ReviewMe

Isnin, 1 Ogos 2011

34 Minit Sehari Sahaja....

Salam

Subuh 2 rakaat, Zohor 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat dan Isyak 4 rakaat. Jadi berapa rakaat kita solat dalam sehari? jawapannya cuma 17 rakaat. Sekarang, berapa lama pula masa kita peruntukkan untuk bersolat setiap waktu?

Katakanlah untuk setiap rakaat, kita anggarkan selama 2 minit, sekarang kawan2 darabkan 2 minit dengan 17 rakaat ( 2 minit X 17 rakaat = 34 minit ). Bermakna cuma 34 minit yang kita perlukan daripada 24 jam sehari untuk menyembah NYA. Jumlah 24 jam jika ditukar kepada minit ialah 1440 minit. Masa sebanyak 34 minit yang kita gunakan itu hanyalah 2.4 % daripada jumlah keseluruhan daripada masa yang kita lalui dalam sehari.


Bermakna kita hanya peruntukkan 2.4 % waktu sehari semalam untuk mengadap dan menyembah NYA. Cuba kita kira berapa lama kita menelefon atau mengadap televisyen setiap hari?


Mari kita lihat julat kiraan dalam seminggu pula. Seminggu ada 7 hari, jika kita perlukan 34 minit sehari untuk bersujud kepada NYA, darabkan 34 minit dengan 7 hari itu ( 34 minit X 7 hari = 238 minit ). Ye itu lah masa yang kita gunakan dalam seminggu untuk mengadap NYA. Berapa lama pulak kita mengadap komputer dalam seminggu? ataupun menjalankan urusan2 peribadi?


Bagaimana pula kalau sebulan? Darablah jumlah itu dengan jumlah minggu dalam sebulan, ada 4 bukan. Jadi 238 minit di darabkan dengan 4 minggu, jumlahnya 952 minit sebulan. Itulah jumlah masa yang anda perlukan dalam sebulan untuk menyembah Allah SWT. Ha, sekejap bukan.!!


Itu baru sebulan, bagaimana pula kalau setahun? Jadi kawan2 darabkan 952 minit tadi dengan 12 ( 952 minit X 12 bulan = 11 424 minit ). Sekarang minit itu kita tukarkan dengan jam, jawapannya baru 190.4 jam setahun dan kita tukarkan dengan julat hari iaitu ( 190.4 jam dibahagi dengan 24 jam = 7.93 hari sahaja. 


Ini bermakna kita hanya perlukan lebih kurang seminggu daripada jumlah masa dalam setahun untuk mengadap Yang Maha Esa..


Terlalu sedikit bukan? Masa kita melepak, bersembang kosong, mengadap komputer, ber 'sms' berfacebook dan macam2 aktiviti lain lebih lama dari itu..Sekarang mari kita kira dari segi umur pula. Kita ambil secara purata, jangka hayat usia manusia sehingga 60 tahun. Daripada 60 tahun kita tolak 10 tahun iaitu masa terawal sebelum akil baligh. Bermakna tinggal lagi 50 tahun usia manusia.


Sekarang cuba bayangkan dalam usia 50 tahun itu, berapa jam kita perlukan untuk melaksanakan solat 5 waktu sepanjang hidup kita.?


Sebelum tadi kita telah memperoleh dalam setahun kita perlukan hanya 190.4 jam untuk bersolat, jadi darabkan 190.4 jam tadi dengan 50 tahun. Jawabnya 9 520 jam dan bila ditukarkan kepada hari, ia lebih kurang 396.7 hari sahaja, iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun.


Bayangkan dalam jangka masa 50 tahun hidup, cuma setahun sahaja diperlukan untuk kita  menyembah, mengadap dan sujud kepada Allah SWT dalam solat 5 waktu itu. Bagaimana kita?......


Sebenarnya terlalu sedikit waktu yang Allah minta untuk kita menyembah NYA berbanding dengan apa yang kita sudah perolehi dalam hidup ini. Terlalu banyak kenikmatan hidup yang telah Allah berikan kepada kita. Terlalu besar pemberian dan anugerah NYA kepada kita sepanjang hayat kita bernafas di muka bumi NYA ini. Bersyukur kah kita? beramalkah kita? tunduk dan sujudkah kita?


Masa kita berhibur, melancong, berjalan2, bekerja, beraktiviti, bersembang kosong, menabur cerita bohong, membuat cerita2 sensasi, menceritakan keburukan orang, mendengar ceramah memburukkan orang, melepak dan sebagainya tentulah berganda2 jumlahnya berbanding solat 5 waktu. Jadi marilah kita bersama2 berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jangan kita bazirkan masa hidup kita begitu sahaja dengan perkara sia2.


* sumber


* Kita sebenarnya masih ada masa dan peluang......


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...