ReviewMe

Jumaat, 1 April 2011

Maharaja Lawak..Lawak Ke?hehehe


Assalamualaikum WBT

Walau hati dalam kesedihan aku gagahkan jua la menonton minggu pertama program Maharaja Lawak malam ni....mudah2an dapat mengketawakan aku dan hatiku ini...ewah (dalam hati ada taman)....tengok pada promosi dan peserta dalam rancangan itu...kita mesti meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat lahirnya maharaja dikalangan raja2 yang sudah ada....

1 April merupakan minggu pertama peserta2 melaksanakan dan mempamerkan aksi dan idea lawak mereka dan dari pandangan aku malam ni semua peserta sudah melakukan....mungkin belum yang terbaik dan aku dapat rasakan pada minggu2 akan datang akan lahir idea yang membolehkan mengguleng-gulengkan aku ni tertawa....

malam ni peserta yang mempamerkan lawak yang baik bagi aku adalah R2, jozan, sepah, nabil, balas....ketawa la juga aku tadi...minggu depan aku harapkan lebih terbaik lagi....amir, jihan, alex n kumpulan Y..korang buat la yang terbaik minggu depan yer.....pemilihan juri pun ok dan memang layak bagi mereka....ahmad idham tu aku agak konpius gak la...mungkin atas tiket pengarah kot....


malam yang tiada penyingkiran dan aku nak mohon pihak astro tayangkan ajelah Maharaja Lawak ni di saluran sedia ada tu...jgnla pulak ditukarkan ke astro warna...aku tak melanggan la...aduyai....

buat masa ni aku masih tak boleh nak menjangka dan memilih peserta pilihan...so kita tunggu minggu depan dan minggu seterusnya....

adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...