ReviewMe

Rabu, 10 Ogos 2011

Jangan Biarkan Perkara Ini Terjadi

Salam

Rusuhan yang berlaku di beberapa bandar di England bermula Sabtu lepas amat menarik untuk di kupas...Aku nak kaitkan kejadian itu dengan negara kita ini.. Rusuhan disana juga mengakibatkan seorang dari pelajar Malaysia cedera akibat di belasah dan disamun oleh perusuh2.

Mengikut cerita, pada mulanya para perusuh itu mahu berhimpun SECARA AMAN bagi membantah kematian seorang pemuda berkulit hitam bernama Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian berbalas tembakan 2 hari sebelumnya.


Dan yang lebih menarik si mati merupakan seorang ahli kongsi gelap (tak tau sahih atau tidak). Nampak disini seorang ahli kongsi gelap yang mati mampu menjadikan England ( negara yang dikatakan menjadi pelopor mendokong hak asasi manusia dan kebebasan bersuara ) huru hara dan kacau bilau..hehe...


Bayangkan Malaysia kalau tidak dikawal lebih awal, tidak dicegah dan di jaga, tidak mustahil menjadi begini..Yelah, kan ada dikalangan pemimpin di Malaysia ni menyatakan ramai rakyat yang tertindas dan hidup susah...lagi2 ada juga yang mengatakan Malaysia ni mempunyai pemimpin kejam dan zalim...Lagi dahsyat andai sume itu terjadi.....

Eh!! silap ni gambar kat Malaysia ( BERSIH )

Berbalik kepada isu pokok, kerana kematian pemuda itu bandar2 di England bertukar menjadi tempat rusuhan antara yang terburuk dalam tempoh 2 dekad. Bagi aku pulak mudah aje..mula2 memang lah nak berhimpun secara aman, tapi apabila sudah berkumpul dalam kumpulan yang ramai sudah pasti perasaan dalam diri mula bergelora. Ketidakpuashatian akan ditunjukkan, ada pulak yang melakukan provokasi maka lebih mudahlah amarah pun timbul maka akan terjadi segala yang mungkin terjadi



Bohonglah kalau dikatakan yang berhimpun boleh jadi aman andai isu yang dibawa boleh membawa kepada perasaan marah dan tidak puashati. Ni pengalaman aku sendiri..takkan jadi aman andai yang hadir berhimpun itu mempunyai pelbagai karakter yang kita sendiri tak tau. Mana mampu kita mengawal manusia lain lebih2 lagi berkumpul dalam kumpulan yang ramai..


Lainlah kalau perhimpun untuk majlis keagamaan contoh perarakan maulidur rasul ataupun yang seangkatan dengannya. Itupun kadangkala dirosakkan juga oleh sebahagian manusia yang memang dah rosak.


Lain kali polis di England boleh belajar dengan PDRM.. Buatlah langkah pencegahan awal dan jangan tertipu dengan slogan TUNJUK PERASAAN AMAN...Polis Malaysia bijak sebab tak tertipu dengan slogan2 aman, bersih, suci dan seangkatan dengannya...



Kalau kawan2 tengok antara polis Malaysia dengan polis England yang mana lebih kejam? paling teruk polis Malaysia pun setakat tengking, main asap dan air aje ( lepas ni bawa aje air dari loji kumbahan indah water). Lepas itu yang ditahan siap diberi makan ala2 orang kahwin lagi, mewah betul...itupun ramai yang kata kejam...sedangkan polis yang menjaga perhimpunan itu makan nasi bungkus aje....manusia2. 


Polis England punya tindakan yang aku tengok dalam siaran TV siap balun tak hengat punyer....bermandi darah lagi.. No mercy kata orang putih...agak2 lepas ni ada tak dari kalangan pemimpin mereka mengutuk tindakan polis itu....Ha sapa2 peguam dari Majlis Peguam yang nak buat kes pegi lah England...lapor kat pertubuhan hak asasi manusia ke..takpun Majlis Peguam boleh buat press confrence mengutuk tindakan polis....ada berani? hehehe


Janganlah kita mudah mengutuk, menghina dan menjatuhkan hukum tanpa berfikir secara rasional...Negara ini negara kita seburuk mana pun ia tetap tanah tumpah darah kita juga..Walaupun memang diakui ada yang tidak kena dan perlu diperbetulkan tapi bertindaklah secara berhemah.

* semoga perkara begini tidak terjadi di negara kita. Berfikir dan bertindaklah secara berhemah

2 ulasan:

  1. aku memg tabik ngn polis malaysia.. ttp bersemangt wat keje, biarpon dah terok kene kutuk lepas bersih aritu.papepon aku mmg stuju ngn statement "mula2 memang lah nak berhimpun secara aman, tapi apabila sudah berkumpul dalam kumpulan yang ramai sudah pasti perasaan dalam diri mula bergelora".. bg aku, baek cegah dari awal, sebelom huru hara besar terjadi. sbb klw da terjadi, byk doe yg kerugian dek kemusnahan.

    BalasPadam
  2. tepat sekali bro...negara kita pelbagai kaum..sekiranya perkara2 yang boleh mengganggu gugat keamanan lebih baik dicegah dari awal...cume masalah kita pada setengah pemimpin politik yang asyik membuat onar..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...