milik GLC  dan badan-badan koperat seperti Pos , Puspakom, Mas, Felda, Fama, dan lain-lain, ada pasang atau tidak. Jika begini lah keadaannya, kerjaaan atau badan-badan berkanun hendaklah terlebih dahulu mengibarkan jalur gemilang pada setiap kenderaan tanpa gagal.

* Maka dengan sendirinya ia akan menjadi tarikan dan akan menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan mereka. 

Pemain Bolasepak Wanita Lagi Ganas....

Salam

Sama2 kita saksikan apabila wanita yang secara asasinyer berperwatakan lemah lembut apabila menceburi sukan yang beraspek fizikal...Ini yang boleh merubah sifat mereka.....hehe


* brutal dan ganas....hehehe....

Isnin, 22 Ogos 2011

Trivia Pengetahuan Am - Gambar 5 Tandatangan Termahal DiDunia


Salam

Senarai 5 Tandatangan termahal dunia


1. Tanda Tangan William Shakespeare
Hanya ada Enam Tanda Tangan original yang dibuat oleh William Shakespeare dan masing-masing berharga US$ 5 juta.


2. Tanda Tangan Presiden AS Abraham Lincoln
Surat yang ditanda tangani oleh Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 telah dilelong pada harga US$ 748.000 pada tahun 1991.


3. Tanda Tangan John Lennon
Pada tahun 2003,Salinan terakhir Autograph oleh John Lennon sebelum dia dibunuh oleh Mark Chapman yang dijual pada harga US$ 525.000.


4. Tanda Tangan Jimmy Page
Tanda Tangan Jimmy Page pada sebuah Gitar adalah salah satu Tanda Tangan yang paling berharga pada satu Acara Lelong dengan tawaran pada harga £ 49.000.


5. Tanda Tangan Jimmy Hendrix
Sebuah potongan kertas yang ditandatangani oleh Jimmy Hendrix berharga £ 41,000.

* tandatangan pun boleh buat duit.....jangan tangan sudah....hehe

Mungkin Ini Cara Sesuai Elakkan Meniru

Salam

Masalah pelajar dan murid suka meniru masa peperiksaan mungkin akan berkurang kalau diorang kena paksa pakai macam gambar kat bawah ni..hahaha


* Rasa2 ada tak cara len yang lebih sesuai dan praktikal...hahaha

Sudah Di Jangka Apa Kata nya.....

Salam

Seperti sudah aku jangka, bahawa apa yang berlaku pada 'pemimpin anugerah tuhan' ini adalah semuanya KONSPIRASI.....ayat ulangan dan ulangan untuk halwa telinga rakyat Malaysia.

Dan yang lebih penting untuk pendengaran rakyat yang menjadi pengikut setia dan taksub 'pemimpin anugerah tuhan' ini agar dapat menjadi penyedap mulut supaya sokongan tetap dan terus diberikan...

Tak perlu aku nak memberi komen dan pandangan yang panjang lebar...cukuplah supaya kita lihat, renung dan fikirkan bersama2 apakah selama ini segala tindakan ' pemimpin anugerah tuhan' ini terhadap rakyat dan negara ini...

Satu persoalan aku...kenapa 'pemimpin anugerah tuhan' ini memilih option yang kedua..iaitu membela diri dikandang tertuduh tanpa perlu BERSUMPAH dan ini bermakna pasukan pendakwaan tak boleh nak menyoal balas 'pemimpin anugerah tuhan' ini...apa yang dia takut? 

* Renung2kan lah dan fikirkan lah bersama....Supaya Allah menunjukkan kebenaran dengan segara... Wallahualam

Sabtu, 20 Ogos 2011

Nah Tengok Artis Melayu Beragama Islam...dengan Haiwan Peliharaannya

Salam

Artis ni bernama Nanu Baharuddin...Samada gambar ni betul atau super impose..kawan2 boleh nilaikan sendiri. Mungkin kalau gambar ni masuk Harian Metro ataupun rancangan Melodi baru jadi isu dan ada jawapan yang konkrit dari mulut artis tersebut...sama2 lah kita tunggu.

Dan mungkin nanti ada jawapan yang berbunyi begini " Tak salah kalau pegang anjing waktu bulu dia kering "....

Gambar ini diperoleh dari buku muka artis berkenaan...jadi faham2 ajelah bagaimana tahap keterbukaan artis ini...








* Dunia semakin berubah, masyarakat semakin maju......



Semakin Ramai Yang Berani Menghina Islam

Salam

Aku rasa cukup sedih, sejak akhir2 ini Islam dan umatnya diserang dari pelbagai segi dan yang lebih menyedihkan ada kalangan kita sebagai umat Islam sendiri yang seolah2 reda dan menyokong segalanyer terjadi. Apa sebab?hanya Allah dan mereka2 sahaja yang tau apa yang terkandung dalam kalbu masing2

Tak bolehkah bersatu mempertahankan akidah , agama dan umat Islam tanpa mengambilkira pegangan politik masing2...Apakah umat Islam sudah tidak ada sensitif apabila agamanya dihina sebegitu rupa atau orang Islam sendiri yang membuka ruang bagi penganut Agama lain menghina Islam.

Aku tunjukkan antara sekian banyak contoh kebiadapan yang telah dilakukan kepada Islam. 



* Inikah tanda2 dunia sudah akhir zaman?....

Khamis, 18 Ogos 2011

Emas Satu Pelaburan Bijak?

Salam

Bila usia semakin meningkat, pemikiran dan pandangan kita pun akan mula lebih matang dan pandangan akal sudah pasti akan melihat kepada apa yang akan terjadi pada diri sendiri pada tahun2 mendatang.

Masa remaja dan seawal pekerjaan dulu, aku hanya mengambil berat apa yang aku mahu, keinginan untuk memiliki pelbagai material yang aku tak pernah dapat semasa kecil, kadang2 apa yang aku ingini itu melebihi keinginan anak2 kecil. tapi itu dulu, bila sudah peroleh kehendak yang tak terbatas itu aku mulai sedar sampai bila sumber kewangan yang terhad ini hendak digunakan kearah material2 yang mempunyai susut nilai dan tarikh luput. Semua itu tidak mendatangkan hasil. malahan duit gaji yang diperolehi setiap bulan tidak pernah cukup.

Pelaburan untuk akan datang, untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk keperluan yang semakin mendesak itu yang paling penting saat ini. Aku telah mencuba beberapa pelaburan yang memang boleh menjanjikan keuntungan namun kalau ilmu tentang bidang itu sedikit memang sukar untuk mendapatkan apa yang di ingini. Sebagai contoh forex susah untuk difahami dan risiko agak tinggi.

Sekarang ini aku melihat pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang sangat2 baik dan boleh mendatangkan keuntungan yang bukan sedikit. Kalau dahulu sewaktu mantan PM Tun Mahathir menyatakan kepentingan emas sebagai satu aste berharga, aku hanya buat tak endah sahaja. Rupa2nya apa yang dilihat dan dinyatakan oleh Tun memang tepat dan benar.

Disini aku nyatakan soalan dan jawapan yang sering menjadi persoalan aku berkaitan emas, mungkin kawan2 juga berfikiran begitu, kalau ada kaitannya sekurang2 apa yang aku titipkan disini dapat dijadikan panduan.



  1. Perlukah menyimpan Emas sebagai Aset?Mengapa?
  2. Untungkah menyimpan Emas sebagai Pelaburan?
  3. Golongan manakah yang patut menyimpan Emas?

Jawapan :

  1. Perlu.. Emas adalah aset berharga yang kebal dari Inflasi & harganya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun secara konsisten sejak 6000 tahun yang lepas. Laporan pakar ekonomi melaporkan bahawa harga emas akan terus meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang..
  2. Sudah tentu.. statistik menunjukkan harga emas naik secara konsisten dalam jangka masa panjang & sederhana. 
  3. Sesiapa sahaja yang mampu dan ingin membuat pelaburan demi masa depan.

Oleh itu, aku melihat pada pelaburan emas dan mempelajarinya. Pelaburan emas menguntungkan kerana harga emas akan sentiasa meningkat. Purata kenaikan sekitar 27% setahun. Dahulu, aku percaya harga emas ada turun dan naik. Ianya betul, tetapi penurunan harga emas adalah rendah. Jadi, secara purata harga emas memang akan sentiasa naik.
Aku melihat pelaburan emas agak mudah juga kerana tidak perlu mengikuti kenaikan dan penurunan harga semasa emas. (Ini bukan forex, aku pernah mencuba dengan forex sebelum ini). Aku lihat, tidak perlu membeli emas ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal. Sekiranya menunggu harga emas turun, walaupun harga turun masih menunggu harga turun lagi, sebaliknya harga emas akan naik kembali. Jawabnya, emas tidak akan dibeli sampai bila-bila. Jadi, masanya membeli emas adalah ketika adanya duit, tidak kira berapa pun harga semasanya.
* Kalau bukan sekarang bila lagi..sama2 lah kita majukan diri dan ummah kita

Kisah Guru dan Murid

Salam

Setelah seminggu aku tidak mengemaskini blog ni...dah bersawang rasanyer...bukan tak mau meng'update' blog ni...tangan nak menitipkan namun apa masalah dengan blogspot pun aku tak pasti..tak boleh nak masuk kan entry baru.

Untuk permulaan ari ni aku nak berkongsi kisah ini sebagai renungan di hari Jumaat yang mulia ini.. Begini kisahnya.....


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"  


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. 



Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. 



"Umat Islam semakin diasak dengan pelbagai permasalahan dan kekalutan yang semakin menggila, kita lihat sahaja apa yang terjadi dalam negara kita semenjak dua ini. Ada sahaja isu2 melibatkan umat dan agama kita ini. kenapa terjadi? tidak lain dan tidak bukan umat Islam sendiri asyik menuding jari menyalahkan satu pihak dengan pihak lain. Takut kehilangan kuasa dan undi. takut kehilangan pengaruh dan survival politik di tambah pulak dengan tidak ambil beratnya muda mudi Islam dengan isu agamanya sendiri. Selain itu, tahap sosial muda mudi Islam yang semakin bercelaru, segalanya mampu dilakukan seolah2 tiada siapa yang mahu ambil berat. Dan yang lebih bagus pihak yang merasakan mereka lebih beragama dari pihak lain menyalah dan menuding jari konon2 pihak yang berkuasa itu tidak berbuat apa2..beginikah caranya pihak yang mengangkat dada menyatakan mereka pejuang Islam? Salahkah kalau duk berbincang dan bersatu menyelesaikan masalah ni tanpa mencampur urusan politik masing2...?salahkah?." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..." 



"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. 



"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. 



Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar. 



"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." 



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " 



"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar". 


* Renungilah kawan semua.. 

Tolong sebarkan pada saudara2 Islam kita. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah pada kita dan keluarga kita. Marilah kita sama2 sedar bahawa agama, bangsa dan tanah air kita semakin terancam! 

Umat Islam semakin mudah dibeli dengan kuasa, pangkat, wang ringgit, memuja pemimpin yang konon2nya Islamik, mudah percaya pada penipu, taksub membuta tuli dilalaikan dengan keindahan dan memuja keseronokan hidup, hingga hilang maruah dan harga diri.


Marilah, kita betulkan apa yg termampu bersama2. Usah hanya bila segalanya sudah terjadi, baru kesedaran itu timbul, mungkin masih belum terlambat untuk merubah dan membaiki kerosakan yg dialami. 

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami… 




Khamis, 11 Ogos 2011

Cara Mudah Mencari Mukasurat Dalam Al-Quran

Salam

Aku letakkan artikel ni untuk sama2 kita ketahui dan kalau boleh sebarkan kepada yang lain...mudah2an kita beroleh pahala dan keberkatan dalam perkongsian ilmu terutama di bulan yang mulia ini.. Insyaallah

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah ( dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda i ngin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

SEBARKAN...

Rabu, 10 Ogos 2011

Jangan Biarkan Perkara Ini Terjadi

Salam

Rusuhan yang berlaku di beberapa bandar di England bermula Sabtu lepas amat menarik untuk di kupas...Aku nak kaitkan kejadian itu dengan negara kita ini.. Rusuhan disana juga mengakibatkan seorang dari pelajar Malaysia cedera akibat di belasah dan disamun oleh perusuh2.

Mengikut cerita, pada mulanya para perusuh itu mahu berhimpun SECARA AMAN bagi membantah kematian seorang pemuda berkulit hitam bernama Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian berbalas tembakan 2 hari sebelumnya.


Dan yang lebih menarik si mati merupakan seorang ahli kongsi gelap (tak tau sahih atau tidak). Nampak disini seorang ahli kongsi gelap yang mati mampu menjadikan England ( negara yang dikatakan menjadi pelopor mendokong hak asasi manusia dan kebebasan bersuara ) huru hara dan kacau bilau..hehe...


Bayangkan Malaysia kalau tidak dikawal lebih awal, tidak dicegah dan di jaga, tidak mustahil menjadi begini..Yelah, kan ada dikalangan pemimpin di Malaysia ni menyatakan ramai rakyat yang tertindas dan hidup susah...lagi2 ada juga yang mengatakan Malaysia ni mempunyai pemimpin kejam dan zalim...Lagi dahsyat andai sume itu terjadi.....

Eh!! silap ni gambar kat Malaysia ( BERSIH )

Berbalik kepada isu pokok, kerana kematian pemuda itu bandar2 di England bertukar menjadi tempat rusuhan antara yang terburuk dalam tempoh 2 dekad. Bagi aku pulak mudah aje..mula2 memang lah nak berhimpun secara aman, tapi apabila sudah berkumpul dalam kumpulan yang ramai sudah pasti perasaan dalam diri mula bergelora. Ketidakpuashatian akan ditunjukkan, ada pulak yang melakukan provokasi maka lebih mudahlah amarah pun timbul maka akan terjadi segala yang mungkin terjadi



Bohonglah kalau dikatakan yang berhimpun boleh jadi aman andai isu yang dibawa boleh membawa kepada perasaan marah dan tidak puashati. Ni pengalaman aku sendiri..takkan jadi aman andai yang hadir berhimpun itu mempunyai pelbagai karakter yang kita sendiri tak tau. Mana mampu kita mengawal manusia lain lebih2 lagi berkumpul dalam kumpulan yang ramai..


Lainlah kalau perhimpun untuk majlis keagamaan contoh perarakan maulidur rasul ataupun yang seangkatan dengannya. Itupun kadangkala dirosakkan juga oleh sebahagian manusia yang memang dah rosak.


Lain kali polis di England boleh belajar dengan PDRM.. Buatlah langkah pencegahan awal dan jangan tertipu dengan slogan TUNJUK PERASAAN AMAN...Polis Malaysia bijak sebab tak tertipu dengan slogan2 aman, bersih, suci dan seangkatan dengannya...



Kalau kawan2 tengok antara polis Malaysia dengan polis England yang mana lebih kejam? paling teruk polis Malaysia pun setakat tengking, main asap dan air aje ( lepas ni bawa aje air dari loji kumbahan indah water). Lepas itu yang ditahan siap diberi makan ala2 orang kahwin lagi, mewah betul...itupun ramai yang kata kejam...sedangkan polis yang menjaga perhimpunan itu makan nasi bungkus aje....manusia2. 


Polis England punya tindakan yang aku tengok dalam siaran TV siap balun tak hengat punyer....bermandi darah lagi.. No mercy kata orang putih...agak2 lepas ni ada tak dari kalangan pemimpin mereka mengutuk tindakan polis itu....Ha sapa2 peguam dari Majlis Peguam yang nak buat kes pegi lah England...lapor kat pertubuhan hak asasi manusia ke..takpun Majlis Peguam boleh buat press confrence mengutuk tindakan polis....ada berani? hehehe


Janganlah kita mudah mengutuk, menghina dan menjatuhkan hukum tanpa berfikir secara rasional...Negara ini negara kita seburuk mana pun ia tetap tanah tumpah darah kita juga..Walaupun memang diakui ada yang tidak kena dan perlu diperbetulkan tapi bertindaklah secara berhemah.

* semoga perkara begini tidak terjadi di negara kita. Berfikir dan bertindaklah secara berhemah

Selasa, 9 Ogos 2011

Perut Saiz XXXL Boleh Kot.....

Salam

Kome tengok aje lah...

Biar gambar yang menceritakan...

Amacam ada berani....?

haha...sampai terjelir lidah

selagi boleh masuk....masuk

Terbeliak biji mata nak makan

mula-mula memang lah senyum



kita tengok sapa yang menang...


brader ni ada harapan...



layan bro...



tu ke adiahnyer...

ni pun sama...interframe dulu....

agak2 berapa harga berapa bil tu yer?....

Entah apa lah ramuan yang ada dalam sup tu...


akhirnya...surrender



mamat ni pun sama..mengaku kalah

* aku nengok gambar aje pun tak lalu nak makan......hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...