Salam
Bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku, banyak keje dan urusan yang perlu aku lakukan dan selesaikan. Sehingga blog aku ni jadi kusam dan tidak bermaya.
Aku memang berniat nak mengemaskini kan tapi dek kerana kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, membataskan aku untuk lakukannya.
Banyak cerita dan perkara yang ingin aku komen dan utarakan pendapat, terutama banyak isu2 panas dan hangat yang melanda negara kita.
Sebagai contoh dalam bulan ini sahaja banyak isu2 politik, ekonomi, jenayah, isu kemanusiaan dan ia sedikit sebanyak memberikan pelbagai rencah untuk di bahas dan di beri pendapat samada di kedai kopi, rumah mahupun di tempat kerja.
Cuma apa yang aku nampak, dari sudut pandangan aku sebagai rakyat biasa, segala isu yang timbul dalam negara kita sekarang ini lebih menampakkan bahawa pilihanraya ke 13 sudah semakin hampir.
Rakyat sedar semua ini, jadi isu yang timbul sekiranya dapat di selesai sebaik mungkin dan diberikan persepsi yang bagus dikalangan rakyat maka isu itu dapat memberikan 'political mileage' pada yang berjaya mengadaptasi dengan keadaan dan persekitaran rakyat. Bersediakah kita?
Yang belum mendaftar masih ada masa untuk berbuat demikian.
Inysaallah aku akan cuba untuk memberikan pendapat aku dalam pelbagai isu yang timbul sekarang ini, bila ada kesempatan masa dan ketika.
* aku hanya rakyat biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan