Salam
Aku terpanggil untuk bersama2 menggerakkan diriku sendiri dan menyedarkan segelintir orang Melayu agar kita bersama2 membantu, membangun, menggerakkan dan menjayakan usahawan2 Melayu Islam di bumi Malaysia ini agar ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam akan lebih bertenaga, kelangsungan dan tidak bergantung harap kepada bangsa lain.
Kita perlu bangun dan sedar dari pemikiran dan mentaliti yang bangsa kita tidak boleh berniaga dan berjaya. Sekarang ini sudah ramai bangsa Melayu Islam yang mempunyai kesedaran dan usaha yang tinggi untuk berniaga, cuma permasalahan nya adalah bangsa kita sendiri yang tidak mau menolong dan membantu usahawan2 kecil terutamanya agar perniagaan yang mereka usahakan berjaya.
Maksud aku, bangsa Melayu yang masih rasional ini perlu sedar dan bertanggungjawab untuk menyokong kegiatan ekonomi orang Melayu selagi termampu. Walau pun kita hanya rakyat biasa tapi sebenarnya masih mampu memberi sumbangan walau sedikit tetapi kalau 10 juta Melayu memainkan peranan ini sudah pasti memberi impak yang besar.
Kita tak perlu bercakap hal-hal korporat kerana ia di luar kawalan kita tapi memadai bermula dengan bidang peruncitan kerana agak ramai kaum Melayu yang terlibat dalam sektor ini walau pun sektor pengeluaran dan rantaian pengedaran di kuasai kaum Cina.
Kita perlu bermula dengan membeli barangan harian yang berharga tetap di kedai-kedai runcit Melayu seperti: Akhbar & Majalah, Roti, tepung, gula, minyak masak dan beras, Rokok sekiranya anda merokok, Ikan dan sayur sayuran serta barangan lain yang difikirkan perlu.
Walaupun barangan di atas kebanyakan di bekalkan oleh pemborong Cina tapi setidak-tidaknya margin keuntungan runcitnya dapat di raih oleh peruncit Melayu. Andainya perbelanjaan ke atas barangan di atas memberi keuntungan runcit sebanyak RM2 sehari kepada peruncit dan sekiranya 10 juta orang Melayu membeli di kedai-kedai runcit Melayu di seluruh negara, sebanyak RM20 juta sehari keuntungan yang dapat diraih oleh peruncit Melayu ! Seminggu ? Sebulan ?
Apa yang kita perlu tahu dan pastikan hanyalah pemilik kedai berkenaan dan kesedaran untuk membantu kaum sendiri kerana tiada kaum lain akan membantu kita !
Kepada usahawan Melayu pulak kena lah sentiasa beringat dan berwaspada, nawaitu untuk menjalankan perniagaan kena betul dan jangan mudah melupakan susah payah, jerih perih apabila berjaya nanti. Tolong dan bantu usahawan Melayu lain bertapak dan menjalankan perniagaan. Jihad dalam ekonomi dan bantuan sesama sendiri seperti yang diamalkan oleh orang cina perlu diterap dalam semangat dan jati diri perniagaan orang Melayu.
Jadi kawan2, saudara2 sebangsa, setiap perbelanjaan dan tindak-tanduk kita perlu strategik dan ini telah dilaksanakan oleh bangsa Cina di negara ini berpuluh tahun dahulu. Jika sekiranya anda sanggup membayar lebih 20-30 sen atas barangan lain di kedai peruncit Melayu ini, dipersilakanlah kerana peruncit Melayu biasanya menjual dengan harga sedikit tinggi kerana telah di sabotaj oleh rangkaian pengedaran Cina.
Kita tak perlu dengki sekiranya peniaga Melayu ini berjaya kerana limpahan nya nanti akan memperkasakan bangsa Melayu juga....
* Insyaallah dan Alhamdulillah semenjak aku berpindah ke taiping ini, amalan membeli di kedai Melayu Islam ini sudah mula aku amalkan....'Siapa Lagi Kalau Bukan Kita'....Wallahualam
aku setuju.aku sndri pon selalu beli di kedai Malayu atau kedai org Islam sendi.so aku harap yang lain2 pon same jugak.bile lg nk mule kan :)
BalasPadambetul bro..kalau bukan kita sapa lagi...nak mengharapkan bangsa lain..aku rasa kalo tak bersebab tak mau nyer dorang nak datang...
BalasPadam