ReviewMe

Isnin, 19 September 2011

Jangan Di Bagi Muka Kat Mamat Ni...


Salam

Ada betulnyer juga apa yang dikatakan oleh mantan PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Melayu Mudah Lupa...memang sebahagian kita yang berbangsa Melayu mudah sangat terlupa..

Mamat ni dahulu pernah menghina agama kita, menghina lagu kebangsaan kita dan menghina seorang guru besar yang berbangsa sama dengan kita. Tindakan tiada langsung dikenakan keatas mamat ni, malahan permohonan maaf yang dibuat bagi aku langsung tidak menunjukkan keikhlasan. 

Lagi bagus ada pak menteri yang berbangsa Melayu melayan kedatangan mamat ni ke parlimen dengan tidak mengikut protokol yang sepatutnya. Apa istimewanyer mamat ni? Kalau kita adakah semudah itu?

Filem yang mamat ni arahkan pelakon2 nya ada dikalangan bangsa kita. Filem yang dinamakan Nasi Lemak 2.0 sedang ditayangkan ketika ini...apa ke jadahnyer ntah.. bagi aku senang aje..semuanya kerana duit.

Aku memang takkan setuju dan sesekali bersedia untuk menonton filem yang dibuat oleh mamat ni walaupun konon2nya berkaitan dengan semangat perpaduan. Kalau boleh kerajaan/finas jangan beri muka langsung pada dia.Namun filemnya tetap juga keluar ke pawagam. Apa sebab?Wallahualam

Disebalik itu macam2 kenyataan yang keluar dari mulut mamat ni dengan pelbagai alasan untuk 'menghalalkan' filem arahan dia. mungkin dia sedar kebanyakan orang Melayu takkan menonton filem dia ni.

Apa yang aku dapat baca dari sinopsis cerita ni memungkinkan mamat ni nak menyindir dan memperli orang melayu secara tidak kita sedari. Mamat ni nak menunjukkan yang perpaduan dalam negara kita wujud secara salah. Dia nak menunjukkan bahawa apa pun rakyat negara ini mesti menunjukkan 'malaysia first' bangsa kemudian. itu yang aku nampak....

* Melayu jangan mudah lupa....beringat2 lah....


1 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=OtCu1Cm7caM

    tengok apa yang dia cakap..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...