Bagaimana Sungkai mendapat nama?
Mungkin sebahagian dari anak jati sungkai sendiri tidak mengetahui asal usul nama Sungkai...jadi disini aku berkongsi apa yang aku dapat n aku pernah bertanya pada orang2 tua dahulu...(masa ting 3 kan ada kerje kursus sejarah)...ok korang cube baca n korang nilaikan sendiri....Sungkai seharusnya sinonim dengan pokok Sesungkai tumbuhan yang melata di sepanjang Sungai Sungkai dan sekitarnya. Secara fizikalnya teras batangnya lembut seperti pokok ubi dan daunnya seperti daun pokok mengkudu tapi bercabang dan batangnya boleh membesar seperti pokok mangga. Ironiknya orang di pedalaman Pahang (Sungai Pahang) memanggilnya pokok Sungkai dan mereka mengamalkan dalam perubatan tradisional dimana air rebusan daunnya diminum untuk menghilangkan demam panas. Orang Sungkai suka menggunakan pokok tersebut untuk dibuat tiang jambo (pondok menjaga buah durian gugur)kerana tiang tersebut akan hidup dan tahan lama (seperti yang kita menanam pokok ubi). SMK Sungkai ada menanam pokok ini sebagai salah satu proses pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Panglima Hitam dan kawasannya.
Panglima Hitam adalah penjaga kawasan mukim Sungkai dan sekitar Pahang, mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan penjaga dan kenapa hanya mukim Sungkai dan sekitar Pahang? Setiap kawasan ada penjaganya yang akan mengawal segala hal-hal ghaib yang berlaku di kawasan itu, di Sungkai dan Pahang nama penjaga tersebut adalah Panglima Hitam. Jika hal-hal ghaib berlaku di Taiping, bomoh di kawasan Sungkai dan Pahang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan merujuk kepada bomoh di kawasan Taiping kerana ada penjaganya yang tersendiri di situ, samalah jika sebaliknya berlaku.
Persoalan yang kedua kenapa Sungkai dan Pahang sahaja, alasannya Panglima Hitam hanya mengawal hal-hal ghaib di kawasan adanya pokok Sesungkai. Pada mulanya aku tidak percaya bahawa pokok Sesungkai cuma boleh didapati di Sungai Sungkai dan Sungai Pahang sahaja. Namun setelah menjarah hampir kebanyakan kawasan pedalaman di Semenanjung waktu belajar dulu, pernah melakukan Trans Titiwangsa aku yakin bahawa perkara itu benar.
Puteri Buih
Sungkai mengikut ilmu asal-usul ada kaitan dengan salasilah keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut di Sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Kecantikan Puteri Buih amatlah masyhur hingga menarik perhatian Sultan Perak lalu ia meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih kononnya datang dari keluarga bunian.
Setelah perbincangan diadakan antara pihak Sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka dua (2) syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. Dua (2) syarat tersebut ialah keturunan Sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning. Jika perkara ini dilanggar malapetaka akan berlaku terhadap Sultan. Pernah satu ketika Permaisuri Sultan Perak datang ke SMA Abbasyiah lebih kurang 15 tahun yang lepas pulang terus kerana tiba-tiba sahaja ribut petir sabung menyabung. Alasan yang diberikan oleh penduduk kampung ialah kerana ia memijak tanah tanpa menggunakan alas kain kuning.
Mengenai ada laut air tawar di Tiang Bertarah telah diperbesar-besarkan, aku percaya apa yang dimaksudkan laut itu cumalah sungai yang besar (macam laut kata orang tua). Mengambil analogi bagaimana Kg Pekan Lama (Sungkai) itu mendapat lama, ia sebenarnya sebuah pekan yang sangat maju dimana air adalah pengangkutan utama.
Dasar sungai yang dalam dan lebar membolehkan tongkang bergerak dari Sungkai ke Teluk Intan, untuk memberikan jawapan yang lebih realistik sila lihatyoutube : Kisah Tongkang Sungai Baleh, dimana terdapat tongkang yang sangkut kerana sungainya tidak cukup dalam. Namun ia tidak bermakna sungai yang tidak cukup dalam ini tidak cukup untuk melemaskan gajah!. Lagipun jika Tiang Bertarah sudah menjadi laut semua penduduk Sungkai mungkin terpaksa berpindah ke kawasan Banjaran Titiwangsa untuk hidup.!
Aku percaya Puteri Buih ini dijumpai terapung di kawasan Tiang Bertarah walaupun saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu semasa belajar ilmu asal-usul. Ini kerana Tiang Bertarah adalah penempatan awal di Sungkai dan kebanyakan sejarah bermula di situ termasuklah jumpaan istana bunian oleh orang tua yang boleh dipercayai cakapnya semasa sedang berburu.
Ya empat bersaudara dlm pembuka kawasan kita dari ulu ke kelo,1.tok bongsu,2.tok sulaiman/tok karma setia.(salah sorng pengawal istana perak satu ketika dahulu)3.tok gemuruh.4.tok kemasik..mereka semua adik beradik..org membuka kawasan penempatan di sepanjang sg.sungkai..(tesong/lata bongsu.,kebun kecik,menderang,lio,cego macang,perlok lama,aung,surau tinggi,gontung,buluh telo,cht sio,kg aji,kg gajah,pekan lama/sungkai,gemboi A,B.cht sulaiman,kela/nama lama klah baru skrg,lubuk ara/kwsan risda skrg.pulau naga/kwsan felcra skrg..yg dikata ada kota laksaman.tempat 4bradik ini.bertemu...jika ada sebarang perkara.,alah panjang,tiang bertarah,cht kuning,kicai,ada satu kuala sungai kecik..berhubung terus kekuala bikam,dan ke kg bikam skrng.tunjung,cengkih,6b,ganda,cahaya muda,kemasik,morsis,federal,cht jong.
BalasPadamKepada kita-kita dan kome-kome yg rajin mncari gali asal sungkai nie Sejarah asal 4bersaudara ini dari tanah seberang pelembang. Dan makam mereka ada bersemadi dibumi sungkai. Dan lokasi makam mereka ino sangat istimewa kerana kesemuanya diatas bukit..dan misti digelar kubur panjang..tok bongsu disalah satu bukit dikawasan tesong lokasi karamah. Tok sulaiman(karma setia) dibukit lubuk pusing cht sulaiman lama..lokasi karamah. Tok gemuruh dibukit tebing tinggi cht 3.lokasi karamah, .tok kemasik..dibukit cahaya morsis lokasi .karamah..tok kemasik yg sulung, tok gemuruh no 2.tok sulaman(karma setia) no3..tok bongsu no4..mereka berempat ini sangat sakti..ilmu kerohanian sangat tinggi..zaman mereka ini sungkai sangat gemilang sehingga mendapat nama jolokan pasak malaya..kerana kesemua pahlawan melayu yg wujud berguru dibumi sungkai..yg salah seorg dari mereka pernah menjadi pengawal diistana raja perak awal dahulu..dan juga namanya pernah diabadikan sebuah sekolah disungkai.. Nanti saya akan cerita lagi tentang tok sulaiman yg dapat gelaran karma setia itu dari mana tercernanya nama jolokan itu..sekian.
BalasPadamSeperti bak pepatah tak lapok dihujani tak lekang di paneh..sejarah mengajar kita mnjadi lebih dewasa..sambungan episod yg lalu..sebelum kehadiran bengali-bengali putih..melayan diketika itu seluruhnya seakan tiada tenang. Sering dinilaikan oleh melaun lanun..khas di pendalaman terserah jugak lah dikawasan kita bumi bertuah Sungkai yg dicintai..berlakunya dimana-mana kekacau oleh kerah paksa cekik darah lanun agrasif..bermulanya kisah 4bersaudara ini..tok kemasik disebelah hilir sungai,tok gemuruh dipinggirkan,tok Sulaiman dipertengahan,tok bongsu dihuluran..kesetia org-org kuat setempat dimasa itu sangat tegar..membujur lalu melintang patah .terjadi nya kisah lanun ini bermaha raja Lela dismpadan Perak Selangor..iaitu di sg panjang,cht menteri,Hamzah,kedangsa.kemasik.erong.dn,cawang..,dimasa itu serpihan pengikut raja haji di Selangor bertaburan dikawasan sempadan Perak Selangor..dn mempunyai hubungan yg sangat baik dng ke4 ..4 adikberadik ini..lalu membuat perkhabaran kepada tok kemasik yg berada dihilir sungai..bahawa lanun sudah mula bergerak dng beberapa kumpulan dan berpecah-pecah ke sempadan..melalui sg.panjang,cht menteri,cawang,,maklumat itu terus disalurkan terus oleh tok kemasek..kepada tok gemuruh,tok Sulaiman,dn tok bongsu..lalu mereka telah bersiap sedia..dn berwaspada..
BalasPadamdisungkai org-org sungkai telah mula membuat persiapan UTK menyambut bulan puasa Ramadan..mereka sedikit pun tiada mengetahui tentang..maklumat yg diperolehi oleh org-org kuat.sehinggalah beberapa..hari berlaku lah akan serangan lanun itu ketika sampai dilubuk pusing..cht Sulaiman lama..semasa org-org kampung sedang ingin berbuka puasa,tiada lah diketahui puasa keberapa,..dn cnilah bermulanya kritiviti seorg pahlawan Tulin yg pernah wujud dibumi Sungkai..iaitu tok Sulaiman yg dimasa itu sedang berbuka puasa bersama keluarga hanya sempat berbuka dng beberapa biji kurma sahaja lalu terus mengadap dng seorg diri akan serangan-serangan lanun-lanun yg dikata dng kekuatan 3perahu panjang lebih dari 15 org.desap desus yang tok sulaiman.mmpuyai ilmu kerohanian yg sangat tinggi.hanya dng meniti diatas permukaan air..dng masa tak sampai 20minit kesemua lanun menyembah kedasar .tenggelam sungai Sungkai berwarna merah...dikhabarkan hanya beberapa org sahaja org-org kampung yg tahu kejadian ini..lalu mnjadi heboh..tentang ilmu yg dimiliki oleh tok Sulaiman yg setelah peristiwa inilah beliau mndpt gelaran tok karma setia..dn terkenal didunia pahlawan Malaya dimasa zamannya itu .pernah terlibat kebangkitan melawan inggeris diperak..dn diangkat menjadi pengawal istana Perak sekitar zaman raja Perak pertama dahulu dan begitu serba sedikit yg admin tahu walaupun tidak selengkapnya tetapi itulah sejarah kita yg terdilupakan..Allahu alam Alfatihah buat 4org-org kuat kita ini...sekian..
BalasPadamSenarai 14org Nama pahlawan di perak yg pernah terlibat dlm kebangkitan melawan inggeris dinegeri perak yg tercatat dlm sejarah negeri perak. No1.THE DATO'SERI MAHARAJA LELA OF SAYONG. No2.THE DATO'SERI AMAR DIWANGSA OF SENGGANG. No3.THE DATO'SERI AMAR DIRAJA OF SUNGAI TRAP. No4.THE DATO MAHARAJA DEWA OF LAMBOR. No5.THE PANGLIMA TEJA OF TEJA. No6.THE RAJA INDERA LELA OF SUNGAI RAYA. No7.THE DATO AMAR OF PACHING. No8.THE DATO PADUKA RAJA BEHIND PULAU TIGA. No9.THE TOK KARMA SETIA OF SUNGKAI. No10.THE TOK SENONGSAH OF KEPAYONG. No11.THE TOK PADUKA SA-INDERA OF LAYANG-LAYANG. No12.THE TOK PERDANA MANTRI OF BOTA. No13.THE TAN DEWA SAKTI OF BATANG PADANG. No14.THE PANGLIMA KAMPAR OF KAMPAR.
BalasPadamSaya ambil ilmu yang Allah redha sahaja dari tuan, saya dan keluarga pulangkan ilmu bathil jika ada yang saya ambil atau belajar dari tuan selama lamanya kepada tuan dahulu, kini,dan akan datang
BalasPadam