ReviewMe

Isnin, 8 Ogos 2011

Siapa Lagi Nak Pertahankan Kalau Bukan Kita

Salam

Sejarah sudah membuktikan yang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan agama Islam sama sekali. Usaha2 yang berterusan akan dilakukan dalam proses menarik orang Islam ke arah agama mereka. Usaha ini dijalankan samada secara sedar atau tidak, rasmi atau tidak rasmi. Pihak2 ini sedar umat Islam tidak dapat ditewaskan di medan perang, jadi usaha2 ini dijalankan secara terancang menggunakan kaedah yang lain pulak..Sudah lama sebenarnya usaha ini dijalankan. Sebagai contoh apa yang terjadi di Selangor baru2 ini.

Aku merujuk kepada kes yang telah terjadi di GMDU. Seramai 12 orang Islam telah didapati berada dalam gereja itu..untuk apa? macam2 versi yang kita dengar namun penjelasan yang diberikan oleh Datuk Dr Hasan Ali adalah terdapat usaha2 untuk mendakwahkan orang Islam ini ke arah agama kristian dan pengakuan yang dibuat oleh seorang perempuan beragama Islam yang turut berada pada majlis itu mengiakan apa yang didakwa oleh Dr Hasan Ali.


Ini buktinya....maklumat lanjut boleh BACA SINI




Yang menyedihkan sikap seorang MB Melayu beragama Islam yang terus tanpa pertimbangan sewajarnya menghubungi pihak gereja tersebut dan meminta maaf atas apa yang terjadi. Sedangkan perkara tersebut baru sahaja berlaku dan masih dalam siasatan. Atas sebab apa MB ni boleh bertindak sedemikian? bagi aku memang sah2 dia ni sudah menjatuhkan martabat orang Islam. Amat memalukan tindakannya. Beginikah layaknya seorang pemimpin Islam di sokong?
petikan dari malaysiakini

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan. Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf. Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP agaknya.

Dan yang lebih bagus dan cemerlangnya ada pulak puak2 yang begitu mudah membuat pertimbangan menunding jari ke pihak lain dan media kononnya kes ini terjadi atas perancangan dan muslihat pihak tersebut untuk menutup kes yang lain...pulak dah!!!..apa ke teruk benar sebahagian pemimpin Islam yang mendakwa mereka ini insan terpilih dan pejuang Islam tulen. Sedangkan yang mempertahankan tindakan pihak JAIS itu adalah dikalangan pemimpin dari pihak mereka.

Aku begitu sedih dengan kecaman, tohmahan dan tekanan yang diterima oleh Datuk Dr Hasan Ali atas pendirian beliau dalam kes ini. Dimana kah orang2 dalam puak mereka dulu yang menyanjungi Dr Hasan sewaktu kemasukan nya kedalam puak mereka? Hilang sudah budi dan jasanya hanya kerana sebahagian pemimpin puak ini mengikut telunjuk puak lain dan untuk mengelakkan kehilangan undi dari bukan Islam...

Penerangan dan penjelasan yang beliau berikan tidak cukupkah? Sedangkan portfolio hal ehwal agama dipegang oleh Dr Hasan sendiri. Perlukah pulak mendengar penjelasan dari pihak JAIS sedangkan mereka sendiri mengatakan parti politik tidak boleh mencampuri urusan jabatan kerajaan. Ini lah yang dikatakan 'cakap tak serupa bikin'. Bila terkena pada puak mereka segalanya boleh, andai terkena kepada puak yang bukan seangkatan habis segala benda dikatakan tidak betul, kecoh seluruh negara.....kasihan.......kasihan!!!

Baca pulak SINI ( kupasan yang sangat menarik )

Tidak dinafikan terdapat juga kepepaklencongan yang terjadi dalam urusan umat Islam di Malaysia ini. Sepatutnya pihak berwajib dari jabatan samada persekutuan atau negeri yang menguruskan hal ehwal orang Islam memainkan peranan lebih fleksibel dalam menangani isu ini. Lihat statistik kutipan zakat pada tahun 2009

Perlis 29 j
Kedah 67.5 j
Penang 47.9 j
Perak 67.1 j
Kelantan 66.5 j
Terengganu 73.5j
Pahang 71.8 j
Selangor 283 j
Kuala Lumpur 248j
Johor 109j

Bagaimana pula pendapatannya pada tahun 2010 dan 2011 ? Apa pula jumlah pendapatan tahunan sepanjang tahun 2000 hingga 2009? fakta ini membuktikan iltizam umat Islam dalam membantu sesama islam tak pernah kering dan susut. Sebaliknya bantuan ini bertambah dari setahun ke setahun. Kelemahan dalam urusan pengagihan bantuan kepada umat Islam yang memerlukan perlu diperbaiki. Kurangkanlah karenah birokrasi.

Tidak kiralah siapa pun, atas kapasiti umat Islam kita perlu mengambil berat usaha2 pihak yang ingin melihat kehancuran umat Islam. Jangan nanti kerana mahukan kuasa segalanya di korban dan dijual kan. 

Kuasa urusan agama Islam di Malaysia ni di tangan Raja2 Melayu. Aku berharap Majlis Raja2 dapat berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Manakala pemimpin2 Islam bersatulah tidak kira ideologi mana yang kamu pegang. Agama ini perlu dipertahankan, akidah umat Islam perlu dipertahankan. Janganlah menunding jari sesama sendiri, kelak ia tetap terpalit kemuka kita jua. Janganlah kerana KUASA kita gadaikan maruah kita ini.

* Siapa lagi kalau bukan kita....








2 ulasan:

  1. betul betul.sokong 100%.baitulmal & pusat zakat tak buat kerja & bg bantuan yg sewajarnya.jadi bila org jadi benci pd Islam dan keluar Islam hendak disalahkan org lain pula.syabas dr.Hasan Ali.Islam perlu dipertahankan.

    BalasPadam
  2. tepat bro cume yang aku jadi sedih dalam kebanyakan pekerja yang bekerja dijabatan agama ni ramai dikalangan mereka merupakan penyokong pembangkang yang pandai bercakap bab agama dan melihat buruknya kerajaan tapi diri sendiri..hm tak tau la nak cakap..walau bukan semua tapi ramai dari kalangan nya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...