Assalamualaikum WBT
Ceramah diatas di sampaikan oleh Al fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al -Hafiz Pengerusi Pusat Pendidikan Al Baraqah, Perak. Aku seringkali juga mendengar dan melayari web ustaz ni, apa yang aku nampak ustaz Kazim seorang yang teguh pendirian beliau akan menegur apa sahaja yang salah waima dari pihak mana2 sekalipun. Jadi aku tontonkan video yang berkaitan SUMPAH ini untuk penilaian dan pertimbangan kawan2 semua. Nilaikan dan pertimbangkan secara rasional mengikut lunas fikiran yang dikurniakan oleh Allah pada kita.
Polemik mengenai siapa betul siapa salah seringkali dihujahkan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda masing2. Bagi aku sekiranyer kita berada dipihak yang benar apa perlu takut..bak kata perumpamaan "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah"
Aku rasa ramai yang tau tentang apa yang cuba aku sampaikan, bagi aku sewajarnyer kita membuka minda dan lapang dada mengenai perkara ini. Kita sebagai rakyat marhaen wajar tau dan sedar akan perkara yang melibatkan maruah agama, bangsa dan tanahair yang tercinta ini. Jangan tersalah memilih pemimpin dan jangan mudah terpedaya dengan imej seseorang yang kita sendiri tidak mengetahui apa yang ada dalam hati sanubari manusia2 itu.
Jangan kita terlalu taksub dengan sesiapa pun sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional dan waras, malahan kita hanya mampu mengia dan mengangguk apa sahaja yang dikatakan oleh orang yang petah dan pandai bermain dengan kata2 dan susunan ayat yang hebat, dengan anggapan kita menyebelahi mereka dan mereka dipihak yang sama, apa sahaja yang terkeluar dari mulut mereka itu benar belaka. Manakala pihak yang bukan sekutu dan sekufu dengan kita salah dan sesat belaka.
Sedari lah walau sesiapa pun kita, kita yang bernama manusia ini tetap tidak lari dari membuat salah dan kesilapan, tiada yang maksum di dunia ini kecuali Rasullullah SAW dan Rasul2 Allah.
* ada mata lihat, ada mulut cakap, ada telinga dengar, ada akal fikir2 kan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan