Banyak dapat duit raya? bagi yang memberi keikhlasan itu yang penting dan bagi yang menerima mudah2an duit itu akan digunakan kepada perkara berfaedah...Apapun bulan Syawal masih lagi berbaki..rumah terbuka dan tertutup sentiasa ada..jadi gunakanlah kesempatan ini untuk sama2 kita meraikan dan bermaaf2an sesama kita..
Aku bukan nak cerita pasal duit raya...
Aku nak memberi komen kepada caj 6% yang dikenakan kepada pengguna prepaid ataupun prabayar di negara ini yang akan berkuatkuasa....bile yer?.....wah ini sudah bagus
Sudahlah kos kenaikan harga barang dan sara diri yang semakin membebankan ditambah pulak dengan caj cukai komunikasi sebegini, alamat tak lama lagi orang kembali menggunakan telefon awam nampaknya..
Apa rasional caj ini dikenakan? Tidak untungkah lagi syarikat2 komunikasi yang ada di negara ini? bukankah dilaporkan penggunaan telefon bimbit yang menggunakan talian prabayar ini mencecah lebih dari 10 juta orang dan ditambah pulak dengan pendatang berizin dan tidak izin yang menggunakannya...tidak untungkah lagi?
Ini sudah jadi kes pelik...Bila difikirkan kadar panggilan semasa pun dah tinggi, malahan caj pon dikenakan bagi panggilan tak berjawab or masuk kat voicemail…. bukankah itu secara tak langsung dah memberi keuntungan kepada syarikat2 terbabit?? Ditambah plak bila panggilan itu penting, maka berkali-kali la pengguna membuat panggilan & berulang kali jugalah cas dikenakan serta nilai baki semasa topup berkurang. akhirnya…kena tambah topup lagi!!!
Lebih2 lagi kepada yang sedang bercinta dan mencintai...setiap hari laporan dan kegiatan akan dilaporkan kepada yang tersayang..sms sentiasa berbunyi kadangkala panggilan akan dibuat (eh!! kadangkala ke..atau setiap hari..hahaha.) bukankah ini semua mendatangkan keuntungan..sekali lagi soalan aku...tidak untung lagikah?
Bagi aku perkara yang betul tetap betul dan perlu disokong manakala perkara yang aku rasakan tidak mendatangkan kebaikan perlu di tegur dan di tentang walau dari pihak mana sekalipun. Kalau kerajaan membuat dasar yang membebankan seperti ini aku akan tentang bukan seperti sesetengah orang yang taksub pada sesetengah pihak sehinggakan apa sahaja yang keluar dari mulut dan kenyataan pihak mereka betul dan benar sahaja sehingga tidak boleh disanggah walaupun perkara yang dinyatakan bohong dan menipu semata2 demi kepentingan masing2....aku tidak begitu....
Oleh yang demikian aku berharap pihak yang berkuasa, kerajaan yang memerintah yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menentukan dasar yang diwujudkan untuk berbuat sesuatu demi kepentingan rakyat yang di bawah ini. Lihat dan amati apakah tindakan yang dilaksanakan dapat memuaskan hati rakyat. Jangan nanti apabila rakyat menentukan pilihan dan pilihan itu bukan seperti yang diharapkan maka fahamilah apa yang dikehendaki oleh rakyat itu sebenarnya..bak kata PM 'denyut nadi rakyat'....Jadi buatlah sesuatu sebelum denyut itu bertukar menjadi getaran.....
* aku hanya mampu menegur dan memberi pandangan dari sudut pilihan aku ini..Aku hanya rakyat marhaen....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan