Jumaat, 30 September 2011

Habislah PERKASA...

gambar sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan sesiapa pun 
samada masih hidup atau yang sudah meninggal dunia...hehe

Salam

Menurut timbalan presiden parti bulan, beliau tidak gentar dengan amaran oleh PERKASA Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes setiap kali beliau memberi ceramah 'hebat' nye di negeri tersebut.

Dalam pada itu, dia percaya juga pada polis yer....hehehe

boleh rujuk SINI

* komen aku....habislah geng2 PERKASA Negeri Sembilan...bek la kome lari...timbalan presiden tu dah dapat semangat ' geng2 twinkle2 litle star'....hahahahaha....

Gambar Yang Menceritakan Seribu Makna.....hehehe

Salam

Petang ni seeloknyer kita bersantai dengan perkara2 yang boleh menceriakan hati...Untuk itu aku letakkan gambar2 ni untuk tatapan dan renungan buat kawan2.

Baca apa yang tertulis itu...

Ada ke buah Samseng

Relaks je abg kat belakang tu....

Suruh belajar bahasa Melayu tak mau...ni la jadinyer

Undang2 tetap undang.....hehe

Ni kes keras kepala....hehehe

tak tau nak cakap apa dah.....
 
Apa yang penting....'kerjasama'.....

Khidmat pelanggan....

* teman nak senyum aje.......



Khamis, 29 September 2011

Tazkirah Jumaat - Rahsia Surah Al-Kauthsar


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

* selamat beramal.....



Isnin, 26 September 2011

Trivia Pengetahuan Am - Hentian Bas Yang Menarik

Salam

Kalau kita lihat hentian bas yang ada di Malaysia ni, bagaimana keadaannya? Masing2 terus terbayang apa yang ada dan perlu ada pada hentian bas di Malaysia...betul kan?

Antara yang paling selalu dan mesti ada di hentian bas di negara kita antara lain :

  • Iklan kerja kosong
  • Iklan Ah Long
  • Iklan rumah sewa
  • Iklan kenderaan untuk disewa
  • Mencari rakan serumah
  • Perkhidmatan membaiki tayar motor pancit
Dan macam2 lagi yang tergambar di minda kita...

Cuba  pulak kita lihat keadaan dan bentuk hentian bas yang terdapat di luar negara ini yang boleh kita jadikan perbandingan dengan keadaan di negara kita

Mungkin suatu hari nanti kita dapat lihat apa yang baik di negara orang dapat di adaptasi pula di negara kita ini.

California, AS

England

Jepun

Perancis

Finland

Holland

Dubai

Italy

Malaysia ( bukan semua...hehehe)

* Samada ia di bina untuk sebenar2 hentian bas atau sekadar tempat istirehat...namun ia merupakan satu reka bentuk dan tempat yang sepatutnya terjaga dengan baik...




Ahad, 25 September 2011

Islam Itu Indah...

Salam

Renung2kan dan selamat beramal


"bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan"


jawab Tuan Guru......


"ingat balik pesanan al-Imam Hasan al-Banna, "bina Islam pada hati kamu, pada jiwa kamu, pada jasad kamu, maka Islam akan menerangi di sekitarnya"..apabila seseorang itu memahami Islam, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam..kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam..

setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah..

Tuan Guru menambah lagi, "ketika di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan, hal ini menujukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya"

maka, fahamilah kepada kita semua, negara Islam tidak akan tertubuh melainkan ia bermula dari setiap tubuh muslim itu..maka, usahlah bertelagah tentang hal-hal yang membawa kepada kehancuran umat Islam, binalah tubuh kita dengan Islam, kemudian masyarakat kita..

wallahua'lam..

* ada ke pemimpin2 yang mengatakan deme ni pejuang Islam dan lebih Islam dari orang lain cakap macam ni?ada ke? melainkan menuding jari menyalahkan orang lain, menuduh macam2, jatuh hukum sesuka ati, mengatakan puak deme lebih Islam dari puak lain...ni nak di sokong dan dipercaya cakap2 deme? minta maaf la chor.....

Apa Nak Tulis?...

Salam

Bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku, banyak keje dan urusan yang perlu aku lakukan dan selesaikan. Sehingga blog aku ni jadi kusam dan tidak bermaya.

Aku memang berniat nak mengemaskini kan tapi dek kerana kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, membataskan aku untuk lakukannya.

Banyak cerita dan perkara yang ingin aku komen dan utarakan pendapat, terutama banyak isu2 panas dan hangat yang melanda negara kita.

Sebagai contoh dalam bulan ini sahaja banyak isu2 politik, ekonomi, jenayah, isu kemanusiaan dan ia sedikit sebanyak memberikan pelbagai rencah untuk di bahas dan di beri pendapat samada di kedai kopi, rumah mahupun di tempat kerja.

Cuma apa yang aku nampak, dari sudut pandangan aku sebagai rakyat biasa, segala isu yang timbul dalam negara kita sekarang ini lebih menampakkan bahawa pilihanraya ke 13 sudah semakin hampir.

Rakyat sedar semua ini, jadi isu yang timbul sekiranya dapat di selesai sebaik mungkin dan diberikan persepsi yang bagus dikalangan rakyat maka isu itu dapat memberikan 'political mileage' pada yang berjaya mengadaptasi dengan keadaan dan persekitaran rakyat. Bersediakah kita?

Yang belum mendaftar masih ada masa untuk berbuat demikian.

Inysaallah aku akan cuba untuk memberikan pendapat aku dalam pelbagai isu yang timbul sekarang ini, bila ada kesempatan masa dan ketika.

* aku hanya rakyat biasa





Khamis, 22 September 2011

Trivia Pengetahuan Am - Lebuhraya Atlantik



Salam

Aku nak tunjukkan 'highway' yang menghubungkan antara satu pulau ke pulau lain yang terletak di lautan atlantik..

memang sangat menarik dan merupakan hasil kejuruteraan yang hebat...Saksikan










* agak2 boleh tak buat jambatan menghubungkan semenanjung ngan Sarawak n Sabah?

Selasa, 20 September 2011

Semoga Berjaya Skuad Olimpik Malaysia

Salam

Hari ini perlawanan kelayakan Olimpik akan diadakan antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Matahari Terbit..

Semoga skuad negara akan mempamerkan semangat juang yang tinggi. Harapan aku dan rakyat Malaysia lain semoga skuad ini mampu melakar kejutan

Insyaallah segalanyer mungkin andai ada semangat juang yang tinggi dan fokus terhadap perlawanan petang nanti. Kejayaan pasti akan ada dalam genggaman. Jangan lupa berdoa dan tawakal.

* Moga berjaya.........

Percutian Terkini Di Sentosa Villa

Salam 

Baru2 ni aku bersama keluarga aku bercuti sambil menenangkan jiwa di Sentosa Villa, Taiping. Aku membawa adik2ku, anak2 sedaraku serta abah dan mak tercinta.

Tempat yang sesuai untuk menenangkan jiwa, di pagari kehijauan hutan bukit larut dan di aliri anak sungai yang jernih. Sangat mendamaikan....

Buat mak dan abah semoga gembira dapat bersama anak2mu...Cuma abang sulungku sahaja yang tak dapat menghadirkan diri bersama keluarganyer. Insyaallah nanti datang ye long. Kita rehat2 bersama semua sekali lagi....








* NANTI AKU UPLOAD LAGI GAMBAR....

Isnin, 19 September 2011

Trivia Pengetahuan Am - 3 Perkara Dilarang Waktu Tidur

Salam

Sudah lama aku tak berkongsi ilmu dan pengetahuan am yang aku dapati dari web2 yang mempunyai info mengenainyer.

Jadi malam ni aku letakkan maklumat ini sebagai panduan dan mungkin juga amalan kita seharian, andai ia memberi manfaat.



1. Jangan Tidur Dengan Memakai Jam Tangan
Jam boleh menimbulkan kesan radioaktif, walaupun hanya sedikit tapi andai terlalu kerap di pakai boleh mendatangkan bahaya.



2. Jangan Tidur Membawa telefon Bimbit
Gelombang Medan magnet yang ditimbulkan oleh alat elektronik ini dapat merosakkan sistem saraf kita
3. Jangan Tidur Dengan Make Up Masih Ada Di Muka
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita, kerana kulit tidak dapat bernafas dengan sepatutnya.
* ada lagi banyak info nyer..cume aku segan nak letak kat sini....hehehe


Jangan Di Bagi Muka Kat Mamat Ni...


Salam

Ada betulnyer juga apa yang dikatakan oleh mantan PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Melayu Mudah Lupa...memang sebahagian kita yang berbangsa Melayu mudah sangat terlupa..

Mamat ni dahulu pernah menghina agama kita, menghina lagu kebangsaan kita dan menghina seorang guru besar yang berbangsa sama dengan kita. Tindakan tiada langsung dikenakan keatas mamat ni, malahan permohonan maaf yang dibuat bagi aku langsung tidak menunjukkan keikhlasan. 

Lagi bagus ada pak menteri yang berbangsa Melayu melayan kedatangan mamat ni ke parlimen dengan tidak mengikut protokol yang sepatutnya. Apa istimewanyer mamat ni? Kalau kita adakah semudah itu?

Filem yang mamat ni arahkan pelakon2 nya ada dikalangan bangsa kita. Filem yang dinamakan Nasi Lemak 2.0 sedang ditayangkan ketika ini...apa ke jadahnyer ntah.. bagi aku senang aje..semuanya kerana duit.

Aku memang takkan setuju dan sesekali bersedia untuk menonton filem yang dibuat oleh mamat ni walaupun konon2nya berkaitan dengan semangat perpaduan. Kalau boleh kerajaan/finas jangan beri muka langsung pada dia.Namun filemnya tetap juga keluar ke pawagam. Apa sebab?Wallahualam

Disebalik itu macam2 kenyataan yang keluar dari mulut mamat ni dengan pelbagai alasan untuk 'menghalalkan' filem arahan dia. mungkin dia sedar kebanyakan orang Melayu takkan menonton filem dia ni.

Apa yang aku dapat baca dari sinopsis cerita ni memungkinkan mamat ni nak menyindir dan memperli orang melayu secara tidak kita sedari. Mamat ni nak menunjukkan yang perpaduan dalam negara kita wujud secara salah. Dia nak menunjukkan bahawa apa pun rakyat negara ini mesti menunjukkan 'malaysia first' bangsa kemudian. itu yang aku nampak....

* Melayu jangan mudah lupa....beringat2 lah....


Ahad, 18 September 2011

Abesla Chelsea..hehehe


Salam

Sementara menantikan waktu rehat untuk first half, aku membelek blog aku yang bulan ni jarang2 aku kunjungi dan kemaskini.

Bukan apa, apabila kesibukan melanda terpakse la aku menguruskan apa yang perlu dahulu. Bila dah free nanti pasti akan ada banyak perkara ingin aku coretkan

Untuk malam ni aku harap MU dapat belasah Chelsea dengan jaringan yang lebih besar, potensi dan peluang untuk kearah itu sudah jelas, cuma nak di realisasikan sahaja lagi...hehe

Separuh masa pertama dah 3 - 0, masuk separuh masa kedua ni boleh lagi dalam 2 jaringan...haha..Kepada penyokong2 Chelsea jangan hampa dan kuciwa yer...boleh cube lagi...hahaha

Tahun ni MU menjadi nampaknya....teruskan.....

* sekadar selingan...hikhik


Selasa, 13 September 2011

Sihir guna Gambar di 'Muka Buku'

Salam

Sejak akhir2 ini pelbagai kisah masyarakat yang pelik berlaku, kadangkala perkara2 itu tidak pernah kita fikirkan akan terjadi, namun peredaran zaman menyebabkan perkara2 yang pelik seperti ini mampu dilakukan

Nampak gayanyer ilmu sihir pun sudah semakin berubah mengikut peredaran zaman. Jin2 dan syaitan2 yang sentiasa mahu menyesatkan manusia sudah semakin bijak dan berdaya saing. 'Mereka' kini sudah mahir menggunakan teknologi maju manusia untuk mengupgrade kuasa mereka...hehe

Jelaslah disini manusia tidak boleh ketinggalan dalam memajukan diri kerana golongan2 makhluk yang halus pun sudah semakin maju. Oleh itu berhati2lah apabila menggunakan 'mukabuku' agar anda tidak disihirkan oleh manusia2 lain yang dengki dan khianat kepada kita.

Seperti yang terjadi kepada mangsa ini. Untuk lebih lanjut KLIK SINI

Dibawah ini ada sedikit info dan maklumat yang boleh kita sama2 praktikan mudah2an kita di lindungi oleh Allah SWT

  • Jika hendak upload gambar di FB, Blog etc. jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya". 
  • Sekiranya  keadaan memerlukan gambar kita yang mempamerkan seluruh badan contohnya untuk interview, lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar. 
  • Amalkan membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 

* manusia maju, jin dan syaitan pun maju......

Isnin, 12 September 2011

Berapa Anda Sanggup......


Salam

Bila disebut kahwin, berkahwin dan perkahwinan semua orang mengimpikan perkara yang indah tentang itu sehingga tidak lena untuk tidur, tidak basah bila mandi dan tidak kenyang bila makan.

Namun apabila di ambil kira segala perkara yang perlu dibuat, dilaksanakan dan dihitung maka ia akan menjadi salah satu bebanan dan tanggungjawab yang amat besar kepada pasangan mempelai.

Kalau di tanya pada atuk, nenek, mak dan ayah kita sudah tentu perkahwinan pada zaman dahulu agak senang dan tidak membebankan berbanding zaman ini terutama mengenai HANTARAN.

Dibawah ini aku senaraikan wang hantaran2 yang mungkin terjadi pada zaman ini mengikut perkiraan ilmu hisab zaman moden yang semakin maju dan berubah....hehehe

  • SPM = RM 3000 - RM 8000
  • STPM / Diploma = RM 8000 - RM 12 000
  • Ijazah Sarjana Muda = RM 12 000 - RM 15 000
  • Ijazah Sarjana / Master = RM 15 000 - RM 20 000
  • PHD = RM 20 000 - RM 30 000


Tetapi yang berijazah dan ke atas akan ditolak 50 % daripada bidaan tersebut seandainya tidak pandai memasak....hahaha

* Amacam ada berani?......hikhikhik...jangan marah aaaaaa............




Kenapa Isu Sejarah Dimainkan

Salam

Sejak dua menjak ini isu sejarah negara kembali dipersoalkan dan dimainkan oleh sesetengah pihak terutama pembangkang. Kenapa isu ini di putar2 dan dialun2kan?

Aku ada beberapa teori dan pendapat aku sendiri. Ini merupakan apa yang aku nampak dan dari sudut pandangan aku sahaja. Andai boleh diterima terima kasih dan sekiranya ia tidak boleh diterima oleh kawan2, itu hak masing2...

1. Untuk mengalihkan isu2 panas terutamanya kes mahkamah 'pemimpin anugerah tuhan'....
2. Untuk mengalihkan isu orang Islam menyertai upacara nak memurtadkan orang Islam dan isu gereja methodist serta JAIS yang melibatkan pemimpin mereka sendiri.
3. Untuk mendapatkan undi orang bukan Islam dengan memainkan isu2 sensitif ini, dengan harapan oang bukan Melayu akan berterima kasih dan mengundi mereka/pihak berkenaan
4. Kerana gila mikrofon sampaikan lupa apa yang diucapkan....hehe
5. Bila selalu sangat menceritakan buruk dan membuat cerita2 retorik akhirnya terkantoi...nak ubah kenyataan ego pulak terlalu tinggi..jadi teruskan lah juga rekayasa yang dah dibuat.
6. Sengaja mencari jalan nak menimbulkan tanda soal dan juga kekalutan dikalangan orang Melayu

* akhir sekali 'kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa'.....fikir2kan lah.....

Trivia Pengetahuan Am - ' Pintu Langit '

Photobucket

Salam


Wilayah Zhanjiajie, Wilayah Hunan , China menyimpan suatu panorama alam yang sangat menakjubkan yang digelar ‘Pintu Langit’. Ia ialah merupakan sebuah lubang raksasa di atas puncak gunung Tianmen.’Pintu langit’ ini berukuran ketinggian 131.5 meter, selebar 57 meter dan sedalaman 60 meter. Mulut pintu ini menembus puncak gunung, sehingga nampak seperti lubang raksasa yang indah. Kawasan yang dibuka pada tahun 2001 ini, kini mulai dibuka untuk pelancong asing.


Photobucket

Untuk menuju lokasi tersebut ialah menggunakan kereta kabel sejauh 7.3 kilometer yang ditempuh lebih kurang setengah jam perjalanan.

Photobucket

Di perjalanan para pelancong akan melalui deretan pegunungan yang bersalji pada musim sejuk namun sebelumnya, akan melalui perkampungan penduduk dengan hamparan sawah dan kebun yang begitu luas.

Photobucket

Untuk sampai ke lubang Pintu Langit itu juga terpaksa menaiki puluhan ribu anak tangga di lereng-lereng pergunungan yang curam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selain itu, masa ini juga sudah selesai dibangunkan jalan raya baru yang mendekati puncak. Namun pada musim sejuk jalan tersebut dilarang untuk dilalui.

Photobucket

* Sungguh indah ciptaan Allah SWT...adakah kita bersyukur?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...