Isnin, 11 April 2011

Rasuah: Pembangkang pura-pura


Assalamualaikum WBT


Satu artikel yang menarik. Jadi aku poskan ke blog aku ni sebagai bahan bacaan untuk difikirkan bersama dan direnungi, bukan aku bermaksud untuk menyebelah mana-mana pihak, bagi aku perkara yang baik, betul dan aku rasakan benar perlu di fikirkan bersama.

ISU memerangi rasuah ialah senjata utama yang digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008. Ini jelas dilihat pada dokumen-dokumen manifesto, termasuk manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dinamakan Harapan Baru Untuk Malaysia.

Dokumen berkenaan dengan berkobar-kobar mengisytiharkan bahawa 'Dengan semangat membara KeADILan untuk memerangi rasuah, pembaziran dan salah tadbir, kadar pertumbuhan sebanyak lapan peratus adalah sangat realistik untuk kita capai.'

Seharusnya sebelum mahu berbicara mengenai 'memerangi rasuah', PKR patut sedar terlebih dahulu bahawa perang itu bukanlah suatu perkara yang indah dan enak. Operasi 3B yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini ialah salah satu contoh perang sebenar terhadap rasuah, bukan perang air liur dan main-main ala pembangkang.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya telah menjadi saksi kepada operasi memerangi rasuah yang paling besar dalam sejarah negara, membabitkan anggota SPRM dengan bantuan Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara. Beberapa kontena borang kastam K1 telah disita, bukti telah dikumpul mengenai transaksi, pemilikan harta dan butir-butir akaun yang mencurigakan.

Kemudiannya serbuan-serbuan dilakukan dalam tempoh 48 jam dan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan untuk siasatan lanjut. Namun seperti yang dijangka, media-media pembangkang seolah-olah membisu tanpa laporan usaha bersejarah SPRM ini.

Rakyat sebenarnya cuma ingin tahu bagaimana JKDM, yang mengurus beribu-ribu transaksi kemasukan barangan import di pintu-pintu masuk negara, boleh 'ditingkatkan' kembali menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara seperti LHDN.

Rakyat juga cuma menagih rahsia bagaimana seorang pegawai JKDM berpangkat rendah boleh memiliki ratusan ribu ringgit dalam akaun-akaun amanah saham dan membeli rumah serta kereta mewah secara tunai. Ini sama sekali bukanlah pendedahan yang indah-indah dan enak-enak. Namun inilah hakikat 'peperangan'.

Bagaimanapun, sejurus insiden kematian seorang pegawai JKDM di bangunan SPRM, media-media alternatif dan pembangkang tampak sama sekali berubah arah. Malaysiakini yang dahulu lantang mengaitkan kakitangan awam dan rasuah dengan tajuk rencana seperti Kabel dengan kaki tangan awam yang rasuah, tiba-tiba berubah nada simpati apabila menggunakan tajuk KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan.

The Malaysian Insider yang dahulu giat 'menelanjangkan' JKDM dengan penggunaan tajuk Tangkapan rasuah Kastam cuma sebahagian kecil dari sebenar, kata SPRM (Customs graft bust just tip of iceberg, says MACC) kini adalah jaguh pembela JKDM dengan tajuk Mustahil Sarbani membunuh diri, kata rakan (Impossible for Sarbani to commit suicide, says friends) sambil menunjukkan gambar rakan dan keluarga si mati yang sedang bersedih.

Tidak ketinggalan lidah PAS, Harakah. Dahulu ia giat menghentam jabatan kerajaan dengan penggunaan tajuk berita seperti Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera. Kini ia pandai pula menjadi sahabat akrab kepada kakitangan awam dengan menggesa Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil.

Dalam suasana keruh ini, PAS muncul juara penghentam SPRM dengan membawa beritaTakziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM. Walhal di dalam manifesto PRU ke-12nya, PAS lantang berikrar akan 'Memperkukuh agensi-agensi'Pemantau' (Watchdog) seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR)'. Gelagat ini sama sekali tidak konsisten dan menyerupai sifat kemunafikan.

Apa yang lebih mengecewakan ialah tingkah laku DAP dalam 'memerangi rasuah', sejurus selepas penghakiman kes Tan Boon Wah v. Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Ors pada November tahun lepas, yang mengehadkan soal siasat SPRM kepada hanya sehingga pukul 5.30 petang.

Pengerusi DAP yang juga peguam yang mewakili plaintif, Karpal Singh telah menyatakan di luar mahkamah bahawa "para saksi untuk tiga tahun sebelum ini, yang telah ditahan secara salah dan soal siasat mereka dijalankan selepas waktu pejabat boleh menuntut ganti rugi."

Bukankah menggalakkan pesalah-pesalah rasuah menyaman SPRM ialah keburukan (mischief) yang besar? Apa jenis faedah yang Karpal Singh harapkan apabila bersusah-payah untuk menghasilkan kekalahan moral bagi SPRM dan kemenangan moral kepada perasuah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...