Pada 16 JUN 2011 ( KHAMIS) ini, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh yang akan bermula dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.
Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama (bulan penuh) dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.
Jadi kepada kawan2 yang teringin dan mahu melihat kejadian ciptaan Allah SWT ini, sama2 lah kita menunggu saat kejadian itu dan masa bermula dan berakhirnya yang akan aku paparkan di sini. Insyaallah aku teringin nak melihat dan mengambil gambar ketika kejadian itu nanti.Sekiranya aku dapat menyaksikan kejadian itu Insyaallah aku akan letakkan gambar dalam entri aku yang seterusnya.Sebelum itu jangan lupa untuk menunaikan solat sunat gerhana pada hari tersebut.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, maksudnya
Fasa Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011
FASA | KETERANGAN | MASA |
P1 | Bulan mula memasuki ‘ Penumbra’ | 1.25 pagi |
U1 | Bulan mula memasuki ‘Umbra’ | 2.23 pagi |
U2 | Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh | 3.23 pagi |
Maksimum | Gerhana maksimum | 4.13 pagi |
U3 | Bulan mula keluar dari ‘Umbra’ | 5.03 pagi |
P4 | Bulan keluar sepenuhnya dari ‘Umbra’ | 6.02 pagi |
P4 | Bulan keluar sepenuhnya dari ‘Penumbra’ | 7.01 pagi |
Catatan
Umbra – bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan