ReviewMe

Khamis, 30 Jun 2011

Santai Petang - 11 Kisah Cerita

Salam 


Petang yang damai, setelah mencatatkan perkara yang serius, apa kata kita penuhi waktu senggang dengan membaca kisah2 yang malar segar begini...Mula kisahnya begini:


Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik 
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. 
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah 
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak 
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"


Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."


Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu" jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki 
itu dengan riang.


Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah 
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula 
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?"

Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"

* Begitulah al-kisahnya.haha yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan....

Pemimpin Kita Baik Hati atau Berlembut?

Salam

Apabila aku membaca artikel ini ( klik SINI ) apa yang bermain di fikiran kita? aku sendiri pun tidak menyangka terlalu lembut dan lembik tindakan yang kita ambil dalam menangani maruah dan martabat negara berdaulat ini. Tidak takut dan tidak berasa bersalah kah pemimpin2 yang memegang tampuk pemerintahan ini dengan tindakan negara jiran yang merasakan diri mereka hebat ini. Adakah tindakan diplomatik dan bantahan2 diplomatik selama ini dihormati dan di takuti?

Aku ingin tahu sama ada ATM terutama TUDM mempunyai keupayaan atau kelengkapan canggih untuk menangkis serangan udara, jika ianya berlaku, memandangkan kita hanya mampu membuat bantahan diplomatik apabila ruang udara dicerobohi oleh RSAF sebanyak 2,508 kali.

ATM sepatutnya menempatkan kelengkapan menangkis serangan udara termasuk peluru berpandu bumi-ke-udara, jika kita memilikinya, atau sekurang-kurangnya meriam penangkis pesawat di Johor sebagai satu amaran kepada RSAF agar tidak mencerobohi ruang udara Malaysia. Ataupun ada sebab musabab dan alasan yang kukuh untuk setiap tindakan berdiam diri selama ini? aku sendiri kurang arif.

Malaysia tidak boleh selama-lamanya 'beralah' tetapi mesti memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan dalam menangani sesuatu isu terutama yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Aku juga tertarik melihat jawapan Datuk Zahid mengenai pencerobohan oleh RSAF; iaitu pada tahun 2008 sebanyak 985 kali, 2009 iaitu paling banyak, 1,286 kali, 2010 sebanyak 218 kali dan 2011 dari Jan-Mei sebanyak 19 kali. Tiada angka yang diberi sebelum itu, mungkin tiada pencerobohan atau mungkin tidak dikesan oleh pihak pertahanan Malaysia.

Selain itu aku juga tertanya2 adakah operasi itu mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan malaysia..? dan jika ya benar mereka ada kebenaran, mengapa tiada amaran dikeluarkan terhadap mereka yang tinggal di persisiran pantai..? dan jika betul kebenaran dikeluarkan, apakah kelebihan yang kita dapat..? kita dapat jet ataupun kapal pejuang mereka percuma sebiji ke..?

Dan jika tiada kebenaran, atas sebab apa ruang udara kita boleh dicerobohi macam tu je..? adakah kerana semangat kejiranan, maka kita biar je negara kita yang berdaulat ini dipermainkan sentiasa..

Di lebuh raya Malaysia, kawan2 boleh lihat bagaimana 'bersopan santunnya' sebahagian rakyat mereka membawa kenderaan sehingga kita sendiri dengan 'rela hati' membenarkan mereka menggunakan kemudahan negara ini sewenang2nya, yelah..mana nak jumpa highway lurus dan lapang macam di negara mereka kan..

Hati kecil aku tertanya-tanya sama ada pencerobohan oleh RSAF akan berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir masih PM Malaysia. Aku berpendapat Singapura tidak berani untuk mencerobohi ruang udara Malaysia atau jika adapun mungkin jumlahnya terlalu sedikit.

Aku sebenarnya tidak mahu menyatakan bahawa pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah, walaupun itu satu kemungkinan dan itulah yang mungkin dirumuskan oleh rakyat. Tapi hati mana dan akal mana yang tidak tertanya2 jika keadaan itu berterusan tanpa tindakan. bukan?

Dan sekarang ruang udara kita..? lepas ni apa..? ada jalan khas untuk mereka di negara ni..? koc keretapi khas..? pusat membeli belah khas..? taman perumahan khas? tempat parking kereta khas..?hmm..kita mungkin terlalu baik dan lembut hati..

atau kita sebenarnya lemah..?

Ataupun memandangkan kenyataan Singapura kononnya pesawat mereka tidak pernah menceroboh kedaulatan negara Malaysia,sudah tentu pihak TUDM tersalah besar apabila menunding jari kepada pihak Singapura. Secara tidak langsung negara ultra kiasu ini memperlekehkan kedaulatan negara dan meremehkan dakwaan Menteri Pertahanan kita.

Justeru aku bersetuju dengan cadangan seorang blogger yang mencadangkan pihak TUDM menambak jatuh mana mana pesawat yang tidak dikenali asal usulnya atau bahasa mudah UFO yang menceroboh 2,058 kali ke ruang udara Malaysia. TUDM harus tembak jatuh UFO yang didapati menceroboh dan siasat pemiliknya jika benar ia adalah milik Singapura kemudian barulah kita suarakan bantahan. amacam setuju?

Apapun bagi aku, pemimpin Malaysia mesti memperlihatkan keberanian dan ketegasan dalam menangani isu keselamatan dan kedaulatan negara terutamanya pencerobohan ruang udara oleh RSAF atau mana-mana pasukan bersenjata asing. Jika perlu lepaskan tembakan amaran sama ada melalui sistem pertahanan udara daratan atau oleh pesawat pejuang, lakukannya demi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara.

* Aku sayang TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.....

Rabu, 29 Jun 2011

Fahaman Komunis..Ketahuilah

Tukul dan Sabit menjadi lambang fahaman ini
Salam

Semenjak dua menjak ini isu komunisma kembali bergema dengan tertangkap dan terbongkarnya berita mengenai satu kumpulan parti politik yang cuba membawa budaya subversif ini. Pihak ini dikatakan cuba menghidupkan kembali fahaman ini melalui penerangan dan ceramah dalam kumpulan kecil, edaran risalah2 dan tshirt2 yang melambangkan sokongan kepada bekas2 pemimpin fahaman ini baik dari dalam negeri mahupun luar negeri, penulisan rencana berkaitan fahaman ini dan pelbagai cara lain. Apa motif ini semua?

Bagi aku tidak lain dan tidak bukan ini adalah salah satu strategi untuk menghasut dan mewujudkan satu suasana ketidakstabilan yang boleh menyebabkan huru hara dan kacau bilau dalam negara ini. Apa yang aku fahami sebenarnya cubaan ini adalah salah satu strategi terdesak untuk mengembalikan sokongan kepada pihak2 ini. Ini kerana momentum yang dahulunya berpihak kepada mereka sudah semakin longgar.

Bila disebut sahaja komunis, fahaman komunis, ramai orang mampu menyatakannya namun adakah kita betul2 memahami konsep dan falsafah yang di amalkan oleh mereka ini. Kita mungkin mengenali Chin Peng, Karl Max, Mao Zhe Dong, Lenin dan ramai lagi pemimpin komunis ini. Apakah yang mereka amalkan? sesuaikah fahaman ini dengan umat Islam?, itu yang perlu kita renungi dan fahami betul2. Jangan kerana marahkan 'nyamuk kelambu pula dibakar' dan jangan pula kerana taksub kepada satu2 pihak yang kita sokong dan kita dokong hingga kita butakan mata, pekakkan telinga untuk merenungi dan mengetahui kebenaran.

Biarlah sokongan kita itu tidak membawa rebah. Berpada2 lah....

Apa itu Komunisma?

Komunisma adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalis. Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Max. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867 yang menjadi kitab pedoman bagi pengikut fahaman ini.


Dasar-dasar dan Pegangan


Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.

Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.

Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.

Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.

Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.

Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


Perbandingan Komunisma dengan Islam

Komunisma ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.

Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.

Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.

Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.



* Adakah orang2 yang mempunyai fahaman begini yang menjadi sekutu dan rakan baik kita? perlukah kita berjalan seiringan, berganding bahu, tolong menolong dan bekerjasama untuk satu perkara yang sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi yang sangat bahaya...fikir2kanlah






Malaysia vs Taiwan

Salam

Baru selesai menonton perlawanan Harimau Malaya menentang Taiwan. Tahniah pasukan Malaysia dengan kemenangan 2 - 1, namun bagi aku ia bukan satu kemenangan yang boleh dibanggakan lagi, ini kerana konsep perlawanan secara timbal balik ini merupakan satu konsep yang memungkinkan segalanya terjadi. Perlawanan di Taiwan pada 3 Julai ini menjadi kelebihan kepada pasukan tuan rumah, Taiwan.

Sepatutnya pasukan Malaysia mengambil peluang yang sebenar2nya malam ini. Perlawanan di tempat sendiri dengan disaksikan begitu ramai penyokong, sorakan padu dan semangat yang ditunjukkan sebaiknya berbaloi dan boleh beri keputusan yang terbaik. Suatu ketika dahulu suasana begini begitu sukar dilihat. Tapi apakan daya kemenangan dengan jaringan 2 gol berbalas 1 yang diperolehi, hakikat yang perlu diterima.

Aku bukan tidak berbangga dengan keputusan ini, tapi bagi aku pasukan Malaysia sepatutnya mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol andai kata selepas gol kedua dijaringkan Malaysia mengekalkan rentak permainan dan mengasak ke pihak lawan dengan berterusan agar Taiwan tertekan dan membuat kesilapan.

Apa yang terjadi pasukan Malaysia seolah2 berpuas hati dengan jaringan tersebut. Dengan sedikit kesilapan pasukan Taiwan berjaya mengurangkan defisit gol dan mendapat bekalan yang berharga semasa bermain ditempat sendiri nanti. Apapun aku merasakan pasukan negara masih mampu melakar kejayaan di Taiwan kelak, apa yang penting strategi dan pemilihan pemain perlu diberi penekanan semasa disana nanti. 

Go Malaysia Go...Malaysia Boleh !!!!!.

Selasa, 28 Jun 2011

Trivia Pengetahuan Am - Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia


Salam

Cube kome bace apa yang tertulis pada papan tanda tu...Mau berbelit-belit lidah nak sebut perkataan ni..haha..nama yang panjang kat dalam gambar tu adalah nama bukit di New Zealand.

"Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu '. Maknanye lebih kurang begini “Tempat di mana Tamatea, lelaki berlutut besar, yang tergelincir ke bawah, memanjat ke atas dan menelan pergunungan, yang dikenal sebagai ‘pemakan tanah’, yang memainkan serulingnya untuk kekasihnya”

Bukit ni pada pandangan mata aku saling tak tumpah macam ladang lembu yang ada di UPM tu..kan ke sama aje...kalo kome lalu kat lebuhraya utara selatan berdekatan susur keluar UPM kan ada padang ragut yang iras2 macam ni...hehehe...

Kalau nak cuba sebut,cubalah..dengan hormatnya,dipersilakan..aku dah cube berbelit2 juga lidah dibuatnya dan kalau kome perasan pada ujung perkataan tu bile disebut ada bunyi2 macam bahasa Melayu sikit..."ku pokai tapi ko tak nak ambik tahu"...hahahaha....



* Kalau di Malaysia nama tempat yang terpanjang, agak2 kome apa?.....

Upin Dan Ipin Satu Fenomena

Salam
Baru2 ni aku ada terbaca artikel dalam satu suratkhabar berkaitan animasi tempatan yang menjadi fenomena dan boleh aku katakan ikon kepada animasi di Malaysia ini. Ye, Upin Dan Ipin, nama besar yang tidak disangka2 boleh menjadi satu fenomena bukan sahaja kepada anak2 kecil malahan orang dewasa juga seronok untuk melihat setiap aksi dan keletah mereka di kaca televisyen. 
Sudah semestinya pujian, tahniah dan syabas kita berikan kepada syarikat Les Copaque atas kejayaan ini. Syarikat bumiputera ini berjaya mewujudkan dan mencipta watak ini yang pada suatu ketika dahulu kita sendiri tidak menyangka ia mampu mengangkat nama negara ke pelusuk asia hanya dengan satu cerita animasi kanak2 yang berjudul Upin dan Ipin.
Dahulu dan kini, siapa yang tak kenal dengan kartun Disney. Satu nama besar dalam industri kartun. Semua anak-anak pasti kenal dengan watak2 kartun yang lahir dari produksi ini. Malah Disney telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia. Mereka memukau setiap kanak-kanak di seluruh dunia dengan watak animasinya yang hebat. Malah Disney juga dijadikan ikon yang tersohor untuk Hollywood.
Aku bangga anak Malaysia juga mampu menghasilkan satu filem animasi yang hebat seperti Upin dan Ipin. Rentetan dari itu, ia telah membuka mata semua pihak bahawa anak tempatan pun apa kurangnya. Mungkin kita tidak setanding dengan filem animasi Hollywood, tetapi dengan usaha yang di tunjukkan oleh Les Copaque membawa watak Upin dan Ipin ke persada perfileman negara amat membanggakan. Berjaya menarik perhatian semua lapisan untuk menonton filem animasi. Inilah satu fenomena baru yang aku perhatikan.
Tidak mustahil fenomena ini amat berjaya dalam mendidik anak2 Malaysia dalam erti kata budaya dan amalan hidup yang sihat terutama dari segi amalan, agama, adat dan budaya orang Melayu, dengan kewujudan cerita ini, anak2 kecil mempunyai  ikon dan contoh yang boleh di ikuti sekalipun ia hanya wujud di layar perak. 
Upin dan Ipin berjaya menjadi perbualan setiap masyakat di bumi bertuah Malaysia ini. Aku perhatikan setiap kanak-kanak pasti meminati cerita Upin dan Ipin. Setiap kali keluar di kaca televisyen, inilah yang di tunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Kalau dulu masing tertunggu Tom & Jerry, Kartun Batman, dan macam-macam lagi, tetapi fenomenaUpin dan Ipin sedikit sebanyak mengubah persepsi minat anak-anak di Malaysia.
Aku ada juga melayari beberapa blog yang berpangkalan di Indonesia dan aku dapati ramai blogger dan rakyat Indonesia mengikuti dan meminati animasi ini. Banyak komentar dan pandangan2 yang dilontarkan oleh mereka, ramai yang memuji dan berasa bangga dengan hasil anak Malaysia. Tidak keterlaluan juga aku katakan yang mereka berasa cemburu dengan hasil kerja rakyat kita ini. 
Sepatutnya dengan keadaan ini kita perlu berbangga ini kerana kita sendiri sedia maklum rakyat Indonesia begitu sukar untuk menerima produk2 luar dari negara mereka. Namun Upin dan Ipin berjaya memecahkan tembok itu dan apa yang kita sendiri ketahui ia sudah menjadi satu fenomena luar biasa disana. 
Sampaikan bila ada pelancong Malaysia ke sana antara pertanyaan yang sering dilontarkan adalah mengenai Upin dan Ipin, cerita nye menarik, dan tagline betul..betul..betul, juga sudah menjadi siulan disana. Dan sepatutnya kita perlu berbangga kerana animasi ini tidak pula diolah bahasakan ke bahasa Indonesia. Mereka berjaya juga mengikuti dan seterusnya belajar pula bahasa Melayu kita. Bukankah itu satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Dengan animasi Upin dan Ipin kita berjaya mewujudkan budaya dan fenomena Malaysia di sana. Tahniah...
Baru2 ini pengarah urusan LesCopaque menyatakan satu visi dan hasrat yang besar untuk Upin dan Ipin. Mereka mahu menjadikan Upin dan Ipin inilah satu ikon untuk kartun yang asal usulnya dari Malaysia. Maksudnya, bila sebut pasal Upin dan Ipin mat-mat salleh di luar sana ingat ianya adalah ikon kartun Malaysia. 
Dan syarikat ini juga bercita2 untuk membina Taman Tema Upin dan Ipin di Perak seperti mana Disneyland yang ada hari ini. Bagi aku ia satu usaha yang perlu sangat2 kita sokong. Aku mengharapkan Upin dan Ipin berjaya dalam cita2 mereka.
Teruskan semangat untuk menjadikan ipin dan upin satu ikon untuk Malaysia. Kita pamerkan nilai dan budaya Malaysia di mata dunia. Malaysia Boleh!!!!!!.....
* satu coretan dari aku di waktu petang. nampak seperti keanak2kan tapi fahami maksud dan  nilai yang ingin aku sampaikan...adios

Isnin, 27 Jun 2011

Hanya Insan Terpilih Aje Layak Buat Kerja Ini....hehehe


Salam 
Sambil2 aku mencari maklumat mengenai tugasan aku pada minggu ini, aku terjumpa satu cerita menarik yang benar- benar terjadi dan sedang terjadi di sebuah tempat di negeri China. Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar. Macam2 kaedah dan cara manusia nak menarik perhatian kan...Agak2 adakah ini salah satu strategi promosi teh syarikat tersebut? Sama2 lah kita dalami maksud tersirat dan tersurat syarikat ini? Mahu? hehehe......Apapun bagi aku ia kaedah yang menarik cuma mungkin dari segi nilai estetika kepada kaum wanita agak skeptikal kerana mempergunakan mereka. Mungkin.........?
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut. Kalau guna tangan juga, agak2 kawan2 apa yang akan terjadi kepada daun teh itu?
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar. Syarat yang ini bagi aku memang skeptikal,. Kawan2 rasa kenapa kriterianyer mesti sebegitu rupa?
“Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir,” kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit. Sehari kalau kerja macam ni memang sangat2 berbaloi, cume pekerja2 terpilih ini perlu berhati2, takut2 waktu nak menggigit daun teh itu, terkena pulak gigitan dari semut, ulat beluncas ataupun siput yang mengambil kesempatan...hehehehe

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Patutlah mereka terpaksa menggunakan kaedah sedemikian, rupa2nya ada legenda disebaliknyer. Samada ia benar atau kebetulan, kita semua sedia maklum. Bagi aku kaedah ini sebenarnya lebih kepada strategi promosi yang sangat2 berkesan untu meningkatkan keuntungan syarikat. Lebih2 lagi cerita ini sudah tersebar ke seantero dunia.......


- Agensi Bernama


* Deme itu leh tahu ker org tu perawan ker tidak?? agak2 camane cara, kaedah dan prosedur pengambilan pekerjanya yer??....hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...