ReviewMe

Rabu, 2 Mac 2011

Dalang Sebenar Sudah Terserlah

Assalamualaikum WBT

Hari ini entry aku berkisar pada keadaan kekacauan yang semakin membimbangkan di benua arab...siapakah dalang disebalik protes, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya ini...betulkah ingin kan perubahan pemimpin?betulkah ingin kan pembaharuan demokrasi?atau ada tangan2 ghaib yang merencana dan mengadudomba rakyat atau pemimpin di negara2 tersebut. Dari apa yang dapat dilihat dan difikirkan tidak mustahil setiap rentetan kejadian yang berterusan dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain dirantau tersebut, ada agenda yang amat besar yang perlu kita ketahui sebagai umat Islam. Apabila armada tentera amerika sudah digerakkan ke perairan berdekatan libya , aku terfikir adakah dalang dan tangan2 ghaib ini sudah tidak mampu bersabar untuk menamatkan apa yang telah mereka rancang dan rencanakan...Cuba lihat dari petikan laporan dari suratkhabar baru-baru ini

KAPAL induk pengangkut pesawat USS Enterprise belayar melalui Terusan Suez di Mesir pada 15 Februari lalu. Kapal tersebut diarah belayar ke Laut Mediterranean dekat Libya, berkemungkinan sebagai persediaan AS menyerang negara sedang bergolak itu. - REUTERS


"AS yang menempatkan Armada Keenamnya di Itali berkata, tentera laut dan udaranya digerakkan lebih hampir dengan Libya sementara pelbagai pelan luar jangka sedang dirangka.
AS juga berkata, aset Gaddafi dan keluarganya bernilai kira-kira AS$30 bilion (RM93 bilion) di AS telah dibekukan.
Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, kerajaannya akan berusaha untuk menguatkuasakan zon 'larangan terbang' di Libya bagi melindungi rakyatnya daripada serangan udara tentera Gaddafi..................." utusan.


Akhirnya aku dapat merasakan dalang sebenar rusuhan2 di tanah2 Arab sudah terserlah dan tersirna..tak sabar atas hasil rusuhan, mereka pula nak masuk campur tangan. Libya akan jadi Iraq kelak...yg mana pengeluaran minyak, dan pentadbiran akan dikuasai oleh mereka!!

Faktor utama mungkin minyak dan juga mungkin mereka mahu meletakkan boneka seterusnya..

Yg  best dan syioknya..alasan2 mereka gitu mulia dan terpuji!!

Bagi aku selagi orang Islam ini tidak mengikuti apa yang diingini oleh orang kafir ini selagi itulah hati busuk mereka tidak akan aman dan tenteram..Org2 kafFir tidak akan senang ngan orang2 Islam..tu dah dimaklumkan dalam Al-Quran. 


Istilah ORANG KAFIR LEBIH FAHAM ISLAM..ishhh bila cakap tu, fikir le kembali..benor ke ghope itu


* sekadar pandangan aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...