Tempat-tempat berikut sememangnya ada. Kalau dilihat, kita mungkin menyangka yang ia hanya wujud di dalam filem2 fantasi dan khayalan sahaja. Namun realiti yang sebenarnya tempat2 ini memang wujud di dunia ini. Yang pernah pergi dan melihat dengan mata kepala sendiri sudah semestinya berasa takjub dengan keajaiban ciptaan Ilahi ini.
susunan batu2 seperti di pahat oleh manusia ini terletak di Ireland, namun mengikut kajian ahli geologi batu2 yang berbentuk hexagon ini terhasil daripada proses vulkanik atau letusan gunung berapi
Great Blue Hole (Belize)
Terletak di Belize, ia adalah suatu lubang berbentuk mata yang terbentuk di dasar persisiran dataran pulau. Diameter lubang ini adalah mencapai 0.4km dan mempunyai kedalaman 480 kaki atau lebih kurang 145 meter
The Wave Arizona (Amerika Syarikat)
Bentuk muka bumi di kawasan Grand Canyon yang terhasil dari pengerasan lumpur2 yang mengeras menjadi batu sejak berjuta tahun dahulu
The Eye Of Sahara (Mauritania)
terletak di Mauritania, Barat Daya di Gurun Sahara. Berdiameter 30km yang menyebabkan ia boleh dilihat dari ruang angkasa. Ahli Geologi percaya ia terbentuk hasil tekanan dan hakisan, namun kenapa berbentuk bulat seperti itu masih lagi misteri.
Crystals Cave Of The Giants ( Mexico)
Terletak di sebuah lombong yang dijumpai secara tidak sengaja oleh pelombong2 di Selatan Chihuahua, Mexico. Kristal2 ini memang besar2 dan tidak pernah dijumpai dimana2 bahagian dunia yang lain.
Rio Tinto (Sepanyol)
Merupakan kawasan perlombongan yang menyebabkan kawasan itu tidak lagi sesuai didiami. Air sungai sudah bertukar warna menjadi merah kerana tahap keasidan yang tinggi.
The Hell Gates (Uzbekistan)
Dikatakan api yang membakar di dalam lubang ini tidak pernah padam sejak puluhan tahun dahulu. Ini kerana kandungan gas asli yang tinggi terdapat didalam tanah yang wujud di sini.
Black Rock Desert, Nevada (US)
Sebuah tempat dimana terletaknyer pancutan air panas atau glasier antara yang tercantik didunia
Dry Valleys (Antartika)
Tempat ini juga unik dengan lembah yang membeku selama bertahun2 lamanya dengan ketebalan ais beberapa meter, dimana bawah ais tersebut memiliki air dengan kepekatan garam yang sangat tinggi. Dengan permukaan tanah yang berpasir dengan kerikil tandus, tempat ini dikatakan tempat di Bumi yang mirip dengan planet Marikh. Tempat ini berada di Victoria Land, sebelah barat McMurdo Sound.
Salar De Uyuni (Bolivia)
Gurun garam terbesar di dunia, serta sumber air panas yang terkenal. Semuanya membuatkan daerah ini seperti tempat aneh, seolah kita tidak berada di planet bumi.
Ini merupakan sebahagian tempat2 didunia yang begitu menarik dan unik. Ada lagi tempat yang tidak sempat aku letakkan disini. Insyaallah aku akan sambung lagi entri berkaitan pada waktu lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan