ReviewMe

Isnin, 11 April 2011

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum WBT


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, kafir mengkafir, tuduh menuduh, yang lebih bagus ada pihak yang menyatakan mereka lebih Islam dari kumpulan lain sampaikan apa sahaja yang dibuat oleh orang yang seagama dan sebangsa dengan nya semua dianggap salah dan tidak Islam...taksub pada pemimpin seolah-olah pemimpin itu maksum,...lebih rela bekerjasama dengan orang kafir dari orang yang seagama dan sebangsa dengan mereka...dan macam2 lagi perihal orang Islam sekarang ini...macam dah tak ada akal untuk berfikir....orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?apakah ini yang dikatakan contoh umat terbaik?...tepuk dada tanya iman...

Wallahualam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...