Khamis, 8 September 2011

Tazkirah Jumaat - Duduk Antara 2 Sujud

Salam

Perihal solat yang kita kerjakan sehari 5 waktu sehari semalam itu, pasti antara kita ada yang kurang mengambil berat maksud dan makna setiap apa yang di bacakan ( termasuk aku...ngaku2 ).

Mengenai bacaan duduk antara 2 sujud, kadangkala ada dikalangan kita yang membaca nyer laju sampaikan sebutan yang sepatutnya jadi lain.

Hari ini aku nak ingat mengingati bagi diriku sendiri dan berkongsi dengan kawan2 semua mengetahui makna apa yang kita bacakan itu. Sama2lah kita beramal dan mengambil tahu mengenainya sebagai kewajipan umat Islam.


DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Sama2lah kita hayati dan sematkan di dada keimanan masing2...


✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)


* selamat beramal.......Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...