ReviewMe

Rabu, 15 Jun 2011

Melabur Amalan Mulia?....

Malam ni aku sendiri pun tak tau apa yang nak aku tuliskan, entah kenapa idea dari kotak fikiran aku malam ni betul2 'blur'. 2, 3 kali aku menjenguk keluar rumah nak tengok keadaan cuaca malam ni. Yelah dalam pukul 4 pagi nanti aku harap sangat dapat menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh. Namun macam harapan tinggal harapan aje, cuaca di tepen hujan dan kelihatan awan menutup ruang angkasa. Bulan pun tak kelihatan, apapun Insyaallah 4 pagi nanti aku akan cuba bangun, manalah tau cuaca dan keadaan langit terang. dapatlah aku menyaksikan kejadian ciptaan Allah itu.


Sambil duk membuka laman2 web di internet, aku terjumpa gambar ini....Agak kawan2lah apa yang dorang buat tu yer?...ahahahaha....lawak ada, geli pun ada aku tengok. Macam mana lah dorang boleh buat selamba aje dengan aktiviti macamni. Yang paling best manusia2 yang duk mencangkung kat bawah tu..aduyai... Boleh kawan2 bayangkan kalau kita disituasi macamtu. Aku rasa ada yang tak lalu makan nasi seminggu kot...hahahaha

Bagi aku inilah yang dikatakan pelaburan yang terhebat abad ini. Pelbagai jenis dana digunakan sehingga fund manager pun pening kepala ke mana nak disalurkan semua dana-dana ini. Kepada yang tak cukup dana boleh dapatkan sumber dana di bank-bank pesisir pantai. Tak de interest, free of charge sahaja. hahahaha.....pelaburan dijamin untung

* macam2 perkara boleh terjadi didunia ni.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...