Assalamualaikum WBT
Lihat sahaja pada tajuk blog aku pada kali ini pun semua orang dah agak akan isi kandungannya. Macam dah tiada tajuk lain je yang hendak diceritakan. Mungkin ada yang sudah bosan dan mungkin juga mual. Tapi bacalah dahulu, kerana serba sedikit aku ingin berkongsi pandangan aku dan pengalaman aku mengenainya. Pandangan masing2 adalah berbeza dan aku tidak memaksa kawan2 mengia atau menidakkan perkara ini.
Sebenarnya semua orang akui yang manusia memang suka berhibur. Sampai ada para ustaz atau 'pak aji' pun menyokong yang hiburan itu mesti dan kononnya mesti berlandaskan hukum syara'. Perghh....sedap betul penjelasan yang diberikan itu. Cuba berikan apa dia sumber hiburan yang berlandaskan hukum syara' tu pada saya. Kalau hendak di katakan akademi Al-Quran, Imam Muda atau pertandingan nasyid, berapa banyak promosi yang di lakukan untuk menjayakan program ini? Berapa ramai yang hadir dan berapa ramai golongan muda yang meramaikan majlis hiburan tersebut? Sponsor berapa banyak yang diperolehi?semua nyer menjadi satu pertanyaan...kalau AF, Mentor, One In Million...tak payah kita sebut budak sekolah rendah pun tau rancangan apa...yang jadi pelik dan tanda tanya kenapa orang melayu beragama Islam terlalu ramai dan boleh dikatakan memonopoli semua rancangan ini...mana dia bangsa2 lain..tak berminatkah mereka dengan rancangan ni...kalau dilihat pada hadiah..wah memang mewah....kadang pelik juga bilamana ada mak bapa yang sanggup berhabisan untuk semua perkara yang berkaitan hiburan ini...menangis bersungguh2 andai tidak terpilih walhal itu semua hanya hiburan yang bersifat sementara....kalau menangis kerana gagal masuk Akademi Al-Quran, Imam Muda, gagal dalam peperiksaan atau yang sewaktu dengannya boleh juga diterima...ini rancangan hiburan yang begitu di ia2kan...patutkah demikian?Kalau nak difikirkan balik, tengok sahaja bangsa2 lain berlumba2 memajukan diri masing2 dalam pendidikan, ekonomi dan segala macam yang berkaitan..kita ni asyik2 disogokkan dengan hiburan dan yang jadi lagi bagus tu disokong dengan sepenuh hati walau bukan semua....tapi itu realitinya kan.....
Aduh...parah betul.....
Bukannya aku ini 'jumud' atau anti-hiburan atau apa sahaja nama panggilan yang ada untuk orang seperti aku ini. Tapi cubalah fikirkan sejenak, betul atau tidak yang orang melayu ini suka berhibur? Contoh cuba kita lihat bagaimana orang barat ini mempromosikan sukan bola sepak sehinggakan kita sendiri pun sanggup tidak tidur malam (aku pun sama) atau terlalu fanatik sehinggakan membakar harta benda awam hanya kerana pasukan kesayangan mereka kalah? Bagaimana perkara sebegini terjadi? Pernahkah kawan2 semua terfikir yang mungkinkah ini semua adalah satu daripada alat untuk melalaikan orang Islam? Memanipulasikan kesukaan orang melayu dan terus menggunakan kelebihan ini untuk melemahkan kita.
Ada juga diantara mereka yang mengatakan yang mereka rasa lebih tenang apabila berhibur. Segala masalah akan hilang dan tekanan dalam diri akan terlerai apabila berhibur. memang tak salah berhibur tapi jangan lah terlalu sangat sehinggakan ia menjadi satu kemestian,dan diagung2 kan..konon mendapat kepuasan dari hiburan...betulkah demikian...kepuasan yang kita dapat memang terasa nikmat. Tapi untuk sampai bila? Kemudian bila kita merasa tertekan lagi, kita berhibur lagi..Bukankah lebih baik kalau kita bersolat atau membaca Al-Quran atau buku-buku berbentuk motivasi atau bahan bacaan ilmiah yang kesannya adalah Insya'allah untuk selamanya?
Pada masa sekarang ini, tiada apa pun yang kita buat itu adalah betul. Pada mulanya sahaja nampak betul, tetapi apabila difikirkan kembali semuanya pasti ada silap. Silap yang boleh menjahanamkan diri dan masa depan kita. Sebenarnya kita boleh lihat rentetan dari sejarah negara kita sendiri. Bagaimana penjajah masuk ke negara kita dan membawa pembaharuan yang sebenarnya racun bagi kita. Memberikan kemewahan dunia dan kuasa kepada kita sehinggakan kita lupa yang semua itu hanyalah bersifat sementara. Suatu hari nanti apabila tiba masanya, bukan itu yang akan dibawa sebagai penolong kita di dalam kubur nanti. Janganlah kita menjadi angkuh dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bila ada orang menegur, fikirlah dahulu teguran itu dengan tenang. Janganlah membuat kesimpulan yang membuta tuli sebelum berfikir. Kelak yang menyesal nanti adalah diri kita sendiri juga dan bukan orang yang menegur itu. Tak rugi pun kalau kita membuat kebaikkan kepada orang lain dan diri kita. Selalulah kita tegur menegur, sebab ianya adalah salah satu suruhan dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan