ReviewMe

Ahad, 10 Julai 2011

Marah!!! Apa Kes?

Salam

Mula2 aku nak tergelak juga dengan sebahagian rakan2 yang cepat marah, baran tak tentu pasal, mudah melenting, jiwa dan emosi tak menentu, emosi mudah terganggu, rasa diri dia aje betul, taksub membuta tuli, berfikiran singkat, pendapat orang lain tak mau terima dan berfikir yang bukan2.

Manusia dan insan macam ni ramai yang wujud dan kita sendiri pasti akan selalu berjumpa dengan insan2 yang begini. Marah dan mudah melenting, tapi takpe la manusia ni kan pelbagai, bila dah bermacam ragam barulah dunia ni berwarna warni tak gitu. Kalau takde manusia yang macam ni macam mana kita nak menguji tahap kesabaran dan kematangan kita.

Aku sebenarnya nak menulis perkara berkaitan MARAH dan punca2nya. Bukan apa sekadar berkongsi dan mengambil iktibar untuk diriku sendiri khususnya. Almaklumlah sebagai manusia aku menyedari kekurangan diri sendiri. Manalah tau akan kejap lagi ke, esok ke, bulan depan ke , tahun depan ke atau bila2 masa nanti aku pulak nak jadi  pemarah dan memarahi, boleh la aku mengikuti kawalan dan memahami erti ke MARAH an itu.

Korang sakit ati, tak puas ati, marah dan bengang pada sesiapa? pada aku ke? relaks, relaks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, emosi dan perasaan amarah korang tu. Sebab kalau korang marah dan bengan macam mana sekalipun ianya tak akan membantu apa2 pun. Ianya akan merumitkan lagi keadaan, hati bertambah sakit, kepala bertambah berat, tekanan darah meningkat dan ada kemungkinan telinga korang akan keluar asap...Jadi cubalah kawal kemarahan walaupun aku akui ia amat sukar.

Marah mempunyai perkaitan rapat dengan stres atau tekanan perasaan. Kemarahan juga boleh mencetuskan kelakuan agresif. Ini akan mendorong manusia untuk bertindak ganas, terjebak ke kancah pergaduhan, peperangan, penganiayaan, penindasan dan pembunuhan.

Ketika seseorang itu sedang marah, jantungnya akan berdegup dengan lebih cepat dan turun naik nafasnya semakin pantas. Hal ini meningkatkan metabolisma badan, menjadikan kekuatan manusia meningkat untuk seketika. Suara akan menjadi lebih kuat, mata terjegil dan wajah bertukar menjadi merah padam

Manusia ini terdapat dua jenis. Pertama, jahil, iaitu manusia yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa dia telah menyebabkan seseorang itu berasa marah. 

Kedua, syaitan, iaitu manusia yang tujuannya menyebabkan orang lain berasa marah. Kategori pertama itu boleh ditegur. Kategori kedua itu, agak pelik sedikit kerana sememangnya sifat syaitan, mahu melihat manusia tidak berada di dalam keadaan bahagia.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: 
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Sekiranya seseorang itu membuatkan korang berasa marah, maka hendaklah dia ditegur terlebih dahulu. Perundingan dan perbincangan boleh dibuat pada peringkat awal. Perbincangan hendaklah fokus kepada punca kemarahan. Apakah yang membuatkan seseorang itu berasa marah terhadap seseorang yang lain?

Adapun punca kemarahan yang sukar diubati adalah kemarahan yang dicetuskan oleh perasaan dengki. Dalam kes ini, seseorang manusia berasa marah kepada seseorang kerana diasak perasaan hasad dengki. Hasad dengki ini adalah salah satu sifat syaitan.

Dalam kes ini, sekiranya ada sesiapa yang berasa marah kerana hasad dengki, maka hendaklah kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya hasad dengki itu lahir kerana lemahnya hati melawan hasutan syaitan. Hati yang lemah boleh dikuatkan dengan zikir dan istighfar. Apabila kita beristighfar, maka kita memohon ampun kepada Allah. Semoga terlindung daripada hasutan dan perangkap syaitan.

Kemarahan juga boleh dipadamkan dengan wuduk atau air sembahyang. Rasulullah bersabda bermaksud: 
"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)

Bagi kes berasa marah kerana perbuatan seseorang yang jahil, kemaafan adalah jalan yang terbaik. Ini kerana pesalah melakukan kesalahan tersebut secara tidak sengaja. Dengan memaafkan seseorang, tekanan perasaan atau stress akan beransur-ansur hilang.

"Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)." - Jaafar bin Muhammad.

* Marilah kita bersama2 berazam untuk mengawal emosi kemarahan dalam diri kita. Sesungguhnya marah itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada diri kita. Mudahlah tersenyum dan jangan terlalu emosi...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...