ReviewMe

Selasa, 21 Jun 2011

Sejuk Hatiku

Salam

Sudah 2 hari aku tak dapat mengemaskini blog aku ni, enatah kenapa la internet kat kawasan umah aku ni bermasalah. Tekanan pulak aku rasakan, bila ada peluang begini elok juga aku mencatatkan sesuatu disini untuk tatapan kawan2 dan juga untuk sumber inspirasi bagi aku.

"Hati akan menjadi tenang apabila kita tidak mencari-mencari kesalahan orang lain". Entah macam mana tiba-tiba kalimat tersebut muncul dalam pemikiran aku semasa aku sedang mula nak berasa marah terhadap situasi yang aku alami, yang aku nyatakan tadi. Kadang-kadang aku naik risau melihatkan sikap aku dan sikap kawan2 aku yang suka sangat mencari kesalahan orang lain.

Antara sebab orang yang suka mencari kesalahan orang lain yang pernah aku baca ialah untuk menutup kelemahan sendiri. Sebenarnya perkara ini berlaku saban hari di sekeliling kita. Mencari yang negatif, yang buruk, yang hodoh dan segala macam yang tak baik itu lebih seronok daripada mencari yang positif. Tambahan pula apabila kita dapat membuka aib orang atau cerita yang menjadi rahsia hidup seseorang maka lebh kuatlah perkara tersebut dicanang dan dikompangkan.

Kalau di dalam ajaran agama Islam kita digalakkan supaya sentiasa bersangka baik atau disebut Husnuzzan. Dengan hanya kita bersangka baik hati akan menjadi lebih tenang. Kita tidak akan lagi mencari-mencari kesalahan orang lain. Anda buat anda dapat. Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan kita sehari2 mesti semuanya mempunyai maksud dan tujuan yang sama ke arah mendidik hati kita sendiri ke arah fitrah semulajadinya iaitu KETENANGAN.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...