Salam
Dalam dunia ni ramai manusia yang berperangai pelik dan yang membuatkan ia lebih pelik di sini adalah manusia2 itu merupakan antara orang2 yang berada dalam senarai jutawan. Bila di sebut jutawan sudah semestinya mereka ini adalah manusia yang berjaya mengubah cara hidup dan menikmati kesenangan hasil dari kepayahan mereka berusaha.
Namun dalam masa yang sama sikap dan tingkahlaku yang mereka pertontonkan kadangkala membuatkan manusia lain akan memperkatakannya. Pelik dan aneh, tetapi itulah tingkahlaku manusia yang kita sendiri tidak mampu membuat tafsiran dan agakkan....
Ikuti cerita berikut :
1. Jutawan yang ditangkap kerana selalu berak di kaki lima.
Bertahun lamanya, North Ryde, yang mengusahakan sebuah restoran berasa bingung dan bagai nak gila apabila datang ke kedainya untuk memulakan perniagaan di pagi hari dan mendapati ketulan-ketulan najis yang memenuhi kaki lima di depan restoran nya itu. Namun kali ini beliau nekad, dan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap orang misteri yang sanggup berbuat demikian kepadanya.
Taktiknya membuahkan hasil apabila sempat merakamkan wajah manusia durjana itu tetapi menimbulkan 1000 satu persoalan apabila rakaman itu dimainkan berulangkali dan pihak polis mendapati lelaki berkenaan adalah seorang jutawan yang bernama Salvatore Sam Cerreto. Beliau adalah seorang pengusaha hartanah berusia 71 tahun dan di dalam video tersebut sangat jelas dan nyata beliau berjalan-jalan sambil membawa tisu tandas, mencangkung dan melepaskan hajatnya itu didepan kedai tersebut.
Menurut laporan, ramai lagi yang menjadi mangsa perbuatan pelik jutawan tersebut dan mereka merasa sangat lega kerana mimpi ngeri mereka selama 4 tahun akhirnya tamat setelah jutawan itu ditahan untuk tindakan selanjutnya.
2. Jutawan yang membuka Bank Sperma dan mengumpul sperma-sperma dari pemenang anugerah Nobel.
Robert Clark Graham telah membuka Bank Sperma sekitar 1980 yang bertempat di San diego dan hanya menerima sperma daripada pemenang-pemenang anugerah Nobel dengan harapan dapat mengumpul baka-baka terbaik dari seluruh dunia.
Namun begitu, usahanya itu semakin tidak berbaloi dan hasratnya tidak kesampaian memandangkan usia pemenang-pemenang anugerah Nobel sudah lanjut dan tidak mampu memberikan jumlah yang optimum kepada banknya itu.
Graham kemudiannya terpaksa mengurangkan kriteria kepada yang ingin menderma namun masih agak keterlaluan apabila penderma mestilah melalui beberapa siri ujian IQ untuk layak menjadi penderma.
Kemudian, Graham sekali lagi terpaksa mengurangkan syarat-syarat membebankan itu dan membuka pula peluang kepada golongan atlit. Pada 1999, bank itu ditutup selepas beliau meninggal dunia.
Selama tempoh ia berfungsi, sejumlah 229 bayi dilahirkan dengan sperma-sperma genius itu, namun setakat ini tidak ada seorang pun yang menunjukkan ciri-ciri pemenang anugerah Nobel. Ironi..
3. Jutawan dalam dunia maya, Online Game: Second Life.
Second Life adalah sejenis online game yang di usahakan oleh Linden Lab dimana pengguna boleh memulakan hidup baru disana dengan membuat kerja, berniaga dan juga bersosial. Permainan ini dilancarkan pada 23 june 2003 dan mempunyai sehingga 20 juta orang pengguna berdaftar.
permainan ini juga dilengkapi dengan matawangnya sendiri dimana pengguna boleh menukar 1 USD kepada 250-275 Linden Dollar yang hanya boleh digunakan didalam permainan tersebut. Seorang bekas guru dari China yang bernama Ailin Graef mula bermain permainan ini pada tahun 2004 dan kini beliau telah memiliki sejumlah wang sebanyak 300 juta Linden Dollar yang juta bersamaan melebihi 1 juta USD.
Ailin menggunakan wataknya yang bernama Anshe Chung untuk membeli tapak-tapak dan tanah terbiar di dalam dunia maya itu untuk dimajukan dengan secara membina kawasan perumahan di atasnya yang mana kemudiannya dijual kepada pengguna yang lain.
Kini Ailin mengupah 10 orang programmer untuk bekerja dibawahnya dalam usaha untuk memajukan lagi tanah-tanah terbiar. Ailin juga diiktiraf sebagai orang yang pertama mencapai aset sebanyak itu dan orang yang paling berjaya didalam kehidupan keduanya walaupun didunia realiti dia hanya lah seorang bekas guru.
4. Jutawan yang mendermakan seluruh hartanya hanya kerana dia tidak gembira.
Karl Rabeder, dibesarkan dari keluarga yang serba kekurangan dan selalu bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya apabila besar nanti.
Rabeder kemudiannya menderma seluruh harta-hartanya itu yang merupakan sebuah villa menghadap tasik di Alps, Estate sebanyak 42 ekar di France, 6 buah Glider, kereta-kereta mewah, dan beberapa lagi rumah miliknya. Kesemua hartanya itu didermakan ke beberapa buah badan kebajikan di beberapa negara.
Rabeder kemudiannya membawa diri ke tanah terbiar dan membina sebuah pondok kecil di Innbrucks, Austria dan hidup dengan gembiranya disitu. Menurut beliau, duit adalah penghalang kebahagiaan dan banyak memberi masalah untuk diselesaikan.
5. Jutawan yang juga merupakan seekor anjing.
Gunther IV nama diberi, dan beliau merupakan anjing terkaya didunia. Gunther IV adalah seekor anjing jenis German Shepherd dan mewarisi harta yang banyak dari ayahnya Gunther III. Manakala Gunther III pula mewarisi harta tersebut dari seorang bangsawan German yang bernama Karlotta Liebenstein.
6. Jutawan yang jual rumahnya untuk tinggal bersama suku kaum di Kenya setelah diangkat menjadi ketua.
Graham Pendrill adalah seorang saudagar barang-barang antik berasal dari Bristol, UK. Beliau yang merupakan seorang bujang berusia 57 tahun dan beliau kini ingin menjual rumah agam nya yang berharga 1.2 juta pound sterling untuk tinggal bersama suku kaum Masai dari kenya setelah mereka mengangkat beliau menjadi Elder of the Tribe.
Kisahnya bermula daripada Graham melawat negara tersebut tahun lepas dan telah menyelesaikan permasalahan antara suku kaum disana. Kaum Masai kemudiannya berhutang budi kepada beliau dan mengangkatnya menjadi seorang dari ahli suku kaum tersebut.
Sebelum menjadi ahli kaum, Graham menjalani ritual minum air kencing lembu dan seekor lembu telah dikorbankan khas untuk jasanya.
Setelah pulang ke kampung halaman, Graham sering dilihat berpakaian ala-ala suku kaum tersebut dan bersandal walaupun dengan statusnya sebagai jutawan. Rancangan seterusnya untuk beliau adalah untuk menjual rumahnya di Bristol itu dan berpindah kembali ke puak Masai yang dijangka akan berlaku pada hujung tahun ini.
7. Jutawan macho yang ingin membeli bandar di Bulgaria dan ingin menukarkannya kepada namanya.
Jutawan sexy ini, Scott Alexander, merupakan diantara jutawan yang paling banyak membuat kontrovesi sehingga beliau digelar sebagai Brittains biggest spender dan juga the most vain man in Brittain. Beliau pernah dilaporkan suka berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga 7000 pound sterling hanya untuk barangan solekannya untuk seminggu.
Kini beliau kembali dengan kontrovesi barunya iaitu ingin membeli sebuah bandar di Bulgaria dan menamakannya Alexander bersempena nama keluarganya.
Bandar Alexander akan dijadikan tempat mempromosikan produk-produk kecantikan seluruh dunia.
Saya memilih Bulgaria kerana namanya yang agak susah untuk disebut, lagipon Alexander lebih senang untuk disebut dan lebih segak., tambahnya lagi.
8. Jutawan yang juga seorang jururawat dan tidak mahu berhenti menjadi jururawat.
Seorang jururawat yang telah memenangi wang tunai sebanyak sejuta pound sterling memalui rancangan realiti The Vault telah memutuskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berhenti daripada menjadi jururawat walaupon gaji jururawat hanya lah 25,000 pound sterling setahun.
Karen Shand yang bertugas di Hospital Kirkcaldy, Scotland itu telah memenangi wang tunai sejumlah itu apabila berjaya menjawab 6 soalan dengan betul dan beliau adalah orang yang pertama mencapai kemenangan setinggi itu melalui rancangan tersebut.
Jururawat yang berusia 40 tahun itu berkata bahawa wang sebanyak itu mungkin akan mengubah hidupnya tapi tidak sesekali akan mengubah siapa dirinya.
9. Jutawan yang tiada tempat tinggal (homeless).
Nicholas Berggruen bukan lagi bertaraf millionaire akan tetapi billionaire. Namun jejaka ini hilang minat terhadap memiliki sesuatu kerana baginya memiliki sesuatu bukanlah hebat mana malahan adalah sesuatu beban kepada manusia. Oleh sebab itulah beliau tidak memiliki sebarang kereta mewah, rumah dan lain-lain.
Beliau membungkus segala barang-barang penting dalam hidupnya, menjual kondominiumnya di New York, menjual rumah agamnya di Florida, dan menjual satu-satunya kereta yang dia ada dan memulakan kehidupannya dengan menginap di hotel.
Kesemua hartanya itu akan didermakan di beberapa buah badan kebajikan dan koleksi seninya pula didermakan kepada sebuah muzium di Berlin. Anggaran yang dibuat oleh majalah Forbes pada tahun 2010 mendapati hartanya bernilai 2.2 billion USD.
10. Jutawan yang menyuruh anaknya bekerja sambilan di MacDonalds.
Perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, menghantar anak perempuannya untuk bekerja di MacDonalds untuk mengajar anaknya tentang susah payah untuk mendapatkan duit. Thaksin juga kadang-kadang akan berhenti di restoran tersebut untuk membeli makanan dari anaknya sendiri.
Thaksin juga turut berkata bahawa jangan memberi layanan istimewa kepada anaknya itu dan hendaklah dilayan seperti pekerja-pekerja yang lain. Dan jika perlu, suruhlah dia mop lantai sama seperti pekerja yang lain juga.
* macam2 perangai manusia ni ada, yang dah kaya dah tak mau kaya, yang miskin berangan nak kaya tapi usaha tak mau......asyik nak mengharapkan bantuan aje...bila tak dapat salahkan orang lain, mengeluh susah....
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.!
BalasPadamye tepat sekali...setuju2
BalasPadam