Ahad, 25 September 2011

Islam Itu Indah...

Salam

Renung2kan dan selamat beramal


"bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan"


jawab Tuan Guru......


"ingat balik pesanan al-Imam Hasan al-Banna, "bina Islam pada hati kamu, pada jiwa kamu, pada jasad kamu, maka Islam akan menerangi di sekitarnya"..apabila seseorang itu memahami Islam, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam..kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam..

setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah..

Tuan Guru menambah lagi, "ketika di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan, hal ini menujukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya"

maka, fahamilah kepada kita semua, negara Islam tidak akan tertubuh melainkan ia bermula dari setiap tubuh muslim itu..maka, usahlah bertelagah tentang hal-hal yang membawa kepada kehancuran umat Islam, binalah tubuh kita dengan Islam, kemudian masyarakat kita..

wallahua'lam..

* ada ke pemimpin2 yang mengatakan deme ni pejuang Islam dan lebih Islam dari orang lain cakap macam ni?ada ke? melainkan menuding jari menyalahkan orang lain, menuduh macam2, jatuh hukum sesuka ati, mengatakan puak deme lebih Islam dari puak lain...ni nak di sokong dan dipercaya cakap2 deme? minta maaf la chor.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...