Rabu, 6 April 2011

Kebenaran- Benar dan Betul .....


Assalamualaikum WBT

Benar dan Betul
“sesuatu yang subjektif dan bukan mutlak”

Banyak orang yang sampai sekarang mencari apakah erti kebenaran dan mencari apakah kebenaran itu. Sampai saat ini sebagian orang yang merasa sudah menemukan erti kebenaran. Tetapi sebenarnya kebenaran yang mereka temukan belum tentu sama dengan kebenaran yang dianut atau dipercayai oleh orang lain.

Pada dasarnya kebenaran tidak pernah hanya pada satu atau mutlak kerana kebenaran bagi setiap orang akan berbeza-beza. Jika bagi sebahagian orang sesuatu hal adalah benar, pasti ada sebagian orang yang mengatakan bahawa itu tidak benar dan salah sama sekali.

Misalkan saja bagi sebahagian orang percaya bahawa si polan telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang berat dan besar, dan wajar dikenakan hukuman setelah terbukti dan ternyata ia melakukan kesalahan tersebut namun ada juga dikalangan orang lain yang bermati-matian tidak mempercayai bahawa si polan melakukan perkara tersebut atas dasar mereka sendiri yang mengetahuinya mengikut budi bicara dan pemikiran masing-masing dan ada juga yang bersungguh-sungguh mempertahankan si polan walaupun kita ketahui bahawa manusia sekarang ini tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan...salahkah mengaku dan mengiakan?atau salahkah di sebaliknya si polan memberikan bukti dan keterangan bahawa si polan tidak bersalah tanpa menuding jari pada orang lain...salahkah?


Kebenaran yang bersifat subjektif dan tidak tunggal ini sering kali menciptakan sebuah perselisihan kerana setiap orang melindungi apa yang mereka yakini benar. Tetapi kebenaran juga memiliki sisi positif kerana dengan kebenaran yang diyakini, setiap orang tidak akan kehilangan tujuan dan pandangan hidup mengenai segala sesuatunya.

Tetapi sayangnya masih ada orang yang belum dapat menemukan erti kebenaran bagi dirinya sendiri. Sehingga mereka tidak memiliki tujuan hidup dan pandangan hidup. Mereka yang tidak mengetahui apa itu kebenaran hanya berada ditengah2 antara kata benar dan betul yang difikirkan orang lain. Mereka tidak terikat dan tidak memihak kepada sesiapa pun dan apapun kerana bagi mereka hanya sebuah golongan yang selalu berfikir terlebih dahulu jika ditanyakan sesuatu.

Jadi sebenarnya: 
“Apakah kebenaran itu? Apakah yang kau lakukan selama ini sudah benar? Apakah yang kau yakini itu benar? Semuanya hanya berupa jalan yang bercabang dua. Yang harus dipilih adalah jalan yang kiri atau yang kanan. Kerana dikiri adalah jalan yang benar dan yang kanan adalah jalan yang betul. Semuanya terserah pada kata hati mu karena kata hatimu adalah jawapan yang terbaik.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...