Ahad.....sedang aku menonton perlawanan badminton terbuka malaysia ni...tiba2 aje ingatan aku kembali ke masa aku kanak2 dulu...entah mengapa ingatan aku tiba2 aje teringat memori silam waktu bermain gelang getah/getah bulat yang berwarna warni tu...bukan getah belacan yang orang buat ikatan pada barang2 runcit tu...hehehe...aku pun terus buka blog n menulis dan mencari nukilan2 yang ada kaitan dengan memori aku ni....
getah bulat
Rasenye mereka yang masa keciknya same waktu dengan aku pasti mengetahui permainan getah bulat atau bahasa mudahnya main getah. Permainan ini antara game yang sangat top satu ketika dulu. Apabila tiba musimnya game ni akan menduduki carta nombor satu dalam banyak-banyak game zaman itu...memang best...kemana aje pegi dalam pelusuk kampung tu mesti kelihatan budak2 main game ni....tak kira pagi ke petang ke janji ada geng....
Penjual getah rasmi dan swasta pun muncul macam cendawan tumbuh. Kalau tak silap ingatan aku sekupang pun dah dapat...tapi adale dalam 20 getah bulat...lagi banyak duit lagi banyak le getah ni boleh dibeli...tapi waktu tu sekupang pun dah dikira banyak dah bagi budak2 kampung...aku ingat lagi kedai Pak Tam Ja'e la port utama nak beli getah ni di kampung aku...(kedai ni dah tak de dah....) ok la cara mainnya macam ini.
Dua tiang kayu akan dicacakkan di kiri dan kanan di kawasan yang lapang. Setelah pailing tiangnya agak kukuh maka satu atau dua getah bulat akan direngangkan diantara dua tiang. Sesiapa yang hendak main mesti membuat pertaruhan berdasarkan jumlah bilangan getah yang dipersetujui. Kadang-kadang 5,10,15 atau 20 (Jumlahnya bergantung kepada persetujuan. Setelah itu jumlah getah bulat yang telah dipersetujui akan diletakkan di atas getah yang diregang diantara dua batang kayu tadi.
Warna getah bulat ada bermacam-macam warna merah, kuning, biru, hijau dan ada juga yang berwarna antara campuran warna-warna yang aku sebutkan tadi. Jumlah pemain yang menyertai permainan ini tidak terhad. Lagi ramai lagi bagus. Setelah getah-getah bulat diletakkan di atas getah yang diregang antara dua palang maka tibalah pula masa mengundi giliran untuk menentukan siapa yang akan memulakan permaianan dan giliran bagi pemain yang seterusnya.
Matlamatnya ialah untuk menjatuhkan seberapa banyak getah ke atas tanah daripada getah yang telah diletakkan di atas getah yang diregangkan di antara dua kayu. Jarak antara tempat menaget getah ke palang ialah kira-kira 5 ke sepuluh langkah. Getah yang digunakan untuk menaget getah sasaran dinamakan tagan. Ada tagan jenis biasa dan ada jenis tagan gundu.
Matlamatnya ialah untuk menjatuhkan seberapa banyak getah ke atas tanah daripada getah yang telah diletakkan di atas getah yang diregangkan di antara dua kayu. Jarak antara tempat menaget getah ke palang ialah kira-kira 5 ke sepuluh langkah. Getah yang digunakan untuk menaget getah sasaran dinamakan tagan. Ada tagan jenis biasa dan ada jenis tagan gundu.
Untuk membuat tagan gundu memerlukan sedikit kemahiran memintal getah. Tapi tagan ni memang powerfull. Tagan gundu boleh dilepaskan dari jarak yang jauh berbanding tagan biasa. Ibarat senapang dengan pistol. Kadang-kadang sekali taget semua getah sasaran dah jatuh semuanya ke tanah. Kepada pemenang akan tersenyum riang akan mendapat getah yang banyak. Kepada yang kalah pulang dengan perasaan hampa dan terpaksalah beli getah lagi..kadang tu ada yang menangis sebab getah nyer dah habis...kalah la tu....report kat mak..pastu mak nyer datang n minta balik getah anaknyer...hahaha...kenangan2 yg memang nostalgia la...
Inilah permainan aku saban petang sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang memang. He he apa apa pun main getah ni memang best...
Aku rasa aku nak kembali ke zaman budak2 dulu.....huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan