Salam
Sekadar perkongsian ilmu untuk kengkawan semua, sebelum ini kita mungkin hanya pernah dengar nama negara2 ni terutama apabila ada acara sukan seperti Sukan Olimpik atau pun Sukan Komanwel, dan kita tertanya2 dimanakah negara ini terletak dan bagaimana bentuk rupa negara ini, besar kah negara ini dan berapa pula penduduk nyer?.. Persoalan itu seringkali berlegar di fikiran kita. Jadi maklumat yang aku perolehi ini aku nyatakan dibawah untuk pengetahuan kita tentang dunia yang kita duduki ini.
Vatican City - 0,2 mil persegi – Merupakan negara berasaskan agama yang paling kecil di dunia. Vatican hanya mempunyai populasi sebanyak 770 orang, dan tidak ada warga negara tetap. Negara kecil yang dikelilingi oleh St. Peter’s Basilica ini merupakan pusat keagamaan kristian katholik
Monaco – 0,7 mil persegi – Negara kecil ini terhampar sepanjang pantai mediteranian berdekatan Perancis. Monaco dihuni sekitar 32 000 warganya. Negara ini juga terkenal dengan Casino Monte Carlo dan Princesss Grace. Negara ini telah berdiri sebagai sebuah negara merdeka sejak abad ke 13.
Nauru – 8,5 mil persegi – Sekitar 13 000 warganya sangat bergantung kepada mineral fosfat yang semakin hari semakin menyusut. Negara ini merdeka pada tahun 1968 dan sebelumnya dikenal sebagai
Pleasant Island.
Tuvalu – 9 mil persegi – Tuvalu terdiri dari susunan 9 karang yang membentuk pulau2 di sepanjang rantai karang yang terdapat di Polynesia. Negara ini merdeka pada tahun 1978 dan dihuni sekitar 12 000 warga.
San Marino – 24 mil persegi – terletak di gunung Titano sebelah utara Itali, San Marino mempunyai 29 000 penduduk. Negara yang mengisytiharkan sebagai negara tertua di Eropah ini telah berdiri sejak abad ke 4.
Liechtenstein – 62 mil persegi – Berpenduduk sekitar 34 000 orang, negara ‘mikro’ ini terletak di Sungai Rhine antara Switzerland dan Austria.
Marshall Islands – 70 mil persegi – Mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1986 setelah rasmi memisahkan diri dari Pasific Island (yang termasuk dalam wilayah Amerika Syarikat). Negara ini berpenduduk 58 000 orang.
Saint Kitts and Nevis – 104 mil persegi – Negara yang terletak di kepulauan Caribean ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1983 dan mempunyai warga negara seramai 39 000 orang.
Seychelles – 107 mil persegi – 81 000 penduduk yang tinggal di negara kepulauan di Samudera Hindia ini telah merdeka dari Inggeris sejak tahun 1976.
Maldives – 115 mil persegi – Terletak di Samudera Hindia, negara ini mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1965 dan dihuni oleh 340 000 penduduk.
Malta – 122 mil persegi – Negara ini terletak di sebelah selatan pulau Sicilia Itali. Merdeka pada tahun 1964 dari Inggeris dan mempunyai 400 000 penduduk.
Grenada – 133 mil persegi – Terletak berdekatan dengan Venezuela, negara ini merdeka pada tahun 1974 dari Inggeris dengan populasi penduduk berjumlah 90 000 orang.
Saint Vincent and the Grenadines – 150 mil persegi – 117 000 penduduk menghuni negara yang terletak di Kepulauan Caribean ini. Negara ini mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1979.
Barbados – 166 mil persegi – Merdeka dari inggeris pada tahun 1966 dan dihuni sekitar 280 000 orang dan terletak di Kepulauan Caribean
Antigua dan Barbuda– 171 mil persegi – Penduduk negara yang berjumlah 69 000 orang ini merdeka dari Inggeris pada tahun 1981. Tiga pulau indah yang menjadi wilayah negara ini mempunyai pemandangan yang sangat indah.
Andorra – 180 mil persegi – berpenduduk sekitar 70 000 orang, dan merdeka dari Perancis pada tahun 1278.
Palau – 191 mil persegi – Palau dikenal juga dengan nama Belau, sebelumnya bernama Carolines. Terdiri dari 200 gugusan pulau dengan populasi sebanyak 20 000 orang penduduk. Palau merdeka sejak tahun 1994.
terima kasih atas informasi.
BalasPadam