“Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”
- Umar Mukhtar -
Sebelum ini ramai yang memuji kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya, kononnya rakyat lebih berkuasa dalam menentukan kepimpinan negara. Memang benar. Rakyat itu berkuasa, tapi bukan di jalanan atau melalui demonstrasi dan rusuhan. Walaupun kadangkala perkara seperti itu memang dibolehkan tapi bergantunglah pada situasi dan keadaan. Bagi aku setiap apa yang terjadi di negara arab kebelakangan ini adalah kerana ada agenda2 asing yang bersembunyi disebalik segala kemelut itu...
Paling lucu, ada rakyat di negara ini yang turut masuk campur hal 'rumah tangga' negara arab seperti Mesir dan Libya. Turut sama berdemo di hadapan kedutaan memohon pemimpin negara berkenaan turun dari takhta bagi menghormati kuasa rakyat dan yang palinng bagus ada juga di kalangan manusia2 yang gila kuasa mengajak rakyat negara ini mencontohi rakyat negara terbabit kononnya pemimpin negara ini zalim...aduh lawak betul rasanyer....situasi berbeza la bro...fikirlah
Kini, tangan-tangan ghaib sudah menampakkan wajahnya. Merekalah SYAITAN yang menghuru-harakan negara Arab. Rakyat hanya jadi alat pemusnah. Rakyat hanya jadi lesen kepada musuh untuk menghala peluru berpandu Tomahawk ke negara tanah tumpah mereka sendiri. Akan adakah lagi ' LION OF THE DESERT' atau UMAR MUKHTAR di bumi Libya sekali lagi..?
* aku sayang negara ku ini disinilah TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....Moga Allah tidak menurunkan bala bencana dan musibah kepada negara ini
Labu, 1st, kita bukan rakyat libya/mesir jadi kita tak tau apa yang rakyat rasa. tapi dari secara kasar nampak macam diktatorship terlalu lama. Malaysia takde benda tu...
BalasPadambetui2..teman setuju kata2 mike yeop...cume masalah yang terjadi mungkin ada tgn2 ghaib yang mengambil peluang dan mencari peluang serta mencipta peluang telah memanaskan lagi perkara tersebut..yang mengipas...yang meracun...yang megadu domba..alasan pun tercipta maka meletus la apa yang kita dpt lihat..yang sengsara yang merana adalah rakyat juga..
BalasPadam