Salam
SUKMA baru sahaja berakhir hujung minggu lepas, segala keputusan sudah pun diketahui. Pasukan mana menjadi juara keseluruhan, siapa olahragawan dan siapa olahragawati pun telah sedia maklum. Cuma apa yang menjadi tanda tanya dan seribu satu persoalan yang timbul dibenak aku ni adalah kegagalan Pasukan SUKMA Perak meraih sebarang pingat EMAS dalam kejohanan itu....Ape ke hey nyer.....?
Sebagai rakyat negeri Perak ni aku juga merasa musykil dan tertanya2 dengan kegagalan pasukan negeri. Perak antara negeri terbesar dalam Malaysia, penduduknyer berjumlah lebih kurang 3 juta orang dan sudah semestinyer dengan keadaan geografi yang begitu, negeri Perak tidak ketandusan atlit yang hebat2. Apa sudah jadi pada tahun ini?
SUKMA Melaka pada tahun lepas pasukan negeri Perak telah menduduki tempat ke 11 dengan pungutan emas sebanyak 26 pingat, namun pada tahun ini kemerosotan yang amat ketara telah terjadi, dahlah dapat tempat tercorot, pingat emas langsung takde.
Kedudukan Pingat Sukan Malaysia 2011
BIL | NEGERI | PINGAT | JUMLAH | ||
E | P | G | |||
1 | 30 | 8 | 12 | 50 | |
2 | 26 | 18 | 28 | 72 | |
3 | 21 | 20 | 12 | 53 | |
4 | 16 | 11 | 19 | 46 | |
5 | 7 | 24 | 33 | 64 | |
6 | 6 | 10 | 12 | 28 | |
7 | 5 | 6 | 8 | 19 | |
8 | 4 | 5 | 13 | 22 | |
9 | 4 | 3 | 6 | 13 | |
10 | 4 | 2 | 11 | 17 | |
11 | 3 | 2 | 1 | 6 | |
12 | 2 | 4 | 8 | 14 | |
13 | 1 | 11 | 7 | 19 | |
14 | - | 5 | 17 | 22 | |
JUMLAH PINGAT | 129 | 129 | 187 | 445 |
Mengikut rekod, pada tahun ini pasukan Perak menghantar antara kontinjen yang terbesar dalam kejohanan SUKMA kali ini dengan bilangan atlit dan pegawai seramai 379 orang. ramai tu....!!!namun dengan bilangan seramai itu mustahil tiada satu sukan pun yang mampu memberikan pingat emas kepada negeri..
Aku bersetuju dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira2 Wang Negeri iaitu YB Raja Ahmad Zainuddin yang meminta penjelasan dari Majlis Sukan Negeri untuk memberi laporan tentang kegagalan ini.( klik SINI). Bukan apa,..malu juga apabila dikatakan negerinya besar, rakyatnya ramai tapi tiada kah atlit anak negeri yang mampu memungut emas dalam mana2 acara?
Bukan tidak dapat menerima kegagalan, tapi biarlah kegagalan yang terjadi itu mempunyai sebab2 yang munasabah dan boleh diterima dek akal....biorlah rasional sikit...Apapun keputusan dari perjumpaan itu nanti, apa yang penting adalah rakyat negeri Perak dapat mengetahui sebab musabab kegagalan ini terjadi. Mungkinkah kerana kekurangan atlit berbakat? (agak mustahil) atau kerana kurangnyer latihan?, mungkinkah kerana infrastuktur tidak lengkap dan terkini? (lagi mustahil), pengurusan yang salah kah? atau ada sesuatu yang kita sendiri tidak terfikir.....
* Aku masih keliru...Hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan