ReviewMe

Rabu, 29 Jun 2011

Fahaman Komunis..Ketahuilah

Tukul dan Sabit menjadi lambang fahaman ini
Salam

Semenjak dua menjak ini isu komunisma kembali bergema dengan tertangkap dan terbongkarnya berita mengenai satu kumpulan parti politik yang cuba membawa budaya subversif ini. Pihak ini dikatakan cuba menghidupkan kembali fahaman ini melalui penerangan dan ceramah dalam kumpulan kecil, edaran risalah2 dan tshirt2 yang melambangkan sokongan kepada bekas2 pemimpin fahaman ini baik dari dalam negeri mahupun luar negeri, penulisan rencana berkaitan fahaman ini dan pelbagai cara lain. Apa motif ini semua?

Bagi aku tidak lain dan tidak bukan ini adalah salah satu strategi untuk menghasut dan mewujudkan satu suasana ketidakstabilan yang boleh menyebabkan huru hara dan kacau bilau dalam negara ini. Apa yang aku fahami sebenarnya cubaan ini adalah salah satu strategi terdesak untuk mengembalikan sokongan kepada pihak2 ini. Ini kerana momentum yang dahulunya berpihak kepada mereka sudah semakin longgar.

Bila disebut sahaja komunis, fahaman komunis, ramai orang mampu menyatakannya namun adakah kita betul2 memahami konsep dan falsafah yang di amalkan oleh mereka ini. Kita mungkin mengenali Chin Peng, Karl Max, Mao Zhe Dong, Lenin dan ramai lagi pemimpin komunis ini. Apakah yang mereka amalkan? sesuaikah fahaman ini dengan umat Islam?, itu yang perlu kita renungi dan fahami betul2. Jangan kerana marahkan 'nyamuk kelambu pula dibakar' dan jangan pula kerana taksub kepada satu2 pihak yang kita sokong dan kita dokong hingga kita butakan mata, pekakkan telinga untuk merenungi dan mengetahui kebenaran.

Biarlah sokongan kita itu tidak membawa rebah. Berpada2 lah....

Apa itu Komunisma?

Komunisma adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalis. Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Max. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867 yang menjadi kitab pedoman bagi pengikut fahaman ini.


Dasar-dasar dan Pegangan


Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.

Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.

Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.

Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.

Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.

Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


Perbandingan Komunisma dengan Islam

Komunisma ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.

Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.

Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.

Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.



* Adakah orang2 yang mempunyai fahaman begini yang menjadi sekutu dan rakan baik kita? perlukah kita berjalan seiringan, berganding bahu, tolong menolong dan bekerjasama untuk satu perkara yang sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi yang sangat bahaya...fikir2kanlah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...