Salam
Aku ada berkira2 nak membeli TV yang baru setelah TV lama aku sudah kerapkali kehilangan suara...apa masalah yang terjadi aku pun kurang arif. Sedang menonton cerita2 best tiba2 aje suaranya hilang, memang mengganggu konsentrasi sungguh..hehe
Aku pun menjengahkan kaki ke kedai2 elektrik nak melihat2 TV yang baru, memang sekarang ni kegilaan orang adalah terhadap TV yang berskrin rata, rambang mata juga dibuatnya. Pelbagai jenama menawarkan harag2 yang ok. Cuma aku kurang mengenali jenis2 TV yang pelbagai ni. Kalau dulu senang aju TV besar tu tak kira berapa saiz pun sudah ok. Cuma jenama dan kualiti yang menjadi perbezaan.
Sekarang ni di tambah dengan teknologi yang semakin maju TV pun melalui perubahan, Pelbagai segmen TV wujud ada PLASMA, LCD dan LED. Ini semua kita kena ketahui apa perbezaannya barulah berbaloi untuk membeli. Sekitar 5 6 tahun dahulu TV yang begini sangat2 mahal harganya. Cuma seakrang ini dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin maju menyebabkan harga2 TV ni jatuh mendadak. Mampu milik la orang kata.
Jadi aku nak berkongsi pengetahuan yang baru aku dapat tentang perbezaan perkara tersebut. Bolehlah sama2 kita nilai dan fikirkan sebelum membeli, agar pepatah mengatakan 'alah membeli menang memakai' berbaloi2....
PLASMA
Berat sikit tapi selamat.
Harga murah sket dari LCD.
Burn in,masalah ni kalau bila tv kita mainkan imej statik terlalu lama,contohnya logo tv kat atas skrin tu bila terlalu lama sampai ada bekas kat situ.
Life span, ada jangka masa sebelum plasma tv korang jadi kurang cerah sehingga 50% dari asal.( Dalam selepas 17 tahun ).
Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon.
Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel.
Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulan phosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).
Skrin silau,terutama kalo korang letak tv ni berhampiran sumber cahaya macam tingkap ke.
LCD
Screen macam plastik.
Ringan. Kualiti gambar sama macam plasma.Kena teliti betul2 baru nampak perbezaan.Ada possibility utk dead pix.
kurang silauan lampu atau cahaya...kerana skrin bukan daripada kaca....risiko skrin pecah adalah sikit....
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton. Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.LED
Kualiti gambar cantik
Gambar kontrast tinggi sangat terang sebab setiap piksel dihasilkan oleh sebiji LED yang ade kaler biru,merah,hijau.kalo brand SHARP terbaru,die tambah kaler kuning.Jimat tenaga,sebab pakai LED yang tak banyak guna power.Bila nak wat warna hitam,die takyah nyalakan langsung piksel yang berkaitan.Life span panjang,kurang kepanasan dan saiz panel jadi semakin nipis.dan mesra alam sebab pakai mercury free technologi.
LED xde sama mcm TV biasa..kualitinya pula, bukan biasa2 aja..tapi luar biasa..LED punya teknologi guna lampu LED utk generate picture pada Skrinnya..bukan 1 lampu LED..tapi banyak giler..kalo semasa anda menonton filem @ drama dan pada masa itu, scene cerita itu memaparkan waktu siang ataupon memaparkan pelbagai warna..maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi atau mengeluarkan cahaya pada skrin LED TV.sebaliknya, jika pada masa itu, cerita itu mengisahkan tetang waktu malam, atau dalam hutan atau terowong gelap, maka hanya sesetengah lampu LED saja yg beroperasi..dan yg selebihnya tidak beroperasi..kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam..sebab itu, LED TV ini menjimatkan elektrik..lampu LED berfungsi hanya bila ada keperluan.jika dalam beratus2 lampu LED itu, ada 3-5 lampu LED yg pecah @ rosak..LED TV masih boleh beroperasi seperti biasa..cuma dari segi pengalaman, kita masih tidak tahu..sejauh mana lampu LED boleh bertahan.
* Moralnyer andai ada duit dalam kocek masing2...buatlah pilihan yang macamane sekalipun...hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan