Salam
Hari ini satu kejadian menggemparkan berlaku di sebuah taman asuhan. Kejadian sebegini sebelum ini acapkali terjadi di luar negara, namun hari ini ia telah berlaku di Malaysia pula. Seorang pemuda menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong sebagai tebusan. Maklumat mengatakan pemuda tersebut akhirnya meninggal dunia kira-kira pukul 9.15 malam di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Memang mendebarkan berita ini bila ditonton di kaca televisyen.
Dengan hanya bersenjatakan tukul besi, lelaki yang dikatakan kurang siuman telah mendesak pihak polis menyerahkan pistol kepada beliau atau kanak-kanakyang dijadikan tebusan akan dibunuh. Drama tebusan ini berakhir kira-kira pukul 3.45 petang setelah pasukan UTK bertindak dengan menembak pemuda tersebut dan menyebabkan beliau cedera parah.
Adoiyaii, Pastinya perasaan ibubapa kanak-kanak yang menjadi tebusan berdebar-debar dengan situasi yang diluar jangkaan ini. Kalau aku tak tahulah macamana nak buat, mesti hilang akal sekejap. Syukur Alhamdulilah semuanya selamat.
Entahlah keadaan zaman sekarang semakin lama semakin teruk rasanya. Kerap kedengaran orang membuang anak, merompaklah, merogol, menculik, membunuh dan banyak lagi yang terjadi. Manusia dah semakin lupa dan semakin ramai yang sakit jiwa kut. Apa pandangan korang? Adakah sekarang semakin ramai manusia mengalami masalah sosial dan mental yang kritikal?
* Pada pandangan aku ya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan