Selasa, 2 April 2013

Siapakah Qarin ?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..

Khamis, 21 Mac 2013

Lama Sungguh Aku Meninggalkan Blog Ni Tanpa Dijengah2..



Assalamualaikum..

setelah hampir setahun aku meninggalkan rumah ku ini, hari ini entah kenapa hati ku terdetik nak menitip bait-bait tinta untuk sekian kalinya...

bukan aku tidak mahu mengemaskinikan blog ini, namun apakan daya kekangan masa dan juga kekeringan idea membantutkan niat ku untuk menitip butir2 bicara di blog ini.

setelah terlena dari mimpi yang panjang baru2 ini aku mendapat sedikit kekuatan untuk menulis kembali..adakah niat dan keyakinan ini akan berterusan, hanya Allah yang mengetahuinya..

adios

Rabu, 2 Mei 2012

INSIDEN KERETA POLIS PADA PERHIMPUNAN BERSIH


Salam

Sama2 kita nilaikan dengan pemikiran yang waras dan bukan dengan jiwa yang taksub. Cari kebenaran dan nilaikan dengan sifat yang boleh dan mampu menerima pandangan.

Allah kurniakan kita akal untuk kita berfikir dengan baik dan bukan mengikut semberono serta membabi buta tanpa mampu mentafsir dengan akal yaang waras.

Jangan kerana kita menyebelahi mana2 pihak sampai hilang pertimbangan dan tidak mau menerima kebenaran.

Rabu, 18 April 2012

Lama Sungguh Tak Menjenguk...

Salam

Setelah hampir 6 bulan aku tak mengupdatekan blog aku ni....arini ntah kenapa aku merajinkan diri menjenguk rumah yang telah lama aku tinggalkan...

Bukan tidak ingat, tetapi dek kerana kekangan waktu dan kesibukan tugas menghadkan aktiviti berblog aku.

Insyaallah andai ada kelapangan akan aku kembali ke arena ini semula...

Adios ahlan wasahlan....jumpa lagi :)

Ahad, 20 November 2011

Mentaliti Penyokong Indon....

Salam

Kesibukan yang melanda aku, menyekat aku dari menulis entri di blog aku ni. Insyaallah ada kesempatan akan aku nukilkan juga isu2 yang ingin aku ceritakan.

Hari ini aku nak menulis mengenai sukan sea yang berlangsung di indon sekarang ini dan isu yang aku nak tuliskan berkenaan tahap mentaliti penyokong2 indon.

Sukan diadakan untuk menzahirkan semangat setiakawan dikalangan negara anggota dan juga mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta, tetapi di indon sukan yang melibatkan malaysia seolah2 medan perang yang digunakan untuk mencaci maki dan menghina negara berdaulat malaysia ni.

aku pun kurang faham apa sebenarnya yang di cemburui dan di benci sangat oleh sebahagian penyokong indon kat malaysia ni. Mentaliti dan tahap pemikiran mereka macam orang tak bertamadun. buruk sangat kelaku dan sikap sebahagian mereka.

Sampaikan ada penyokong mereka menyerang peserta silat vietnam semalam. takkah itu dikategorikan macam geng2 yang duduk dalam hutan aje lagaknya....

Malam ni pasukan harimau malaya akan menetang pasukan mereka bersedia la untuk menerima segala macam kutukan dan hinaan.

* semoga berjaya skuad harimau malaya....

Khamis, 3 November 2011

Orang Bulan Taknak Buat Demo Ke?....


Salam

Sudah lama aku tak mengupdate blog aku ni, bukan kerana malas tapi dek halangan tugasan yang merencatkan untuk aku mengemaskini blog ini. Jadi hari ini dengan masa terluang yang aku ada, aku cuba juga menulis artikel yang sesuai dengan situasi sekarang.

Korang mesti sedar dengan isu 'Seksualiti Merdeka 2011' yang dikatakan sedang berlangsung sekarang ini di ibu kota.

Penganjur tidak lain tidak bukan, pemimpin2 dan NGO yang di puja oleh geng2 orang bulan.. siapa lagi kalo bukan Ambiga, Majlis peguam dan SUARAM.

Itu bukan kah geng2 yang menghuru-harakan kolumpo dalam BERSIH baru2 ni. 

Dan aku rasa tak lama lagi geng2 bulan pun nak join sekali kot dengan program yang tersebut tu...maklumlah penganjur kan geng2 dorang juga...dan dapat restu dari pemimpin2 yang mereka sokong....hahaha

Takpun aku nak juga bertanya, dorang ni tak mau buat demonstrasi membantah ke? berani ke agaknyer?hahahaha

* korang sendiri pikiorla yer......

Khamis, 27 Oktober 2011

KepadaMu Kekasih

Salam

Sejenak menghayati lagu ini...sangat syahdu dan menyentuh jiwa...Hayatilah ia...semoga anda mendapat sesuatu darinya....



Kepada Mu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

* Kepada Mu Kekasih aku serahkan jiwa dan raga jua segalanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...