ReviewMe

Khamis, 2 Jun 2011

Orang Kaya Aje Yang Makan

Salam 

Teringat aku pada ayat2 yang popular macamni suatu ketika dahulu....

"Bulan ini aku makan Megi sahaja lah nampaknya, banyak duit habis sebab membeli barang untuk projek akhir tahun, " kata kawan aku semasa di universiti dahulu

"Tengah tengah bulan macam ini, Megi menjadi makanan ruji aku," keluh kawan2 sekerja semasa aku bekerja part time di kilang tahun 1996 dulu

Kedua kenyataan di atas menunjukkan Megi, bahan makanan murah sekaligus dijadikan juadah utama di waktu poket kering dan bagi orang yang tak reti nak masak makanan lain.


Ada masa dan ketika sewaktu berkhemah ataupun melakukan aktiviti luar semasa aku belajar dulu nak cepat punya pasal, tak perlu mangkuk, tak perlu sudu dan garpu. Koyakkan bahagian atas peket Maggi secara berhati-hati, curahkan air panas,  tunggu 2 minit dan dimakan. Waktu itu Maggi yang berada dalam peket tu dirasakan seperti makanan yang maha sedap aje rasanyer....maklumlah tengah2 malam lepas penat beraktiviti, perut lapor minta diisi, nak masak malas,...megi tulah yang jadi menu wajib.

Kini, Megi turut dijadikan antara menu di kedai mamak.

"Megi goreng?," soal mamak.

"Taruk telur goreng mata lembu," pinta pelanggan.


Sebungkus Megi mengandungi 5 peket di Malaysia berharga kira-kira RM3 dan  ada yang lebih harganyer. Maksudnya setiap satu berharga hanya  kira2 60 sen.Semua orang boleh makan.Itu di Malaysia, negara tumpah darah kita. Di Cambodia atau Kemboja, berlainan kisahnya.

Sebungkus Megi mengandungi 5 peket berharga US10 atau lebih kurang RM30. Maksudnya, setiap satu berharga RM6.

Jadi, di sana, hanya orang kaya sahaja makan Maggi....hahahaha

* setiap pelusuk dunia mempunyai pelbagai ragam yang kita sendiri kurang arif....moralnyer 'jauh berjalan luas pandangan'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...