Salam
Bermula sahaja Ramadhan aku melihat begitu banyak iklan/banner yang di gantung untuk mempromosikan buffet oleh sekian banyak hotel2 yang wujud di negeri Perak ini khususnya bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Promosi ini bertujuan untuk memanggil umat Islam datang dan menikmati juadah berbuka puasa yang pihak2 ini sediakan. Berlumba2 mereka mempromosikan harga dan senarai menu yang pelbagai. Kalau diikutkan memang rambang mata dibuatnya. Aku nampak ada kepincangan dan sikap mudah ambil mudah pengguna Islam dalam isu ini.
Ye, isu halal dan haram, kita sebenarnya mengambil mudah isu halal haram dalam pemakanan kita pada masa ini. Walaupun demikian isu ini khabarnya semakin di titikberatkan oleh umat Islam dewasa ini, cuma mungkin ada yang mengambil sikap sambil lewa dengan beranggapan makanan yang tidak disajikan dengan daging babi adalah halal. Bukan begitu, kita mungkin tidak menyedari banyak produk yang mengandungi bahan yang diproses dari sumber yang tidak halal dicampur ke dalam makanan2 yang ada dipasaran.
Dibawah Perintah Perihal Dagangan (Akta Perlabelan Halal) 1972 dinyatakan bahawa ‘Halal’ merujuk kepada makanan yang:
- Bukan binatang atau bahagian binatang yang tidak dibolehkan dari segi syarak, serta perlu disembelih dengan cara yang mengikut syarak.
- Diproses menggunakan peralatan dan perkakas yang bersih serta tidak digunakan untuk memproses makanan yang tidak dobolehkan mengikut syarak
- Tidak mengandungi bahan tambahan yang tidak dibenarkan mengikut syarak
- Tidak disimpan atau dihidangkan bersama atau dekat dengan makanan yang tidak dibolehkan mengikut syarak.
Apa yang aku ingin ceritakan disini adalah berkenaan hotel yang menerima status halal di negeri Perak ini adalah amat2 menyedihkan. Dengan sekian banyak hotel yang wujud, bila disemak di laman web JAKIM, hotel yang mendapat status HALAL di Perak ini cuma 3 buah sahaja ( rujuk SINI ). Bagaimana kita sebagai umat Islam boleh berkeinginan ke hotel2 yang banyak tersebut untuk menjamu juadah berbuka puasa, sedangkan status halal pun mereka tak sanggup nak pohon dan perolehi.
Bagaimana kita boleh melihat isu ini sambil pejam mata sebelah, sedangkan perkara ini berlarutan sejak sekian lama. Kita sebagai pengguna perlu melihat isu ini dalam hubungkait setiap makanan yang masuk ke dalam rongga badan kita akan menjadi darah daging, dan akan diwarisi oleh zuriat kita seterusnya. Sebab itu Islam mengambil penekanan yang penting dalam isu makanan yang halal ini.
* sama2 kita fikirkan cara yang terbaik......
* sama2 kita fikirkan cara yang terbaik......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan