Salam
Maaf kawan2 hari ini untuk entry pertama aku berkisar kepada perkara yang serius, bukan apa kadangkala kita kena mengetahui kebenaran walaupun pahit bagi sesetengah orang. Apa yang ingin aku perkatakan adalah mengenai IFC ini. apa itu IFC? Siapa yang begitu kuat menyokong diwujudkan pertubuhan ini? Apa agenda sebenar pertubuhan ini, itu perlu kita ketahui sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam khususnya.
BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai ini, di ketuai oleh seorang perempuan yang dahulunya presiden Majlis Peguam dan kenapa aku mengaitkan dia ni dengan IFC. Baiklah kawan2 aku tau dan sedar setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi tersendiri terhadap BERSIH itu. Tapi aku berharap sangat kawan2 tolonglah perhati dan tengok2kan juga siapa yang menjadi pelopor dan pemimpin bagi tujuan itu. Janganlah kerana dia sehaluan dan sependapat dengan kita sampai sanggup kita menjadi pak turut, tukang dicucuk idung dan juga seorang yang menyokong membabi buta. Kenalilah mereka yang berada diatas itu.
Ketua yang akan memimpin BERSIH ini adalah seorang peguam yang menyokong kuat kewujudan pertubuhan ini (IFC). Kawan2 baca, fahami dan kemudian renungi dan fikir2kanlah, begini kah orang yang kita perlu sokong tanpa kita melihat agenda disebalik segala perkara yang akan terjadi dan mungkin terjadi. Tidak terfikirkah kita mengapa dan kenapa bersungguh sungguh benar mereka2 itu nak menjadikan perarakan yang kononnya untuk mendapatkan keadilan dalam pilihanraya itu benar2 bermatlamat begitu ataupun ada 'udang disebalik batu'.....?
Di sini aku mulakan dengan menerangkan secara ringkas apa itu IFC dan 14 tuntutannya yang sangat membahayakan kepada agama suci Islam terutama sekali kepada Melayu Islam. Kawan2 ingin terima atau tidak realitinya adalah begitu.
Apa itu IFC? Nama penuhnya adalah Interfaith Council. Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council. Secara 'zahirnya' pertubuhan ini seolah-olah berniat murni untuk membuka ruang dialog antara agama supaya tiada salah faham tetapi yang sebenarnya adalah untuk menjatuhkan Islam dan menidakkan Islam kepada umat Islam sendiri di Malaysia ini. Siapa majoriti umat Islam di Malaysia ini? Sudah tentu MELAYU ISLAM. Mengapakah ingin menjatuhkan Islam?
Berikut adalah 14 tuntutan dari IFC:
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Lihatlah bagaimana mereka merangka tuntutan yang jelas ingin menyamaratakan Islam yang diredhai Allah dengan agama-agama mereka yang kufur itu.
* Adakah orang yang menyokong perkara2 begini yang kita angkat menjadi pemimpin bagi memimpin kita kepada sesuatu yang jelas mempunyai agenda yang mereka inginkan....Fikir2kanlah saudara2 ku
SOKONG & SETUJU DENGAN SAUDARA...TAKBIR
BalasPadam