ReviewMe

Khamis, 14 Julai 2011

Korang Mesti Terpikat..Tapi Berhati2...



Siapa dia ni? cantik bukan...kalau sekali melihat sudah pasti akan tergoda dengan keayuan dan kecantikan yang dimiliki, tapi sedarkah kawan2 gambar diatas itu bukan lah seorang perempuan sejati. Dia adalah seorang Lelaki pada fitrah asal kejadian nyer. Namanya Nong Poy yang berasal dari Phang Ngai, Thailand.


Lahir pada 5 Okt 1986 sebagai seorang bayi laki yang comel, membesar juga sebagai seorang budak lelaki namun katanya tuhan sudah menjadikan dan meletakkan dirinya pada badan yang salah..(macam2 alasan). Nekad melakukan pembedahan membuang apa yang sepatutnya dibuang pada usia 17 tahun. 


Nong Poy mengorak langkah untuk menjadi wanita impian lelaki dan hasilnya seperti yang dapat disaksikan pada gambarnya. Nong Poy tidak seperti wanita transgender yang lain. Dia tidak melakukan pembedahan plastik di muka jadi, kecantikan wajahnya adalah betul-betul asli.


Dua tahun selepas melakukan pembedahan,Nong Poy memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. 


Berkat usahanya itu Nong Poy kini adalah seorang model, bintang dan pengacara yang paling popular di Thailand. Selain cantik, dia juga bijak dan berbakat. Kecerdikan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thailand. Bukan di Malaysia yer...


* Walau sesiapa pun dia, fitrah asal kejadian nyer tetap lelaki dan dia tidak mampu mengubahnya....jangan tergoda pulak....hahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...