ReviewMe

Rabu, 3 Ogos 2011

Ada Udang Disebalik Mee..


Salam

Mungkin entry kali ini gambarannya agak berat, aku pada mulanya enggan juga nak menulis dan menyentuh tentang isu2 yang berat dan memeningkan kepala ni. Tapi entah kenapa, aku merasakan dan terdetik di fikiran aku semacam ada sesuatu yang sedang berlaku di negara kita ini, berkaitan beberapa isu yang dimainkan, diputarkan dan di war2kan sentiasa. Seolah2 ada agenda dan musabab yang di ingini seperti mana pepatah ' ada udang di sebalik batu'...

Apa yang ingin aku kongsi dan fikirkan bersama kali ini adalah berkaitan beberapa isu yang dimainkan oleh segolongan pihak bermula dari agenda perhimpunan haram BERSIH baru2 ini. Selepas itu beberapa isu berkaitan nombor dimainkan oleh pihak2 berkenaan, antaranya isu kerakyatan, isu PATI diberi kelayakan mengundi dan ada isu2 lain lagi. Bagi aku semua ini sekadar nak menimbulkan persepsi dan prasangka buruk rakyat.

Dan isu2 ini, bagi aku tidak lain dan tidak bukan berkaitan KUASA MEMERINTAH,. Kuasa untuk memerintah negara. Ini kerana jangkaan dan sudah pasti pilihanraya ke 13 Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Mandat kerajaan sekarang ini akan tamat pada bulan April 2013, jadi jangkamasa yang tidak berapa lama ini ingin digunakan sepenuhnya oleh puak2 ni untuk mengambil alih kuasa dengan harapan persepsi dan berita2 sebegini akan mengubah sentimen rakyat pada hari pengundian kelak. Isu2 yang dimainkan ini akan di ulang2 dan di rangka2 agar berterusan sehingga PR ke 13 nanti.

Seperti mana yang berlaku pada PR ke 12 2008 dahulu. Pada masa itu rakyat memang marah terutamanya orang Melayu dengan kepimpinan negara khususnya PM masa itu yang membuat begitu banyak keputusan yang meragukan, lemah lembut, terlalu memberi ruang kepada bangsa lain untuk meminta yang macam2 untuk kepentingan mereka. Kemudian pula pihak2 yang berkepentingan memainkan peranan dengan membuat pelbagai persepsi dan prasangka yang membuatkan rakyat bertambah marah

Akhirnya protes ditunjukkan di kertas undi dimana akhirnya kerajaan yang wujud pada masa ini tidak mendapat majoriti 2/3 untuk menjadi kerajaan yang kukuh. Pada masa itu kalau diikutkan pihak2 itu bukan lah kuat dan mendapat sokongan yang besar, cuma undi protes yang dilakukan menyebabkan mereka menyangka rakyat sudah memberikan sokongan kepada mereka.

Jadi persepsi yang sebegini mereka wujudkan sekarang dengan memainkan beberapa isu2 yang memungkinkan dengan harapan rakyat akan kembali terpengaruh. Mereka juga berharap agar kronologi2 yang mereka wujudkan ini berterusan walaupun belum tentu kesahihan dan kebenarannya akan menimbulkan perasaan tidak puashati dan prasangka buruk rakyat kepada kerajaan agar pilihanraya kelak berpihak kepada mereka....kerana segalanya mungkin.

Di tambah pula ada menteri yang memegang kuasa hanya berani melaungkan 'amaran' aku ulang 'amaran' dan tindakan akan diambil, namun semuanya hanya retorik. Belum kelihatan lagi satu tindakan yang keras diambil untuk segala yang telah rakyat laporkan. Kalau menteri begini wujud lagi pada masa akan datang aku rasa tidak mustahil undi protes akan terjadi sekali lagi. Bila lembut dan keterbukaan yang keterlaluan diamalkan untuk menjaga hati sesetengah pihak begini lah jadinya. Amaran demi amaran sahaja yang keluar tindakan entah kemana....

Jangan nanti bila sudah 'nasi menjadi bubur' baru mahu menyesal, ia sudah tidak berguna lagi.

* sama2lah kita fikirkan....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...