Hari ini mak dan keluarga abang aku bertandang ke rumah aku...percutian mereka yang singkat, cuba aku penuhi dengan membawa mereka santap di Kuala Sepetang, kalau mengikut cakap2 orang luar ramai yang teringin nak makan mee udang disitu, bagi aku pula sebagai penghuni daerah Taiping ni perkara tersebut dianggap sebagai kebiasaan,,(sebab dah selalu makan)..hehehe
Banyak kedai2 yang menggunakan promosi mee udang disepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang ni..kawan2 cume perlu tau gerai yang mana menyajikan mee udang yang betul2 sedap dan menggunakan tema "selak udang baru nampak mee"...hehehe
Kalau mengikut kata orang2 yang pernah makan mee udang tersebut gerai yang bernama Gerai Mee Udang Mak Teh, Mak Jah, Pak Salleh adalah antara gerai mee udang yang tersohor di sini, ada juga yang lain cuma aku tak pernah lagi merasainyer....bagi aku selera masing2 ni susah nak di gambarkan, aku cuma boleh cadangkan kawan2 yang teringin nak makan mee udang yang sedap dan mengiurkan boleh la mencuba gerai mee udang yang aku nyatakan diatas...ini adalah antara gerai2 yang femes di kuala sepetang ni..
Aku bawa keluarga abang aku ke gerai mee udang mak teh, untuk mereka yang teringin nak pergi perjalanan dari Taiping ke gerai ini hanya memakan masa sekitar setengah jam sahaja dan pengenalan yang paling mudah selain dari melihat signboard yang ada adalah dengan melihat pencawang elektrik kuala sepetang ini kerana gerai mak teh ni betul2 berhampiran dengan pencawang elektrik tertinggi yang ada disitu....
Mee udang yang di pesan oleh keluarga abang aku adalah mee yang menggunakan udang laut yang segar dan harganyer pulak RM 10 semangkuk, rasanyer memang manis dan lembut...udang kolam/ternak sudah abes waktu kami kesini....komen pertama dari abang aku mee udang digerai nimemang sedaplah, jadi berbaloi lah percutian singkat mereka ke taiping kerana dapat makan mee udang yang femes itu...hehehe
* banyak lagi tempat yang boleh dilawati di daerah taiping ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan