Salam
Mari kita berkongsi lagi ilmu pengetahuan tentang dunia yang kita diami ini. Di bawah ini aku senaraikan Undang2 Pelik yang ada di sebahagian negara di pelosok dunia yang kita sendiri pun tidak pernah terfikir akan kewujudannyer. Namun realiti yang kita perlu sedar adalah sememangnya ia wujud dan dikuatkuasakan. Cuma bagaimana cara pelaksanaan dan bentuk hukuman itu, tidaklah aku pasti..
Thailand
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
Filipina
Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di bandar Manila, ditetapkan bahwa :
Kendaraan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi di hari isnin. Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh beroperasi di hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh beroperasi di hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh beroperasi di hari Kamis, 9 & 0 tidak boleh beroperasi di hari Jumat. Peraturan ini berlaku sejak pukul 07.00 pagi setiap harinya.
Switzerland
a.Dilarang berkebun di hari ahad.
b.Walau warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup dan memproduksi minuman beralkohol, tapi mereka diizinkan untuk mengambilnya (meminum).
Sweden
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat piawaian dan standard / izin dari kerajaan.
Korea Selatan
Para polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang mereka tahan.
Singapura
a.Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.
b.Dilarang berjalan dalam keadaan bogel.
c.Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dapat dikenakan denda.
d.Jika Anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari ahad dengan tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah).
e.Dilarang kencing di dalam lift / elevator.
United Kingdom
a.Dilarang menjual sayuran di hari ahad (kecuali carrot).
b.Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.
c.Mengambil barang yang dibuang, dapat diancam hukuman pengganas.
Mexico
a.Wanita yang bekerja di pejabat kerajaan dilarang mengenakan mini skirt atau pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
b.Dilarang memaki di tempat awam.
Itali
a.lelaki yang mengenakan mini skirt di tempat awam dikenakan hukuman kurungan.
b.Memukul orang dengan tangan dikenakan hukuman penganiayaan. Tapi memukul orang dengan meja dan kerusi dapat dianggap membela diri.
Australia
a.kanak-kanak berusia di atas 18 tahun (dibawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.
b.Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
c.Hanya Petugas Letrik bertauliah yang boleh mengganti lampu rumah.
d.Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari ahad.
Greece
Dilarang mengenakan topi di stadium , karena dapat mengganggu pandangan orang lain.
China
Hanya anak cerdas yang boleh ke kuliah di universiti (dan ini harus boleh dibuktikan dengan ijazah ujian Negara yang diterimanya).
Canada
a.Dilarang menampal plaster luka di tempat umum.
b.Dilarang menyiram tananam di kebun waktu sedang hujan.
c.Dilarang memanjat pokok.
d.Dilarang kencing di semua tempat di Kanada (kecuali tandas rumah anda sendiri).
Perancis
a.Dilarang berciuman di kereta api bawah tanah.
b.Dilarang menama kan babi peliharaan dengan nama “Napoleon”.
Israel
a.Dilarang memelihara babi di tanah Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
b.Dilarang bising di hari Sabat (Sabtu / ahad).
c.Dilarang naik basikal, kecuali memiliki izin mengendarai basikal.
* Di Malaysia ada tak Undang2 pelik yang kita tidak ketahui kewujudannya. Ada sesiapa boleh maklumkan?hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan