Salam
Setiap orang Islam perlu belajar membaca Al-Quran, kerana Al-Quran adalah petunjuk kepada kita semua dan relevan untuk sepanjang zaman. Zaman aku mula-mula belajar alif ba ta dulu, aku belajar menggunakan Muqadam, tapi sekarang ni dah tak ramai guna Muqadam mungkin kerana buku-buku seperti 'iqra' dan 'qiraati' lebih membantu dalam pembelajaran membaca Al-Quran. Teknik2 yang baru juga acapkali diperkenalkan dalam proses pembelajaran Al-Quran.
Zaman dulu, budak2 seperti aku akan belajar muqadam dengan ustaz2, ustazah2 dan orang2 tua yang memang dikenali sebagai orang yang mahir mengaji dan membaca Al-Quran. Kami akan ke rumah mereka sedari umur 5 tahun lagi. Waktu selepas maghrib adalah waktu yang aku dan abang aku gunakan untuk mengaji pada masa itu. Berbekalkan lampu suluh, kami akan meredah kepekatan malam (kat kampung banyak pokok2 lama, bila senja dah gelap gelita macam malam, mana ada lampu jalan macam sekarang ni ) menuju rumah tok guru.
Selalu aku akan di tinggalkan di belakang pada waktu balik kerana abg dan sepupu aku akan lari meninggalkan aku untuk sampai cepat ke rumah, menjerit juga la waktu tu sebab takut hantu..( aku kan kecik lagi ) hehehe. Banyak juga kenangan sewaktu mengaji Al Quran ini, bila ada masa terluang nanti Insyaallah aku akan berkongsi kenangan itu.
Apa-apa pun, itu cerita zaman kanak-kanak, bila dah besar dan dibawa arus masa kebanyakan orang sudah lupa dengan tajwid-tajwid, dan teknik yang betul ketika membaca Al-Quran bahkan ada juga orang yang gagap dan sudah lupa dengan huruf-huruf jawi, ini adalah realiti, bukan dengan niat mengutuk atau mengkritik sesiapa.
Ada juga orang yang terlintas untuk belajar membaca Al-Quran kembali kerana sudah terlupa tajwid, tetapi malu disebabkan faktor umur, inilah yang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita, terlebih malu itu menjadi kelemahan dan kekangan orang Islam di Malaysia. Kepada sesiapa yang berniat untuk belajar membaca Al-Quran, carilah peluang sebaiknya.. janganlah malu..
Tidak lupa juga, kepada cikgu-cikgu yang boleh dan layak mengajar membaca Al-Quran, janganlah garang sangat kepada individu yang sudah berumur ni, sebab pernah berlaku ada hamba Allah nak mintak belajar membaca Al-Quran dengan seorang ustaz, ustaz tu cakap "jadi selama ni kamu tak reti baca jawi lah ya? habis tu macam mana kamu sembahyang selama ni?".. bila keluar aje kenyataan macamtu, bukan hanya hamba Allah itu aku juga lemah semangat dan tidak jadi nak belajar. Apatah lagi kalau ada pulak dikalangan bukan Islam yang mendengar nya. Apa persepsi mereka pada agama kita?
Bagi aku ustaz pun manusia biasa jugak, takleh lari dari kesilapan, mungkin ustaz tu tak sedar dia telah melemahkan dan merudumkan semangat orang yang mahu dan ingin nak belajar membaca Al-Quran.
* Kalau ada tersilap kata, betulkan aku dan maafkan aku ya.Aku hanya memberi pandangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan