Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum WBT

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua kawan2. Semoga ibadah dan amalan kita dibulan ini diperbanyakkan dan mendapat keredhaan dan pahala dari Allah SWT. Amin....

Alhamdulillah,

Bulan yang penuh keampunan telah tiba,
Berjuta-juta umat muslim menyambutnya,
Seluruh amalan dan ibadah di lakukan,
Hanya untuk mendapat redhaMu.

Ya Allah,
Berilah kami kekuatan untuk dapat melaksanakannya,
Berilah kami kesabaran dalam mencari redhaMu,
Jadikanlah kami umatMu yang sabar, tabah dan tawakal.

Ya Allah,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau berikan kami bulan Ramadhan,
Agar kami dapat membersihkan diri,
Dari segala dosa dan noda yang kami lakukan.
Kerana Kau tahu kami tidak sanggup menghadapi seksa NerakaMu.

Ya Allah...
Jadikanlah kami umatMu yang ikhlas dan sabar dalam menerima ujianMu,
Jadikanlah hati ini selalu tertuju padaMu
Jadikanlah kami selalu merindukanMu.

Ya Allah,
Kami mohon kepadaMu, Ya Allah,
Agar kami terus istiqamah dijalanMu.

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa yang kami lakukan,
Dosa atas penglihatan, pendengaran, perbuatan kami,
Dosa atas tangan-tangan, kaki-kaki dan anggota tubuh kami.

Ya Allah...
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Amin.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijr'

Jumaat, 29 Julai 2011

Kisah Zorro, Robin Hood dan orang Asli

Salam
Suatu ketika dulu bila ada perkhemahan ataupun aktiviti luar aku dan rakan2 selalu membuat persembahan kumpulan menggunakan latar cerita ini.
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk ke pusingan akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan, berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Pergghhhhh, dengan bangganye, si Zorro jerit…....“I AM ZORRO… ..”
Kemudian giliran Robin Hood pulak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan egonya jugak… . si Robin Hood kata…....“I AM ROBIN HOOD…"
Sedang mereka bertarung, kebetulan lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye perempuan kaum dia nak dikahwinkan dengan orang luar dengan cara sebegitu. Jadi, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dari jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu berkata…
“I AM SORRY… .!!”

Trivia Pengetahuan Am - 10 Haiwan Lutsinar

Salam

untuk dikongsikan bersama, sebagai ilmu pengetahuan mengenai keajaiban ciptaan Allah SWT

1. Katak Lutsinar
2. Ikan Kepala Lutsinar
3. Rama-Rama Lutsinar
4. Sotong Lutsinar
5. Ikan Kuda Belang Lutsinar
6. Ikan Di Kutub
7. Amphibod Lutsinar
8. Larva Lutsinar
9. Salp Lutsinar
10. Obor obor
* Segala kejadian yang Allah jadikan pasti mempunyai sebab musababnya tersendiri...Wallahualam

Harimau Malaya Tewas Jua

Salam

Seperti yang kita semua sedia maklum skuad Harimau Malaya tewas di tangan sang singa dengan agregat 6 - 4. Kekalahan yang agak perit untuk di terima namun itulah asam garam dalam permainan bola sepak, adat pertandingan ada kalah dan sudah pasti akan ada yang menang.

Kekalahan skuad Harimau Malaya pada aksi perlawanan malam tadi bagi aku, dapat diterima dengan lapang dada ini kerana aku nampak ada kesungguhan yang ditunjukkan, ada semangat yang dipamerkan oleh pemain2 kita di atas padang.

Dan yang pasti kalo kita lihat pada komen2 penyokong, memang ramai yang membuat pelbagai andaian, ada yang menyatakan kita tewas dengan team pondan ( memang ye pun, asyik2 berlakon cedera sedangkan bentesan nyer tak seberapa, aksi je lebih) 

Selain itu apa yang dapat aku perhatikan dari perlawanan malam tadi, aku rasa agak terkilan kerana coach masih tidak nampak atau buat2 tak nampak ataupun memang strategi nyer untuk tetap meletakkan barisan pertahanan menggunakan pemain yang sama semasa kekalahan di singapura tempoh hari.

Kalau bukan kerana kecekapan khairul fahmi menjaga gawang, aku pasti Malaysia akan dibolosi dengan sekurang2 nyer 4 gol kerana kealpaan dan kecuaian barisan pertahanan. Kita perlu perbaiki kekurangan dari aspek ini pada masa akan datang, kalau perlu cari pemain yang lebih berpengalaman. Namun tewas tetap sudah tewas, sebagai orang yang hanya memerhatikan dari luar aku hanya mampu melihat dari sudut pandang aku. Bagi pemain aku dapat merasakan mereka sudah berusaha, cuma nasib masih tidak menyebelahi kita

Buat penyokong, memang anda semua terbaik, sudah lama tidak menyaksikan kelibat penyokong yang begitu ramai membanjiri stadium dengan semangat yang amat hebat. Sebenarnya penyokong Malaysia malam tadi adalah pemenang sebenar. Ini kerana sokongan yang tidak berbelah bagi ditunjukkan kepada skuad Harimau Malaya...Tahniah..

* kita perbaiki mana yang kurang dan kita cuba lagi pada masa akan datang untuk perlawanan yang lain pula....Go Harimau Malaya

Rabu, 27 Julai 2011

Mampukah Harimau Malaya?



Salam

Sekalung penghargaan kepada anak muda yang menggelarkan dirinya broxcute atas penghasilan lagu ini. Satu usaha yang boleh dibanggakan sebagai usaha menaikkan semangat para pemain Harimau Malaya dan juga para penyokong skuad bolasepak Malaysia. Terima kasih juga kepada skuad penyokong Ultras Malaya yang sentiasa di belakang skuad ini samada dalam susah dan senang. Ini yang kita kehendaki, menyokong bukan hanya pada masa kegemilangan tetapi juga di saat kejatuhan. Barulah dikatakan 'die hard fan'..

Mampukah Harimau Malaya mengaum ekoran kecederaan di tangan Singa tempohari? Dengan kekalahan 5 - 3 pada perlawanan pertama itu, aku merasakan bukan sesuatu yang mustahil untuk Harimau Malaya kembali mengaum dan merobek keangkuhan sang singa dengan jaringan yang lebih besar dan menidakkan keupayaan sang singa merobek gawang, kemenangan Insyaallah dalam genggaman.

Pasukan Harimau Malaya mampu untuk bangkit atas sebab2 dan faktor yang aku kira dapat membantu. Aku tidak mahu merencanakan strategi yang sebenarnye berada dalam bidang kepakaran jurulatih dan pihak pengurusan, cuma yang penting barisan pertahanan perlu mantap dan berhati2 lebih dari yang sepatutnya. Perlu ada seorang leader yang dapat memimpin barisan pertahanan agar kealpaan dapat di kurangkan atau lebih elok tiada langsung..kerana kesilapan yang kecil akan merubah lanskap perlawanan pada malam esok.


Selain itu, faktor padang juga perlu diambil kira, pasukan Malaysia sudah terlatih dan telah menjadi kebiasaan bermain diatas padang rumput yang asli berbanding singapura yang telah dibiasakan bermain diatas padang tiruan seperti perlawanan tempoh hari, dimana tempo permainan memang laju dan bola sukar dikawal. Ini merupakan kelebihan pada pasukan kita untuk mengawal bola dengan lebih teratur dan tersusun di atas padang stadium kita sendiri.

Ultras Malaya pasti akan turun dan memberikan semangat kepada pemain. jangan dilupakan pemain ke 12 dalam stadium ini, ia mampu merobohkan apa sahaja yang menjadi penghalang. Dengan penjualan tiket yang diluar jangkaan pasti stadium bukit jalil akan gempita dengan sorakan penyokong. Jadikan situasi ini sebagai pemangkin untuk pemain mempamerkan kesungguhan dan permainan yang menarik dan yang penting kemenangan milik kita. Buat penyokong dan rakyat Malaysia samalah kita berdoa agar sejarah tercipta pada malam 28 Julai ini. Usaha dan keringat sudah diperah namun tawakal dan kekuatan doa juga perlu, pohonlah doa dari PENCIPTA agar kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Buat pemain kerah kan keringat usahakan semangat pastikan matlamat tercapai untuk negara tercinta. Kalah dan menang adat permainan yang penting mutu permainan dan semangat melawan habis habisan itu yang perlu ditunjukkan. Kita sepatutnya berbangga menggunakan sepenuhnya anak tempatan dalam pasukan kita tanpa perlu menggunakan khidmat orang lain. Yakinlah sebenarnya kita boleh..

* Ayuh Harimau Malaya keluarkan kuku dan taringmu...robekkan Sang Singa hingga titisan darah terakhir..







Selasa, 26 Julai 2011

QKP 010/011

Salam

Kalau dilihat pada kod itu mungkin kawan2 tidak mengetahui yang ia adalah salah satu persatuan yang wujud di Universiti Putra Malaysia.. ye, disitu lah aku menuntut ilmu, menggulung segenggam ijazah...disitu jugalah aku belajar mengenai kehidupan dan disitulah terbitnya aku yang ada pada hari ini.

QKP adalah lambang dan simbol kebangkitan aku, menzahirkan kekuatan diri aku dan menjadikan aku seorang yang lebih berkeyakinan dan kuat semangat. Persatuan Kepemimpinan Pelajar itulah nama yang terpahat di hati aku.

"Fun, Challenging and Looking Forward" adalah kata2 hikmat yang akan aku kenang sampai bila2. Itulah moto dan slogan yang menjadi pencetus semangat bagi aku dan ahli2 persatuan yang lain. Mana mungkin kata2 itu luput dari ingatan dan minda aku selamanya

Mungkin benar kata orang ilmu kita boleh perolehi di bilik kuliah, namun bagi aku ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi hari ini aku dapati dari persatuan ini. Persatuan yang telah banyak mengajar aku erti perjuangan, pengorbanan, semangat setia kawan, kekuatan diri, keberanian dan jati diri yang kuat, segalanya lahir dari penglibatan aku dalam persatuan keramat ini.

Terlalu banyak kenangan manis yang telah aku lalui bersama sahabat2 semua. Kenangan itu tidak mungkin luput dari kotak minda aku ini selagi nyawa di kandung badan. Susah payah, senang lenang kita pernah lalui bersama. Untuk di ceritakan segala kenangan dari setiap aktiviti yang pernah di lalui terlalu banyak, mungkin tidak mampu untuk aku coretkan segalanya diruangan yang terhad ini. 

Katakan dan ceritakan kemana sahaja kita tidak pernah pergi dan lakukan, segenap pelusuk negara telah kita jelajahi. Perkhemahan sudah semestinya, pendakian gunung ganang itu pasti, bakti siswa beberapa kali, berakit dan berkayak tidak terperi, terjun ke sungai dan ke laut menjadi jadi, laungkan dan nyatakan apa aktiviti sudah kami lalui dengan tabah hati. Begitulah QKP yang aku kenali.

Banyak lagi yang ingin aku kongsikan disini namun memori2 itu amat kukuh terpahat di sanubari. Insyaallah ada kelapangan akan aku coretkan pula kenangan kita bersama sewaktu aktiviti2 yang telah dianjurkan. Untuk pewaris dan penyambung kesinambungan QKP teruskan usaha dan jangan malu untuk bertanya kepada sahabat2 lama. 

Kepada sahabat2 semua, walau kita jauh di mata, walau jarak menjadi penghalang, walau perhubungan sekali sekala, walau perjumpaan kadang2 kala namun kita tetap SAHABAT...sahabat selamanya.

Aku letakkan sebahagian gambar yang menjadi kenangan kita bersama untuk tatapan di hari muka.....

















* sebahagian aktiviti yang pernah dianjurkan.. gambar2 yang ada sumbangan dan koleksi rakan2 yang sempat untuk mengambil gambar sewaktu aktiviti. terima kasih..Insyaallah akan aku letakkan lagi gambar2 di sini.

Kenali Orang2 Melayu Terkaya Di Malaysia

Salam

Semalam aku dah memulakan satu kempen dan agenda untuk diriku sendiri dan juga andai ada kawan2 yang membaca entry aku semalam, sekiranya ingin menyokong sedikit usaha yang mampu kita lakukan itu...laksanakanlah, segalanya ada di tangan dan kuasa beli masing2. Aku hanya mengenengahkan salah satu jalan dan usaha untuk kita saling bantu membantu membina ekonomi sesama bangsa dan agama kita. Kalau bukan kita siapa lagi....

Berkaitan dengan entry semalam juga, ingin aku memaparkan fakta tentang ekonomi juga, cuma kali ini lebih berkisar kepada senarai orang2 Melayu terkaya yang ada di Malaysia ini. Mungkin dari situ kita mendapat semangat dan usaha untuk menjadi seperti mana mereka2 tersebut.

Majalah Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 telah menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. Kekayaan 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian Malaysian Business juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas.

Dalam senarai tersebut, dinyatakan seramai 40 orang terkaya di Malaysia dan dari senarai tersebut bangsa Cina mendominasi senarai orang2 terkaya di Malaysia dengan jumlah seramai 31 orang, manakala bangsa India pula seramai 2 orang dan dari jumlah2 itu bangsa Melayu selaku majoriti di Malaysia ini mencatat jumlah jutawan seramai 7 orang sahaja. 

Itu yang aku pelik dan hairan bagaimana ada suara2 sumbang yang menyatakan bahawa Malaysia ini menindas golongan minoriti, sedangkan kekayaan dalam negara ini dibolot oleh majoritinya bangsa2 lain. Dan yang lebih janggal dan terkejut ada suara2 bangsa kita sendiri yang nak menghapuskan hak2 dan keistimewaan bangsa kita di bumi ini..Kita belum mampu untuk mencapai target dan sasaran yang telah disasar lebih 30 tahun dahulu..usaha perlu dipertingkatkan, dengki dan khianat perlu dihapuskan..

Bagaimana kita nak kategorikan orang sebegini yang memandang sinis dan penuh prasangka terhadap bangsanyer sendiri.. Ye betul, aku akui mungkin ada kepincangan dimana2..., namun salah ke? kalau kita duduk semeja berbincang dan berdiplomasi secara baik dan berhemah untuk mencari titik persamaan dan mencari jalan untuk memastikan bangsa kita boleh berjaya dan terus berjaya..Segalanya mampu dan boleh andai persengketaan dan politik sempit di tolak ketepi..

Nama2 mereka dan jumlah kekayaan mereka adalah seperti berikut :

7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary


11. Tan Sri Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp


19. Datuk Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum


28. Datuk Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia


30. Datuk Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group


31. Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

37. Raja Datuk Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda
* Kalau ada usaha dan keyakinan pasti ramai lagi bangsa Melayu yang akan masuk kedalam senarai2 ni dan dapat sama2 membantu orang2 Melayu yang lain agar kita dapat menjadi bangsa yang berjaya di bumi tanah tumpah darah ini....

Isnin, 25 Julai 2011

Jihad Ekonomi...Kalau Bukan Kita Siapa Lagi

Salam

Aku terpanggil untuk bersama2 menggerakkan diriku sendiri dan menyedarkan segelintir orang Melayu agar kita bersama2 membantu, membangun, menggerakkan dan menjayakan usahawan2 Melayu Islam di bumi Malaysia ini agar ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam akan lebih bertenaga, kelangsungan dan tidak bergantung harap kepada bangsa lain.

Kita perlu bangun dan sedar dari pemikiran dan mentaliti yang bangsa kita tidak boleh berniaga dan berjaya. Sekarang ini sudah ramai bangsa Melayu Islam yang mempunyai kesedaran dan usaha yang tinggi untuk berniaga, cuma permasalahan nya adalah bangsa kita sendiri yang tidak mau menolong dan membantu usahawan2 kecil terutamanya agar perniagaan yang mereka usahakan berjaya.


Maksud aku, bangsa Melayu yang masih rasional ini perlu sedar dan bertanggungjawab untuk menyokong kegiatan ekonomi orang Melayu selagi termampu. Walau pun kita hanya rakyat biasa tapi sebenarnya masih mampu memberi sumbangan walau sedikit tetapi kalau 10 juta Melayu memainkan peranan ini sudah pasti memberi impak yang besar.

Kita tak perlu bercakap hal-hal korporat kerana ia di luar kawalan kita tapi memadai bermula dengan bidang peruncitan kerana agak ramai kaum Melayu yang terlibat dalam sektor ini walau pun sektor pengeluaran dan rantaian pengedaran di kuasai kaum Cina.

Kita perlu bermula dengan membeli barangan harian yang berharga tetap di kedai-kedai runcit Melayu seperti: Akhbar & Majalah, Roti, tepung, gula, minyak masak dan beras, Rokok sekiranya anda merokok, Ikan dan sayur sayuran serta barangan lain yang difikirkan perlu.

Walaupun barangan di atas kebanyakan di bekalkan oleh pemborong Cina tapi setidak-tidaknya margin keuntungan runcitnya dapat di raih oleh peruncit Melayu. Andainya perbelanjaan ke atas barangan di atas memberi keuntungan runcit sebanyak RM2 sehari kepada peruncit dan sekiranya 10 juta orang Melayu membeli di kedai-kedai runcit Melayu di seluruh negara, sebanyak RM20 juta sehari keuntungan yang dapat diraih oleh peruncit Melayu ! Seminggu ? Sebulan ?

Apa yang kita perlu tahu dan pastikan hanyalah pemilik kedai berkenaan dan kesedaran untuk membantu kaum sendiri kerana tiada kaum lain akan membantu kita !

Kepada usahawan Melayu pulak kena lah sentiasa beringat dan berwaspada, nawaitu untuk menjalankan perniagaan kena betul dan jangan mudah melupakan susah payah, jerih perih apabila berjaya nanti. Tolong dan bantu usahawan Melayu lain bertapak dan menjalankan perniagaan. Jihad dalam ekonomi dan bantuan sesama sendiri seperti yang diamalkan oleh orang cina perlu diterap dalam semangat dan jati diri perniagaan orang Melayu.

Jadi kawan2, saudara2 sebangsa, setiap perbelanjaan dan tindak-tanduk kita perlu strategik dan ini telah dilaksanakan oleh bangsa Cina di negara ini berpuluh tahun dahulu. Jika sekiranya anda sanggup membayar lebih 20-30 sen atas barangan lain di kedai peruncit Melayu ini, dipersilakanlah kerana peruncit Melayu biasanya menjual dengan harga sedikit tinggi kerana telah di sabotaj oleh rangkaian pengedaran Cina.

Kita tak perlu dengki sekiranya peniaga Melayu ini berjaya kerana limpahan nya nanti akan memperkasakan bangsa Melayu juga....



* Insyaallah dan Alhamdulillah semenjak aku berpindah ke taiping ini, amalan membeli di kedai Melayu Islam ini sudah mula aku amalkan....'Siapa Lagi Kalau Bukan Kita'....Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...