ReviewMe

Isnin, 4 Julai 2011

Siapa Kongsi Gelap?....

Salam

Baru2 ini cerita Kongsi dan KL Gangster sudah pun ditayangkan kepada umum dan dengan kutipan pecah panggung yang diperolehi sudah pasti menggembirakan hati semua tenaga kerja produksi tersebut. Walaupun cerita2 itu telah membuatkan satu pertubuhan meluahkan rasa tidak puas hati dengan jalan ceita yang ditonjolkan namun perkara tersebut dengar khabarnya sudah diselesaikan secara baik.

Baguslah begitu, ini kerana bagi aku jalan penyelesaian itu ada sekiranya kita masing2 berjaya mengenepikan ego  dan rasa bangga diri. Pihak yang membuat cerita tersebut sepatutnya merasa sensitif dan mengambil perhatian kepada pihak2 yang lain, walaupun nampak seperti secara kebetulan.

Aku bukan nak menjadi seorang pengkritik filem pada petang ini hehehe, apa yang aku ingin ceritakan adalah berkaitan juga dengan Kongsi dan Gangster namun lebih kepada informasi dan maklumat berkaitan kongsi gelap dan sejarahnya. Kita sedia maklum perkataan dan sejarah penubuhan kongsi gelap ini pada asalnya adalah dari bangsa Cina.

Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). 

Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.


Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887

Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja Abdullah

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".


Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina


1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China SelatanKebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.


Tukang gunting Cina di Malaya pada tahun 1876

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersamaOrang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.


3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa. Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.


Pelombong Ghee Hin

4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri SelatSikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.


Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina

1. Sebelum tahun 1867Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

Senjata yang digunakan ketika peperangan Larut antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin

2. Selepas tahun 1867


a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. 
Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.


b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.


c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.


d. Kelulusan Undang-undangDua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan


e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889. Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.


Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.


Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:


DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69 Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun. 
atau 
Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad di sesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.


* aku rasa orang Melayu lagi advance sekarang ni..


sumber 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...